Monday, June 22, 2015

72. Ice Cream Oreo

Assalammu'alaikum (",)

Salam Ramadhan utk semua kaum muslimin dan muslimat yer..semoga ramadhan kali ini memberi banyak perubahan ke arah yg lebih baik kpd kita. semoga amal ibadah kita dapat ditingkatkan dan bersama-sama mencari keredhaan Allah swt.

Tak nak cakap bnyk, aku saje nak share resepi ice-cream oreo yg sangat simple tp rasa wow!!!! mcm Mc.Flurry kat Mc.Donald tu... saja buat sbb si kecik aleesya hari hari lauk dia ice cream T_T

Akupun dah gemoks/double size sbb makan ice cream bila dia nak jer kadang terbeli lebih....huhuuhuhu. so buat sendiri saja saja nak test sedap tak...ok ni bahan dia

Bahan-bahan
1 tin Susu Cair /1 kotak Fresh Milk
(mempengaruhi warna ice cream)
1/4 susu manis atau kurang ikut kemanisan
Overlate 1 sudu besar
Orea Original

Cara-cara

Asingkan cream orea dan ketepikan. Blend atau hancurkan biskut oreo. Boleh jgk kalo nak ambik sebahagian cream utk dicampur nanti tp agak manis sikit.

Kisar susu cair dan susu manis serta ovelette sehingga pekat. Blh jgk tambah esen vanilla if tambah telur sebiji. (tak guna telur pon still sedap). Bile dah pekat, masukkan serbuk orea dan kacau guna spatula/blend. Akhir sekali tuang ke dalam bekas dan tabur lebihan oreo. siap....! simpan dalam freezer hingga ice cream mengeras. sedap jugak makan dgn roti kosong Gardenia ni nyemm.....

# kalo nak warna putih bersih, kena try buat guna Fresh Milk :)

Selamat mencuba :)





tak menyempat...lepas mandi petang, dia xmo sikat rambut nak makan ice cream terus..mama tanya sedap tak..angguk angguk die....



*******************************************************************************

Intipati catatan kuliah Dhuha Oleh ustaz Ahmad Dusuki . Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)
1. Kehidupan manusia bermula dari
- alam rahim
- alam fana
- alam barzakh
- alam mahsyar
- alam syurga @ neraka
2.Ketika air mani dipancarkan ke dlm rahim, 40 juta sperma berenang msk & hanya satu shj yg diizinkan Allah bercantun dgn ovum utk membtk nuftah & hdp di alam rahim sehingga 9 bln.
3.Ketika di dlm kandungan(4 bln) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:
- rezeki
- ajal (bila, di mana, bgm)     
- amalan & khdpn ( kahwin dgn siapa, brp org anak, adik beradik)
- ahli syurga@ neraka.
4.Walaupun tlh ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.
5.Qada dan qadar ada 2 iaitu :
- qada mubram  iaitu qada yg boleh berubah melalui doa
- qada muallaq  iaitu qada yg tidak boleh berubah. Cth : 40 hari sblm kematian
6. Kita hidup di  alam ini adalah dlm keterpaksaan..dipaksa  & terpaksa.
7. Kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam fana ( dunia).. alam kanak2..alam remaja (12 - 21 thn)..alam dewasa (22- 40 thn)..alam tua ( lbh 40 thn). Lebih 70 thn disebut tua bangka..
8.Masa remaja adalah salah satu juzuk dari kegilaan..lihatlah dunia remaja..percakapan, cara berpakaian kadang2 celaru dan gila. Saat remaja adalah saat kebingungan..satu alam yg terpaksa dilalui..dari remaja dipaksa menjadi dewasa.
9. Hadis nabi ada menyebut  setiap manusia Allah berikan ujian sbyk 99 ujian kematian bermula  dr bayi hinggalah sebelum mati..sehinggalah ujian yg ke 100 maka kamu akan mati..
10. Siapa2 yg berusia pd umur 40 thn tetapi dia tdk berubah sikap ke arah yg baik maknanya mereka tidak akan berubah lagi  sehingga menunggu talkin dibacakan..
11.Setiap yg hidup akan merasai mati..roh org beriman adalah spt minyak yg berkumpul di dalam air. Roh akan berkumpul di kaki utk ditarik keluar. Dari kaki ke pinggang..ke perut bilamana smpai ke perut akan berdengar beberapa urat putus n bg lelaki terasa zakar naik ke atas lalu bg org beriman akan mengatakan laailahailallah..tp bg org yg tdk beriman akan mengatakan ia cuma kebetulan shj..tidak ada apa2 yg berlaku..
12. Semua makhluk Allah termasuk haiwan tahu yg roh si mati itu akan masuk syurga @ neraka kecuali jin dan manusia..
13. Tanda2 jenazah itu ahli neraka:
-mulut berbuih
-wajah masam
-najis keluar terlalu byk ketika sakarul maut.
14.Tanda2 jenazah itu ahli syurga:
-dahinya berpeluh
-hidung kembang kempis dan air matanya mengalir 
- wajahnya lebih cerah ketika sakaratul maut
-najis keluar sedikit shj
15. Sakitnya perempuan yg bersalin   itu adalah 1 juzuk drpd 99 juzuk kesakitan kematian..
16. Kalau boleh yg memandikan jenazah kita adalah anak2 kita..yg mengkafankan kita adalah anak2 kita...anak kita jd imam solat jenazah kita..maka beruntungnya kita..
17. Ustaz berkongsi doa yg dibacakan oleh anak2 kpd ayahnya yg telah meninggal dunia.( sewaktu menziarahi jenazah seorg lelaki)
"Ya Allah ..waktu mana kami kecil2..ayah kami mandikan kami dgn penuh kasih sayang dgn penuh kelembutan...jadi kami mandikan jenazah ayah kami ini maka Kau ampunkan dosanya ya Allah..waktu mana kami kecil ya Allah..kami dipakaikan baju oleh ayah kami ya Allah..tp kami lempar ke mukanya ya Allah..jadi hari ini kami kafankan ayah kami dgn penuh kelembutan..Kau ampunkan dosanya..di waktu mana ayah kami menjadi imam solat kami dul u..kami lari tak nak  solat..jadi hari ini kami imamkan solat jenazah ayah kami dan  Kau ampunkan dosa2nya ya Allah..ya Allah Kau jadikan kubur ayah kami ini sbg taman2 syurga.."
18. Quran yg dibaca sebelum subuh akan menjadi peguambela sewaktu kita di alam barzakh nanti..
19. Nabi kata  aku tidak pernah tgk keadaan yg sgt huru hara spt pdg mahsyar ini..siapa yg selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di pdg mahsyar nanti..
Elok ingat ttng alam barzakh....jawatan di dunia ni sementara shj...kejarlah jawatan ahli syurga yg kekal***************************


Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...