Saturday, August 30, 2014

Kebun || Progress 30 August 2014

Assalamualaikum....

Minggu ni dah minggu kedua aku punya semaian rasanya...dan ni adalah sedikit gambar yg aku snap..ade yg aku edit...dan ade jgk yg aku tak larat dah nak edit...lantak lah di masuk terus dlm blog hahah...minggu ni aku busy giler sebenarnya. dgn peak period di tempat kerja, dgn exam nyer minggu depan dan dengan tittle aku konon nya super the mama!!! yaaaaaahhhhhh!!!! haaahhaahhaha :D


Tapi dalam sibuk aku ni..aku still dpt luangkan masa semai benih baru..tp tak habis yg aku semai..ada lg yg lain tunggu masa sesuai aku start balik. 

 Hari ke-6 ....hehhehe happy nyer rasa...

 nampak meriah kan...

 Ni jagung tau..tp aku tanam lain sikit...aku tanam dalam kumpulan...mana ade org buat mcm tu..hihihi..tapikan...yg aku geram...rumah aku ni takde ayam...tp bila tanam je apa apa mesti ayam luar dtg ... kesian tanaman aku..ada yg baru nak tumbuh dah kena gegettttt....gerammnyer....baru baru ni bunga matahari aku..punyalah dah tinggi tumbuh skali patah..tu pasal aku terpaksa pindahkan dan letak kat beranda rumah.... demi nak lindungi mereka mereka ni....

 Ni last week bawak kakak g kebun..seee jagung baru nak menunjukkan diri. usia jagung ni 2 minggu time tu..kakak mcm yeryer je kan hahhahaha...

 kakak sangat exCiteddddd !!!
 Kami dah nak balik daaa.....

 Tiap petang kakak akan ckp...
mama...atang (naik atas)...dah sampai tingkat atas,,,dia akan jalan laju laju dan menuju ke beranda...sekali lagi.. "mama.....wowok (air)....terus siram (renjis je pun).....hehhehhe

 sangat sopan amoi ni menyiram tanaman.. :D

 pindah kan sini kejap sementara nak tunggu pergi kebun

 timun........ heeeee best nyer..


 sawi.....segerombolan.....

 ni lah bunga matahari aku yg kena makan dan pijak oleh ayam tu....sian dier.....
pasni mama jaga dia betul betul tau..

 kangkung....

 macam macam ado....

Cili baru di tanam...harap tumbuh lah ia..

So.......itu je la...ade lgi gmbr lain tp malas lah nak cari sbb mata aku dah sgt lah azab ngantok.....jumpe lg for the next entry k!!!!! bye.......................

30. Bubur Ikan Masin

Assalammu'alaikum



Tengok gambar ni kan...rasa nak makan lagi..hahaaha

Ni sebenarnya sarapan aku. teringin nak makan bubur. tapi bahan pun apa yg ade jer....ni sgt lah simple. plan asal nak buat yg meriah sikit tp bahan semua tak beli lagi last last buat yg sgt VERY THE SIMPLE

Nak tau jugak ker resepi....takyah lah kot.....senang sangat nih... ermmm....ok la aku kasi jgk la...mcm segan lak nak kasi sbb aku masak ni mmg mcm bubur kosong...

Resepi: Bubur Ikan Masin
Sumber: Aku

Bahan
beras 2 1/2 cawan atau 2 pun ok ..nipun dah bnyk ni
Fishball/cheicken Ball belah dua
Jagung manis
Carrot potong dadu
Garam
Air utk masak beras

Hiasan
Ikan masin
limau kasturi
cili api

Cara
Basuh beras dan masak atas api dgn air yg banyak. agak agak dah nak menidih blh masukkan semua bahan atas. akhir sekali masukkan garam. kalo nasi ni blm cukup kembang dan hancur blh tambah air lagi tau. sebenarnya lg sedap kalo ada stok ayam/sup bunjut tu ke...isi ayam...blh jer kalo nak tambah halia ke..yg ni veersi sgt simple.

cara hidang, ikan masin yg dah digoreng tu kita lumur dgn limau dan cili. pastu makan lah dgn bubur perrhhhh........sedap giler....... thumbs up!!!! jom sapa nak cuba....makan dgn bilis pon sodap!!!

Tuesday, August 26, 2014

29. Cucur Kucai

Assalammu'alaikum

Sarapan pagi sabtu tu aku tengok daun kucai yg aku beli aritu blm diusik. tak tau nak breakfast apa aku ambek daun tu dan buat cucur...ala ni simple je...makanan org kampung kate kan heheh...

nanti aku nak tanam daun kucai ni macam uwan encik hubby aku kat kampung dia tanam jer. kalo nak ambek je...fresh lagi kan...nantilah aku nak tanam....

Resepi: Cucur Kucai
Sumber: Sendiri

Bahan-bahan
Tepung gandung
daun kucai segenggam
cili merah & cili api 
bawang merah
bilis/udang kering
soda bikarbonat secubit
i biji teuur (optional)
garam/gula
kunyit utk warnakan tepung
air


Cara
bersih dan hiris nipis cili dan bawang.  ayak tepung dan garam skali. masukkan bawang, cili dan daun kucai yang dah dipotong. masukkan bilis/udang kering. kemudian masukka soda bikarbonat kalo nak rangup. akhir sekali bubuh telur kalo nak lembut. tuangkan air sikit demi sikit & kacau rata dan tambhkan perasa dan kunyit sedikit. Goreng dan hidang panas, cicah dgn sos cili atau sos mayonis.

 Bahan utama, tapi kat sini aku tak letak bilis. kalo nak letak pun blh...

 Bersih dan hiris

 kucai potong mcam ni

 tepung sukat lah ikt mana korang nak....

 My chef cilik....tengah menaip ni abg aku call, Aleesya tengah meraung nagis..alahai sedei pulak mama......tak sabar rasanya nak balik....sabar ekkk anak T_T

 Bancuh sampai tak berketul

Ok ready to eat! nyermmmmm...

komen aku -> Heheheh...sedap .... lagi pedas lagi sedap!!! 

27. Sheperd's Pie

Assalammu'alaikum wth




Ahad lepas aku dah plan nak buat sheperd's pie. actully dah lame aku nak buat ni. siap beli aluminium plat konon nak bako dalam ni. sudahnya aluminnium tu guna utk membakar biskut raya...dan kakak aku dah buang dah sbb dah bnyk kali guna benda tu pun dah kemek and koyak...ok takpe takde masalah bg aku.

Sheperd's Pie ni mcm maner ekk...apa benda nyer..haaa ni dier...kita bukak kamus internet ekk. Maksud dia...jeng jeng jeng ...

"Cottage pie or shepherd's pie is a meat pie with a crust of mashed potato"

Maknanya dia kena ada daging dan kentang sbg bahan utama....faham? ooo senang jer la...cuma tak tau cara masak kan...meh sini mak nak ajar hahhahahha :D

Alrite resepi ni aku tak spesifik ambik dari blog sapa sapa tapi aku random goodle jer..janji aku faham konsep dia and step dia. bahan utk kali ni aku ikut apa yang ada jer...certain bahan aku lupa beli so aku tak bubuh ler...utk korang yang just nak try as a beginner blh lah cuba ni..tp kalo nak rasa extra SEDAP gittew cecepat google makcik makcik lain hihihihi...nak tunggu aku buat tak tau bile ....


Ok malas nak ckp banyak aku straight je lah ekkk

Resepi: Sheperd's Pie
Sumber: Campur-campur

Bahan untuk Inti

1 labu bawang besar, aku takde stok ganti dgn bawang merah
500gm minced beef
minyak/mentega
1 botol sos prego original/mushroom (aku xde stock), 
Sos tomato
Sos cili
Cili kisar
sosej 5 batang (ni saje aku tambah, takde sebenarnya)
jagung manis (tak mo pakai mixed vege sebab budak2 tak suka)
carrot potong dadu
tomato 3 biji
garam & aji
gula
===================================
Asingkan!

Kentang 1 kilo
mentega 2 sudu besar
Susu segar 100ml (aku tukar ke susu tepung sbb xde time tu)
garam
serbuk lada hitam
cheese (parmesan,cheddar,slice)

Cara-cara

Inti
Mula-mula panaskan mentega/minyak dan mula menumis bawang besar hingga naik bau. kemudian masukkan cili kisar dan minced beef. biarkan mereneh dan warna minced beef berubah ke warna pucat. kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos prego dan kaccau lagi. lepas itu masukkan sosej dan jagung manis. biarkan seketika. akhir sekali masukkan tomato dan carrot. tambahkan perasa seperti garam dan gula. bila rasa dah sebati and menepati citatasa, tutupkan api dan ketepikan

Untuk kentang.
Pastikan kentang direbus terlebih dahulu. bila dha masak tos kan dan lenyek ketika panas. kemudian kalo nak tektur lembut dan tidak berketul2 tapis kan setelah dicampurkan dengan susu. AWAS, jgn masukkan susu sekaligus. tuangkan susu sedikit demi sedikit sehingga lembut spt mashed potato kat KFC tu..nanti cair sangat lain pulak jadi nya. dan gaul sekali bersama mentega. kemudian tabur kan serbuk lada hitam. masa rebus kentang tu letak sikit garam yer.

Step Seterusnya....

Ambik bekas, mula mula tuangkan inti ke dasar bekas dan menutupi keseluruhan bekas. kemudian baru letak kentang yang dah dilenyek. buat sampai rata. ada dua cara, sama ada berhenti setakat tu jer dan sapu telur kuning kat atas nyer ATAU blh tabur cheese terpulang kpd uooolllss ya:)

kalo aku memei aku letak cheese......tp aku xde stok cheese parmesan! dan Bakar around 20min atau dah nampak mcm kekuning-kuningan..... :) Siap!

 Kupas kentang...lgi bnyk lagi best...!

 Rendam sekejap!

 Dah potong blh lah direbus sehingga lembut!

 Bahan utk inti....bnyk kekurangan bahan ni.....

 Sepatutunya bawang BESAR ya...

 dan terus mengacau....

 Inti dah siap!


 Kentang dah masak di Toskan!

 Chakkk! chak!!! chak!!!! lenyek kan dier...

 Tuang susu sikit demi sedikit

 Mula menabur inti

 lapiskan dengan kentang
taburkan cheese...alahai sikit benar cheese ni...!

Siap....

Komen aku ->Ermmm.....sedappppppp!!!!! tak dapat bayangkan kalo lg bnyk bahan bahan kan.....aper lagi...jom buat!!!! 

Saturday, August 23, 2014

27. Nasi Ayam Hainan

Assalammu'alaikum wth




Arini tadi aku spent masak utk Nasi Ayam Hainan. Nak masak ni sebab aku memang suka makan nasi ayam. dan aku memang suka cabar diri hehehe...So semalam aku pergi supermarket cari bahan-bahan semua. nasi Ayam Hainan ni femes kat Singapore. So akupun tak pernah lg pergi Singapore...makan kat Singapore Chicken Rice ade ler hahha...Jom tengok resepi ni... resepi ni dar kakak http://www.aziejaya.blogspot.com/ kagum dengan kakak ni dia mamang teror masak.... izin kak yer saya ikut resepi akak .. semoga Allah merahmati akak...

Resepi: Nasi Ayam Hainan
Sumber: Kak www.aziejaya.blogspot.com


Untuk AYAM
Satu ekor ayam
Serai 3 batang (aku tambah)
Bawang putih 6 ulas
Halia 4 inci (aku tambah sukatan)
Garam
2 batang daun bawang

Untuk NASI
4 pot nasi (direndam dalam 10 minit)
4 ulas bawang putih (aku tumbuk)
sedikit halia (ditumbuk)
2 sudu besar minyak lemak ayam @masukkan lemak ayam/kulit ayam
air rebusan ayam 4 pot (ikut banyak mana beras)
1/2 sudu kecil minyak bijan
sedikit garam

Untuk SOS CILI
1 susu besar air perahan limau nipis (aku lupa)
5 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 susu besar sriracha chili sauce (aku pakai sos cili kimball)
4 cili merah & 2 cili padi
sedikit halia
seidkit garam

Untuk SOS AYAM
1 sudu besar miyak garlic (aku tak letak)
1 susu kecil minyak bijan
5 sudu besar light soya sauce (aku pakai kicap masin kipSd udang)
11/2 sudu besar gula
5 sudu besar air rebusan ayam

Untuk HIASAN
1/2 cawan dark soy sauce (tak letak)
sedikit daun ketumbar (aku pakai daun salad)
1 timun


CARA-CARA

1) AYAM
Bersihkan ayam terlebih dahulu dgn melumurkan garam di luar dan di dalam perut ayam hingga bersih. kemudian bilas. lumarkan sekali lagi. masukkan halia, bawang putih, daun bawang dan serai ke dalam perut ayam. Rebus dalam air yg melebihi 1 inci darI paras ayam dgn api yg besar dan apabila mendidih perlahan kan api. biarkan selama 30 minit dan periksa paha ayam dgn lidi/chopstik utk memastikan ayam dah masak. tutup api, kemudaian rendam dalam air aiS bagi menghentikan ayam dr terus masak. kulit ayam juga akan rangup dan cantik.

2) NASI
Beras yang dah direndam perlu di tos kan dahulu. masukkan minyak dari lemak ayam atau masukkan je terus lemak/kulit ayam. bila dah panas atau berminyak masuk bahan tumis seperti halia dan bawang putih. masukkan beras dan kacau selama 2 minit. masukkan garam dan minyak bijan. kemudan baru masukkan air rebuasan dan kacau sekejap. boleh bubuh kunyit serbuk kalo nak nasi berwarna kekuningan. dan daun pandan kalo nak wangi. biarkan hingga nasi masak

Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumur kan dgn minyak bijan kemudain potong. atau potong dahulu kemudain lumur minyak pun ok.

3) SOS AYAM
Campur semua bahan

4) SOS CILI
Kisar semua bahan hingga halus

5) SUP
Panaskan air rebusan dan tambhkan garam/aji, tabur bawang goreng atau daun bawang

Hidang kan ayam dgn dark soy sauce, timun & salad. Siap untuk dinikmati bersa-sama. yummi.... :)


•○ ayam dilumur dengan garam

•○ sediakan bahan dan sumbatkan ke dalam perut ayam

•○ rebus dgn api perlahan selama 30 minit

•○ nasi di tos

•○ rendam dalam air ais

•○ tumjs lemak ayam dan bahan kisar


•○ gorengkan beras 2minit

 •○ gaul dengan sos ayam



Komen Aku--> Cara penyedian tidak lah rumit, cuma utk part memotong ayam yg telah masak memerlukan kepakaran kalo tak kulit ayam tercabut utk lbh senang, mungkin blh tos kan ayam sekejap dan pakai plastic glove.

Jom cubala.... :)





Thursday, August 21, 2014

Mengenang MH17

Assalamualaikum....


Hari ini dalam sejarah Malaysia #malaysiaberkabung utk memberi penghormatan terakhir kepada 20 orang mangsa pertama yg di bawa pulang bg pesawat #mh17

Segala puji-pujian hanya bagi Allah, aku seawal pagi duduk depan TV di pejabat bersama rakan rakan yang lain. sayu dan sugul hanya itu yg dapat digambarkan

Kalo ikutkan hari ini adalah hari menyambut majlis ramah tamah aidilfitri, tp bagi menghormati hari ini adalah hari berkabung maka kami pun turut sama sama merasai dan berdoa moga moga roh mereka dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. ameen.

Di facebook, twitter dan instagram pun apa kurang nya warga Malaysia khasnya berkongsi saat saat ini. dan salah seorang sahabat aku secara tiba tiba menghantar pesanan melalui aplikasi facebook memaklumkan yg salah seorang mangsa adalah suami kepada sahabatnya iaitu co-pilot Ahmad Hakimi Hanapi. melihat kpd gambar isteri dan anak yang ditinggalkan di dunia ini hati aku jd hiba. ya Allah sungguh hebat ujian utk wanita dan anak kecil ini. mudah-mudahan Engkau ringankan dan kuatkan semangat mereka dalam menempuh ujian ini. ameen

Sebagai umat Islam walaupun zahirnya kita bukan saudara sedarah namun hakikatnya kita saudara seislam. Al-fatihah utk mangsa tragedi pesawat #mh17 & mh370


Dari Allah kite datang, kepada Dia jua kita dikembalikan.

Kami dari warga kerja mengucapkan salam takziah kpd seluruh waris pesawat &mh17 (terhempas pd 17 july 2014, ramadhan 1435j)


Kami menonton bersama-sama dan berdoa serta bertafakur bersama-sama

Isteri & anak allahyarham co pilot Ahmad Hakimi Hanapi kelihatan sugul & tenang

Screen shot, sedih tengok anak yg tidak mengerti apa-apa ditinggalkan si ayah. semoga anak ini membesar dgn baik dan menjadi anak yg soleh. ameen.

 
Kiriman mesej dr sahabat. sabarlah wahai sahabat. Allah tau apa yg terbaik utk umatNya



Al-fatihah utk semua mangsa pesawat #mh17


Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...