Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Saturday, May 3, 2014

17.kek lapis cheese kukus

Assalamu'alaikum

Pagi-pagi aku nak belanja sebijik kek nih..baiknya aku....nah amek kau!! Mcm tak ikhlas je kan...heheheh....

Saje jer lah gurauan pg hari...baru lepas subuh ni...ceriakan diri dulu sebelum nak hadapi perjalanan hidup utk harini..uer dakkk?

Okkay ni resipi aku nak share


Resipi: Kek Chese Kukus
Sumber: Pelbagai


Bahan-bahan

Untuk kek
1 cawan tepung gandum, 3 sudu mkn koko serbuk, 1 cwn gula halus, 2 biji telur, sedikit esen vanilla. Secubit garam. 1/2 cwn air yang mendidih, 1/2 cawan minyk@minyk jagung, 1 sudu teh soda bikarbont, 1/2 teh baking powder

Cara;
Pkl telur & gula hingga kembang, masukan tepung, garam, esen, air dan minyak. Kemudian masukan soda bikarbonat dan  baking poder. Dah sebati biarkn rehat.

Dlm mgkuk berasingan sediakn lapisan cheese pula


Bahan-bahan

Cream cheese philadelphia @ape ape je jenama asalkan Halal, tepung sesudu mkn, gula 60gm, telur sebijik, air 1 sudu makan. Putar semua. Letak esen sikit bagi mengelak bau hanyir telur.

Ok... dah panaskan pengukus, adunan kek kite bahagikan kepada 2

Mula-mula lapis kek 30 minit. Kemudian dah masak sambung lapiskan adunan cheese selama 25 minit & kemudian lapis lagi adunan kek 30 minit hingga masak..siap!

Jgn lupe tutup loyabg dgn kain atau aluminium foil size 8"

**note
Kek ni x tinggi sgt tau kalo nk buat tinggi n bnyk sket blh double adunan kek. Slmt mencube ;)



Komen aku → Tekstur kek ni lembut cuma rasa cheese dia kurang lemak. Mungkin sebab dia kukus tp sedap la. Boleh cuba k korang :)

============================================================
Saya ada menjual SET BERSALIN produk NAWAL HERBAL BEAUTY di http://www.nawalherbalbeautysarawak.blogspot.com/


16. Kek Minyak

Assalamualaikum

Hye readers! Kek minyak.first time aku dgr bila kek ni viral kat fb. Dah lama nak buat tp asek tangguh je. Actually sbg anak jati Sarawak, kalo bab kek ni memei org akan ckp kek lapis Sarawak yg paling femeskan....part tu aku suka ler hehehe...

Tp skarang semua negeri pun kadang kadang ada jugak yg belajar and dah expert nak buat kek lapis. Aku baru perasan aku takde pun entry kek lapis sarawak kan...nantilah aku buat...dekat dekat nak raya lah ekk sbb masa tu kek ada macam macam...kalo nak ikutkan kek minyak ni kek simple. Biasa buat utk hidangan kenduri kendara atau minum petang je. So arini aku buat utk majlis tahlil arwah nenek Akup..opppsss kat Sarawak atok pun kite panggil nenek....nenek lelaki hehehe...so ni resepi yg aku ikut.


Resepi: Kek Minyak
Sumber: linapg.blogspot.com


Bahan-bahan

5 biji telur
1/2 gelas gula kastor
3/4 susu manis
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar ovallete
1/2 sudu teh baking powder
1 cawan minyak
Esen vanila
Perasa dan pewarna


Cara-cara

Panaskan oven dulu pd suhu 165○. Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan. Dalam bekas lain pukul gula, telur & ovallete hingga kembang. Masukkan susu dan esen dan putar lg sebentar. Masukkan minyak dan tepung sikit demi sedikit dan kaup balikkan. Bahagikan adunan kpd 4 mangkuk. Ni ikut suke lah ekk berapa warna korang nak. Setiap satu warna letakkan perasa. Part ni aku derhaka sikit sbb saja nak bg pelbagai rasa.

Tuang warna pertama sampai habis...diikuti warna kedua dan berikutnya. Tak perlu ratakan ekkk.nanti dia pandai rata sendiri dan membentuk warna warna....bakar pd 50 minit yer....jgn lupa gris kan loyang dulu & kertas minyakkan..siap.... biarkan sejuk baru potong


 Ni cara tuang spy membentuk mcm pelangi

 Tara.......

Alhamdulillah wlu pn tak banyak...

 Bahan-bahan dier

Ehhh eh tak sabar nak school yer... hehehe


Komen aku → kek ni sedap la...cuma aku dah biasa tekak kek lapis Sarawak yg byk bahan tu so yg ni simple tapi sedap. Cubalah..... :)



Sunday, March 23, 2014

12. CARROT KEK WALNUT

Assalamualaikum..

Semalam aku spent kan masa utk buat kek ni..tak tau ni kali ke berapa dah aku buat so kalini aku post lah ekk resepi dia. Hope kalo ada yg mencuba nya akan berpuas hati heheheh ;)

Cuma since aku buat ni utk baby aleesya makan jugak so aku kurangkan kuantiti gula kpd kurang manis. Utk rasa yg ideal, blh ikut resepi ni ekk... jom kite tengok


Resepi: Kek Carrot Walnut
Sumber: kongsiresepi.com & dapur azie


Bahan-bahan

200g carrot yg dah diparut
250g tepung gandum
200g gula perang (yg jenis lembut dan halus) ATAU 100g gula perang & 100g gula kastor
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Sedikit serbuk kayu manis (kalo nak)
100g walnut panggang & kisar
200g ATAU 1 1/4 cawan minyak jagung
70g kismis atau ikut suke nak ke xnak
Sesudu makan ovelette
1 penutup esen vanilla




Cara-cara

Mula-mula ayak tepung bersama-sama dengan baking powder dan soda bikarbonat. Kemudian di dlm bekas lain pukul gula dan telur hingg kembang. Kemudian masukkan minyak. Kemudian masukkan tepung sikit demi sikit hingga mesra. Masukkan carrot, walnut yg dah ditumbuk, kismis, esen vanilla dan ovelette. Kaup balikkan sehingga adunan sebati. Sementara tu oven dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180º dan gris kan loyang dengan mentega dan kertas minyak. Bakar pd suhu 180º selama 20 minit pertama api bawah kemudian tukar ke api atas & bawah hingga masak. Nak tau kek dah masak ke belum blh cucuk dengan lidi kalo tak melekat lepas lidi ditarik maknanya dah masak. Tengok pd oven masing-masing jugak ler


Actually boleh letak frosting kat atas kek ikut suke. Since aku buat utk baby aleesya so aku x buat kalini


Resepi Cream Cheese

250g cream cheese
100g gula aising
100g mentega


Cara, blend jer semua dan boleh hias ikut suke

ATAU


Resipi ke-dua yg blh di pakai
(blh guna utk red velvet @cupcakes)

500g whipping cream
250g cream cheese
110g mentega
60g gula aising
2 titik lemon paste/juice

Cara, pukul kan whipping cream hingga kental dan ketepikan. Dalam bekas lain pukul cream cheese, mentega, gula aising dan juice lemon kemudian satukan dgn whipping cream dgn kelajuan perlahan.


Utk hasil yg aku buat as pics shown below..... cewahhhhh..... gambar x cantik hokay!! (,*)




♥ Nampak tak my assistant?  Kemain anak mama aleesya ehhh..... semangat...


♥ Ni plak gambar sebelum ni yg aku pernah buat.. nampak tak tekstur dier....yummy....

♥ Masa ni kan....ada kawan datang, buat masa harivraya aidiladha 2013 serius dia suke giler kek ni...Alhamdulillah. ..


♥ tengok bile nampak and dapat kek..... hehehehe


Komen aku→ kek ni sedap walaupun kadang2 susah nak diterima tekak oleh golongan kanak-kanak tp kalo buat dlm cup dorang jd suka :)
Cubala.......

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...