Wednesday, May 27, 2015

71. Favourite semua orang!

Assalammu'alaikum (",)

Haa....engko takde apa ke nak diupade sampai telur pon ko nak post!!! ahhh bkn aku nak post resepi...aku saja nak tepek sbb nak bgtau nilah feveret ramai orang...ye tak...amik sebiji, basuh, pecah dan campak dalam kuali dah siap!!!! toalk tepi yang lain!!!!

inilah dia TELUR GORENG!!!!
yummmiiiii





Aleesya dan Balloon

Assalammu'alaikum (",)


Lastweek bawak kakak pergi Balloon Festival bersempena dengan Ulang tahun bandar Raya Miri yg ke 10 tahun. xdelah apa sangat kan just amik gambar dgn balloon yg direka dalam bentuk cartoon character, tu yg comel tu...kakak apa lagi dia memang lah suka kalao balloon. pernah satu ketika masa shopping kat Sogo, dia nangis nak balloon yang digantung tu...mampuih nak pujuk...pegang pun jadilah....

so kami berdua jer masuk dgn fee RM2 utk aku, aleesya pulak free. so amik gambar dier jer la..

 ....seronok kakak kan....


 ...muka bajet comel kikiki ^,^


 ....ni mama sya suruh buat mcm ni....


 ...barulah dpt tengok dia senyum perfect sikit kalo tak, duckface jer....


 ......ehem......ehem.....


 ......wiwit....



 ......amoi jual balloon !!! hahahhahaha

 ....my feveret pic!!!!


 ...sedondon lak kan baju.....mcm berjanji jer....


....my princess 2 tahun 5 bulan....nextyear awak dah sekolah anak....


apapon mama doakan anak mama menjadi anak yg solehah, berjaya dunia dan akhirat!!!! mama sayang kamu!!! papa too T_T


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tuesday, May 19, 2015

70. Pau Gebussss

Assalammu'alaikum (",)

Hi

sorry baru nak post resepi pau... sangat tak effisien kan...salamat pok...
aku tak reti sangat buat pau tp yg ni menjadi jugak lah cuma tekstur belum lembut sangat sbb nye penat arrrr nak membasuh tepung ahhahaha....mengguli laa...ok ni aku amek resei dr MyResepi

Bahan Bahan
500g tepung pau
80g gula kastor
2 sudu teh yis
2 sudu teh double action baking powder TAPI aku tukar dgn SUPER BAKE
200 ml air suam (ikut keadaan tepung, tuang sikit sikit)
3 titik pewarna (option)
20 keping kertas
80g shortening (aku x pakai ni)

Cara-cara

Satukan gula, yis dan pewarna dalam air dan gaul perlahan
dalam mangkuk berasaingan, satukan tepung pau, SUPER baker (baking pwder) dan shortening. tuang adunan yis ke dalam tepung perlahan-lahan sambil menguli  selama 15 minit atau x melekat di tangan

Ambil doh dan buat bulat bulat timbangkan seberat 40g. canai doh dan letakkan inti kesukaan anda. susunkan ke dalam acuan atau loyang dan biarkan 1 jam dan tutup loyang. blh jugak letak dlm acuan. jgn lupa letak kertas di bahagian bawah pau

Didih air dalam periuk kukus dan kukus pau dgn api KUAT selama 10  minit. alaskan kain dibawah penutup periuk kukus bagi mengelak wap jatuh pada pau. awas! jgn lebih 10 minit dan terus angkat pau.


 Buat sikit je kebetulan pagi tu adik ker abang ekk beli kuih muih banyak sangat....oohh yer adik!!!

 Super Bake beli dr FB, harga tak silap RM35 termasuk post...lupa dah. Pernah buat donat guna ni..



 aku tak letak pon dalam acuan.....asal ada ajer....



Panas panas....

Kerisauan apakah ini... oh anak!

Assalammualaikum (",)

Hi....hari ni aku rasa mcm cuak sikit lepas berita dekat TV lately ni pasal pembuangan bayi, bayi didera, manusia dibunuh dan mcm mcm lagi yg hilang keperimanusiaan. entahlah bila renung renung balik, adakah kerana sekarang segalnya canggih semua benda nak disebar maka semua org akan tau akan hal tu jika dibandingkan dgn zaman dulu yg tak ada kemudahan ni. kalo ada kes mcm ni pon org tak tau sangat... tp mustahil, hakikatnya memang kita di akhir zaman. Nauzubillahiminzalik. memang takut. bkn takut dgn ancaman dunia yang tak selamat tp takut dgn Azab dan Bala daripada Allah swt

Akhir akhir ni, aku rasa aku selalu fikir kan masa depan anak aku. biarpon anak aku baru seorang tp tahap kerisauan semakin meninggi. terasa cabaran dan dugaan tu banyak sangat dgn kehadiran teknologi canggih.aku suka bukak FB milik Dr. Shukri Abdullah sebab karangan dan post post beliau sangat sentap dan benar. Terkadang bila baca komen komen parents semua nya ada benarnya. maknanya bukan aku seorang sahaja yg risau dgn zaman sekarang tp hampir kesemua ibu bapa risau..

Apapun, sebagai ibu bapa kita lah yg memainkan peranan yg sangat penting dlm mendidik anak. anak yg lahir ibarat kain putih bersih dan suci maka kita lah yang akan mencorakkannya.

Semoga aku, suami akan terus tabah dalam melayari hidup ini dan mendidik serta membesarkan anak kami. dan untuk anda juga yg bergelar ibu dan ayah. ameen.


Dia nak snap gambar mama katanya. :)







MENGUAP DALAM SOLAT.. MEMBATALKAN SOLAT!!!

Menguap boleh menyebabkan solat kita tidak sah!

Bagaimana??        
Membaca rukun qouli dalam keadaan menguap.
     
Contoh : ketika sedang membaca Fatihah, kita menguap. Bacaan tetap diteruskan walaupun dalam keadaan menguap!

MAKA SOLAT TERSEBUT TIDAK SAH!
Kerana makhraj2 dan sifat huruf dalam surah Fatihah sudah hilang.

HENDAKLAH ketika menguap berhenti dulu bacaan, tutup mulut dengan belakang tapak tangan kiri (sunat) dan meneruskan bacaan.
 
Benda remeh namun tidak dititik beratkan boleh membawa impak yg besar dalam solat kita.

Semoga bermanfaat...

PINJAM 3MINIT UTK BACA NI...

 1. Org yang tidak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.
   - USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
   - Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...In syaa Allah bahagia..."
   - Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
   - Datuk Ismail Kamus

5. Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
   - Ustaz Haslin Baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33,  doa kemudian baru bangun”
   - Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
   -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
   - Sheikh Abdullah Jahaf

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
   - Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap: "Pergi solat. Kalau tak, masuk api neraka!"Tapi cakap: "Jom solat, nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya. In syaa Allah.
   - TG Harun Din

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
   - Ustaz Pahrol Razi

 Rasulullah bersabda,
 Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

SELAMAT BERAMAL...

JANGAN LUPA KONGSIKAN DENGAN ORANG LAIN...
Ternyata Cuma 1.5 jam⌚ saja Umur Kita hidup di DUNIA ๐ŸŒŽ ini.

๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ

Mari kita lihat berdasarkan Al-Qur'an sebagai sumber kebenaran absolute
๐Ÿ”Ž 1 hari akhirat = 1000 tahun dunia
๐Ÿ”Ž 24 jam akhirat = 1000 tahun dunia
๐Ÿ”Ž 3 jam akhirat = 125 tahun dunia
๐Ÿ”Ž 1.5 jam akhirat = 62.5 tahun dunia.

Apabila umur manusia itu rata-rata 60-70 tahun, maka hidup manusia ini jika dilihat dari langit hanyalah 1.5 jam saja.

Patutlah kita selalu diingatkan tentang masalah waktu. ⌛⏰

Allah berfirman : "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)"

Semoga bermanfaat bagi kita semua untuk meniti perjalann hidup kita ini.

Kuatkan fikir akhirat
Kerana dunia ni
Tempat kita nak tinggalkan

Fokus akhirat
Itulah tempat kita nak hidup seterusnya

PERINGATAN INI
REMINDER INI

untuk diri saya sendiri.
Mayat orang Islam yang tidak sembahyang pada 1000
tahun dulu masih diseksa sehingga kini.

Allahuakbar! 1 waktu kita tinggalkan solat bersamaan 8000 tahun seksaan neraka. Jika kita sehari 5 waktu x solat?

5 x 8000 = 40 000
tahun.

Subhanallah.. ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ญ

Ringan-ringankanlah tangan untuk share benda ni. Dapat pahala mengingatkan saudara Islam yang lain.

Thursday, May 14, 2015

CETHAPHIL, utk masalah Ekzema, Kulit kering, Jerawat! ini penyelesaiannya

Assalammualaikum (",)

Jumaat yang penuh barakah. Semoga kita semua di dalam lindungan Allah swt inn sha Allah. ameen

Arini tergerak nak share pasal cerita dulu aku pernah kena ekzema tp di sekitar jari je. kalo sapa sapa yg pernah baca entry aku pasal kena ekzema dan aku try satu lotion dari klinik ni.....ni sambungan nyer yer... sapa tak pernah baca blh click SINI kemudian entry bila dah sembuh kat SINI



Tapi......ada tapinya pulak daa....

walaupun jari aku dah sembuh masa tu, sesekali dia boleh muncul balik. especially bila aku makan belacan, seafood, pegang benda kotor mcm bersihkan cermin yg berhabuk kan kena perah kain lap kan...so air yg kotor tu akan membuatkan ekzema aku muncul semula, kalo aku potong ayam,daging atau ikan pon sama. maka memang tak best lah kan. tapi sekarang alhamdulillah aku dah rasa 99% bebas dari ekzema cuma bab air kotor tu je aku elak sbb masih lagi terasa kalo terkena. bab potong ayam bersihkan ikan tu dah boleh dah. SYUKUR ALHAMDULILLAH atas kurniaanMu, berkat kita berdoa Allah memberi petunjuk jalan.

So..aku nak share apa? baik lah, ni aku share mungkin pada org lain mereka jugak pernah pakai ni. mungkin ada yg serasi mungkin jugak ada yg tak. cerita nya macam ni. dalam 3 4 bulan lepas kulit muka aku memang agak teruk mengelupas dan kering. lebih lebih lagi kalo aku makan belacan dan seafoods sbb aku memang ada resdung. tambahan kalo aku pakai alas bedak pun memang dah tak boleh pakai je muka rasa perit dan pedih. hari tu masa kami family day, aku mandi pantai sekali muka aku rasa mendidih mamang pedih dan sakit. tak tahan punya pasal aku ambik ais batu utk buat air sirap kami, dan letak di muka barulah lega. aku terfikir kenapa ekk..padahal dulu tak pun. aku tau muka aku dah selalu kering and bila kita sentuh terasa kasar yg amat. T_T

mula mula memang rasa nak pergi klinik yg tempat aku pergi utk eksema tu. tp entah mcm mana aku google dan jumpalah satu web ni entah sapa tak ingat. dia cadangkan cuba Cethapil. So aku pergi Guardian, aku cakap nak Cethapil, ingat nak try yg kecik sekali takde. yg ada paket besar and kena beli 2+FEE 1 lotion for sensitive skin (NOT FOR SALE) label kat cream tu. harga dlm RM84.++ utk dua botol. kalo beli satu RM50++. so aku beli je yg set tu lbih jimat. tawakal je lah kan..

Kali pertama pakai, lepas basuh muka ahh rasa mcm lega sikit. dia langsung xde buih. dia mcm lotion jer. boleh jugak dipakai utk badan. pastu aku sapu cream tu. selang beberapa hari tengok kulit muka ehhh mcm dah tak berapa kering dah muka. mungkin sesuai kot. sejak dari tu aku tak pernnah pakai yg lain. bg aku jimat pakai ni sbb botol dia besar dalm 1 litre kot tak ingat lah. lagipun senang tekan je macam botol shower gel tu. dan yang paling aku hepi aku perasan jari aku dah tak mengelupas dan tak gatal. itu yg paling aku happy. sebab aku dah rasa 2 tahun lebih kena ekzema. kebetulan masa aku cuba ni cream yg aku selalu sapu tiap malam tu dah habis. memang risau lah bila habis kena beli baru kan kat klinik dalam RM83 utk satu cream. so meamng aku bersyukur sangat kerana dgn CETHAPIL, secara TAK LANGSUNG, EKZEMA aku dah GONE. aku dah boleh buat kerja dapur dan apa apa jer dgn selesa takde luka di jari, takde pedih pedih dan takyah lagi pakai handiplas. Syukur ya Allah. semua dari Mu. terima kasih Allah.




ok untuk yg kulit kering aku pakai jenis ALL SKIN TYPES. Just sapu padah wajah anda kemudian bilas, boleh jgak kalo x bilas just lap dgn tisu muka. Mudahkan....blh bawak mana mana xde air pon takpe. No.1 brand recommended by dermatologist . baby pon boleh pakai tau.... boleh google baca kelebihan CETHAPIL. so people out there, this is really recommended if u have a problem with KULIT KERING, EKZEMA and jerawat innshaALlah dan yg penting berdoa jgk ya.

Bye jumpa lagi. :)








Ada satu doktor cuba buka klinik/rumah rawatan di madinah/mekah.

Selama 6 bulan dia buka takde satu pesakit pun yg dtg nak berubat dengan nya.
Jadi dia pelik. Org org di sini tidak pernah sakit kah?
Akhirnya dia jumpa jawApan nya.

Bila mana saje kami sakit.
Perkara yg pertama kami akan buat ialah solat dua rakaat dan memohon kesihatan dari allah. Insyaallah sembuh dengan izin dan kasih sayang allah.

Kalau tak sembuh pergi pada cara kedua.Yaitu baca al fatihah 7 kali tiup pada air dan minum.
Dan alhamdulillah kami akan sihat.

Tapi kalau kami tidak sihat jugak.Kami akan pergi pada cara yg ketiga
Yaitu bersedekah.
Bersedekah dengan niat pahalanya di jadikan asbab penyembuh sakit tu.
Dan insyaallah akan sembuh.

Kalau tidak sembuh kami akan pergi pada cara yg keempat Yaitu solat taubat dan istighfar.Sebab nabi bgtau sakit ni salah satu asbab pengampunan dosa.jadi kena banyak istighfar dan taubat.

Kalau tak sembuh jugak baru pergi pada cara yg ke lima..
Yaitu madu dan habbatussauda.

Dan yg keenam yaitu tumbuhan dari bumi yaitu seperti bawang putih,zaitun,halia etc.

Dan alhamdulillah la haula wa la quwwata illa billah.
Disini kami pasti dan pasti akan sembuh tanpa pergi pada cara ketujuh yaitu jumpa tabib/doktor/ubat

Friday, May 8, 2015

69. Kuih Bakar

Assalammu'alaikum (",)

Hi

Kebetualan masa masak nasik lemak aritu kakak aku cabut daun pandan banyak sangat so better aku buat kuih bakar. Tak pernah aku buat so try lah kan. Alhamdulillah menjadi even at first asek bermonolog dah masak ke ni... alih alih aku cucuk dgn lidi...

Aku dpt resepi dr myresepi rasanya

Bahan2
°°°°°°°°°
° 1 cawan tepung gandum
° 2 1/4 cawan santan pekat (aku pki 2
1/2 pun ok
° 1 cawan pandan juice
° 1 cawan gula
° 3 biji telur
° sedikit esen vanilla
° sedikit bijan
° sedikit pewarna hijau
° sedikit minyak

Cara cara
°°°°°°°°°°°
Kisar semuanya hingga sebati. Sapukan loyang dgn sedikit minyak dan panaskan ke dalam oven. Kemudian tuang adunan tadi serta taburkan bijan di permukaan adunan kemudian bakar pd suhu 180-190°c hingga permukaan bertukar kecoklatan sambil periksa dlm tempoh 30 - 45 minit. Biarkan sejuk baru dipotong

Siap :-)


Suka mkn yg coklat tu....gambar lain dah transfer dlm laptop T_T


************************************

Mesej yg menyentuh hati dari seorang wanita....
■ Saya bekerja 24 jam sehari..
■ Sayalah ibu...
■ Sayalah isteri...
■ Sayalah anak perempuan..
■ Sayalah menantu...
■ Sayalah jam loceng..
■ Sayalah tukang masak...
■ Sayalah pembantu rumah...
■ Sayalah guru...
■ Sayalah pelayan..
■ Sayalah nenek...
■ Sayalah jururawat..
■ Sayalah jurukamera..
■ Sayalah pengawal keselamatan..
■ Sayalah kaunselor..
■ Sayalah selimut...
saya x ada percutian
saya x ada cuti sakit
saya x ada cuti harian
saya bekerja siang malam
saya sentiasa 'on call'
Dedikasi untuk semua wanita.
Wanita adalah karakter yg paling unik umpama garam
Adanya dia tidak diingati. Tiadanya dia menyebabkan segalanya menjadi tawar!!
Hantarkan mesej ini kepada semua wanita tersayang
SELAMAT HARI WANITA
 PEREMPUAN diuji di DUNIA,,
 Kena pakai TUDUNG ...
 Kena pakai STOKIN ...
 Kena TUTUP AURAT dengan SEMPURNA ..
 Kena banyak FITNAH ...
 Kena TAAT perintah SUAMI...
 Kena menjaga MARUAH DIRI...
 Tak boleh BERLEBIHAN dalam BERHIAS..
 Di AKHIRAT,,
SABAR + REDHA = IN SHAA ALLAH SYURGA menanti ...
 LELAKI diberi KEMUDAHAN di dunia,,
 Tidak payah pakai TUDUNG...
 Tidak payah pakai STOKIN...
 AURAT senang dijaga ...
 Tidak risau dengan FITNAH...
 MUDAH nak buat apa sahaja..
 Tapi di AKHIRAT,,
๐Ÿ”นTanggung dosa DIRI SENDIRI..
๐Ÿ”นDosa ISTERI...
๐Ÿ”นDosa ANAK-ANAK ..
๐Ÿ”นDosa TANGGUNGJAWAB yang tidak dibuat..
๐Ÿ”นDosa tidak beri NAFKAH..
๐Ÿ”นDosa tidak menjaga PANDANGAN...
๐Ÿ”นDosa ADIK-ADIK...
๐Ÿ”นDosa sesama MANUSIA...
๐Ÿ”นDosa tidak SOLAT...
๐Ÿ“ข SABAR + REDHA belum cukup kerana LELAKI akan ditanya TANGGUNGJAWAB mereka diBUAT atau TIDAK di DUNIA...
LELAKI dan PEREMPUAN... masing-masing ada KELEBIHAN dan ALLAH itu MAHA ADIL ...
⭐๐ŸŒ™ Janganlah kita MERUNGUT....REDHALAH atas apa yang sudah DITENTUKAN oleh ALLAH ...
๐ŸŒ™⭐ Apa yang KITA ada INGATLAH, sesungguhnya itulah yang TERBAIK buat KITA yang ALLAH KURNIAKAN ...Allahurobbi ...
Sekarang anda mempunyai ② pilihan :
①. Biarkan Tulisan ini berada di sini, dan orang lain tidak membaca ...
②. Menyebarkan kepada pembaca lain agar orang lain ikut termotivasi dan I.n shaa Allah anda jua mendapat PAHALA ...

Thursday, May 7, 2015

68. Nasik Lemak Pandan

Assalammualaikum (",)

hahahah nak gelak aku sbb masak nasik lemak pon aku post ker...kikiki....kot mana lah tau kan ada anak anak kite yg baru nak belajar masak nasik lemat. hatta aku sendiripun nak belajar jgk masak nasik lemak yg betul2 menepati anak tekak aku...still x pernah jumpa lagi skill yg tepat..pernah aku tngok kat TV rancangan the best nasik lemak in KL....

tak sillap Village Park Vs. Tanglin Nasik Lemak kot masa tu bertanding...yg menang Tanglin nasik lemak...sorry ekk kalo ejaan aku salah....ape ekk rahsia dier kan...tp aritu judges kata dia nilai more to sambal..

utk yg Village Park tu dia kata dia pakai air kelapa masak nasik lemak...rasa mcm nak cuba tapi blm lg..nanti aku try


Ok utk yg ni...ni hentam ajer.....meh tengok resepi

UTK NASI

Beras biasa 3 cup
Beras Bashmati 1 cup
garam 2 cubit
Santan
Jus Pandan

Cara
Macam biasa redam dulu beras dalam 15 -20 minit. basuh bersih dan sukatan air sama dgn sukatan beras.sebenarnya mungkin ada jugak cari lain. bila hampir masak kacau nasi dan teruskan tutup dgn set "warm" kat periuk. memang lemak santan akan timbul dipermukaan nasik jgn risau kalo nampak mcm lembut sangat sbb masih panas kan.

Untuk SAMBAL

Sama mcm sambal udang kering yg aku pernah post SINI
bezanya kalini 100% pakai bilis jer. aku copy sini jgk lah yer senang uolls  nak refer


Bahan-bahan
5-6 biji bawang besar
4 sudu cili kering yg dah direbus dan dikisar
4 sudu besar sos tiram
6 sudu besar sos cili
3-4 biji cili api
1 mangkuk bilis yang dah dibersihkan
1/2 mangkuk ikan bilis utk digoreng garing
1 cawan minyak
garam, gula
2 inci belacan yang dah dibakar
sedikit air asam jawa (aku tambah)

Cara-cara
Mula mula, bilis di tumbuk halus dan ketepikan. (boleh jugak blend tp jgn halus sangat) Potong dadu bawang besar. Resepi ni perlu banyak bawang besar yer.

Panaskan minyak, masukkan bawang besar dan masak hingga layu. Masukkan cili kering dan bilis kisar, serta belacan. Kacau rata. kemudian masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau lagi & biarkan bertukar warna menjadi kecoklatan gelap, baru masukkan garam dan gula. Sementara tu, goreng bilis dalam kuali yang berasingan hingga garing. Kemudian angkat dan tos kan sekejap. Kemudian masukkan ke dalam kuali ikan bilis yg dah hampir masak tadi. Kacau lagi hingga masak.Kalo nampak macam kering tambahkan lagi minyak sebab gorengan memang perlu banyak minyak & siap...















____________________________________________________________________

Kawan ada mesej ilmu dpt dr Youtube (kawan nama Nazuha Ali, Chartered Accountan Seremban)

Ustaz apa tak ingat

Masa masak, tengah nak kacau lauk tu baca Selawat 3x, kemudian baca surah al-Kauthar (Inna a'toina)
pastu masa tutup api baca lagi sekali Selawat 3x kemudian surah Al-Kauthar

Semoga bermanfaat. :) & semoga Allah redha

Wednesday, May 6, 2015

67. Ayam Goreng Berempah

Assalammualaikum (",)

Hi


Menu kedua hari yg sama...semalam lah.....


Cum versi goreng. Ayam goreng brempah. Takut ada yg x minat ayam grill. Tp habis jgk semuanya

Ni basic nya sama jer mungkin ada tambahan sikit dr segi bahan

Bahan bahan
°°°°°°°°°°°°°°°°
1/2kilo ayam (wings dan peha)
Serbuk kunyit
Sedikit garam
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
3 batang serai
1 inci halia
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 susu teh jintan putih
Sedikit ketumbar
2 sudu besar tepung kfc (if ada)

Cara cara
°°°°°°°°°°°°

Kisar semua bahan kecuali tepung. Manakala jintan dan ketumbar ditumbuk. Lumur pd ayam dan tambahkan perasa. Perap semalaman. Goreng dgn kaedah deep fry. Siap utk dihidang








Nasik lemak hijau...next entry k :-)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
‍‌‌‌‌‍‌‍‍‌๐Ÿ”ฅ‌‌
PENDUSTA AGAMA ‍‌‌‌‌‍‌‍‍‌๐Ÿ”ฅ‌‌

Buat pedoman hidup dari Ustaz Ebit Lew.. ‍‌‌‌‌‍‍‍‍‌๐Ÿ’•‌‌

Bagi kita Rm2 kecil tapi masih ramai orang yang Rm2 bagi mereka amat besar..

Tahun lepas saya jumpa seorang makcik tua umur 70 tahun jalan kaki 20 puluh km dalam hujan balik dari ambil ubat. Pergi hospital rm1 bayar hospital. Rm1 bayar bas. Saya menangis mendengar kisah makcik tu..rumahnya buruk. Jaga seorang anak yang banyak buat masalah.

Saya pernah jumpa beberapa kali orang di stesen minyak tiada duit nak isi minyak. Hanya air mata dan muka malu-malu untuk minta pertolongan.

Saya pernah lihat anak sekolah tak makan macam kawan lain. Dia duduk seorang diri pergi solat Dhuha kerana tiada duit nak makan..di ajak makan dia menolak. Katanya nak solat dhuha rupanya dia tiada duit. Mereka berdoa sambil menangis. Dari kecil hidupnya begitu.

Saya pernah jumpa sekeluarga sentiasa buka puasa di masjid kerana tiada duit langsung..

Saya pernah bawa beberapa anak muda belajar agama. Dompet mereka kosong. Gaji sikit lepas tu semua bagi pada mak ayah di kampung. Bila dapat upah sikit untuk menolong kerja sikit sikit. Mereka bersyukur dan ulang-ulang cakap terima kasih.

Saya pernah lihat seorang yang baik diminta oleh bos poskan sesuatu. Boss nya terlupa bagi duit. Akhirnya dia cakap, dia langsung tiada duit. Dah seminggu duit habis. Cuma makan nasi dengan masak kuah air kosong di rumah.

Saya lihat orang kena saman kena tinggalkan motor sebab tiada lesen. Disuruh naik bas. Menangis merayu sebab semua duit dah jadi minyak. Kerja sara keluarga. Hidup susah.

Masih ramai orang tak keluar rumah dan tak pergi kenduri sebab tiada duit nak isi minyak kereta dan rumah. Anak-anak tak pernah merasa mainan dan ipad macam anak orang lain.

TAKDIR KITA SEMUA TAK SAMA...

Kita semua terus berusaha tapi jangan pandang hina pada orang lain.

Allah gelar manusia PENIPU DALAM AGAMA ialah yang tidak mengasihi orang miskin dan anak yatim dan lalai dalam solat...

penipu yang tak suka tengok orang lain tolong orang susah...

Lebih teruk dah susahkan orang tapi tak rasa apa-apa lagi sebab dah terlalu lama hidup senang.

Lebih teruk tak pernah langsung rasa susah dalam hidup ini. Benci dan pandang lekeh orang miskin dan susah.

Kita yang kaya terlupa mungkin kita diberikan rezeki kerana doa orang miskin dan lemah di kalangan kita. Ingat baik-baik sementara diberi peluang.

Ada kerana rm2 makan nasi kosong tanpa lauk apa pun. Kerana rm2 ramai yang tak mampu nak beli susu anak. Pergi kedai setiap barang tanya harga. Kerana duit cukup-cukup jer. Ada seorang anak bayar yuran madrasah dengan duit sendiri hasil kutip duit raya. Itupun belum cukup. Keluarkan duit syiling bayar yuran.

Kata ketua pendeta di zaman kegemilangan Islam. Jika ingin kalahkan Islam senang sahaja.... SAAT PEMIMPIN MEREKA MENGUTIP CUKAI SEDANGKAN MEREKA HIDUP MEWAH DAN SENANG, itulah zaman kehancuran mereka. Dengan mudah mereka akan kalah kerana mereka tiada bantuan dari Tuhan lagi.

Di zaman sahabah rhum dan orang soleh dulu saat menjadi pemimpin dan pembesar mereka kata kamu boleh belah anggota aku dan lihat darah aku yang mengalir tiada di dalamnya dari harta rakyatku.

Itulah Islam dulu-dulu sehingga semua kerajaan lain ingin diperintah oleh orang Islam. Islam ialah kasih sayang Tuhan. Kasih sayang Allah dizahirkan dengan orang Islam beriman yang sayang orang lemah. INDAHNYA ISLAM .

Marilah kita menarik rahmat Allah malam ni dengan kita tambah sedekah dan cari mana-mana orang susah dan bantu mereka. Rezeki kita _ dengan sedekah. Allah janjikan dalam taat. Kita doakan hidayat buat semua ketua dan pembesar supaya Allah berikan hidayah buat mereka dan mereka bertaubat atas kesalahan mereka. Janganlah benci sesiapa. Kerana Tuhan sayang dan memaafkan kita selagi kita mudah memaafkan orang Islam lain. Kita semua saudara satu kalimah. Semua orang buat silap yang terbaik yang minta ampun. Doalah hidayah buat 5 bilion orang yang belum Islam. ya Allah maafkanlah kami sua. Kami semua bertaubat kepadaMu. Ya Allah paling kami takutkan kemurkaanMu๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜”

66. Marinated Arabian Chicken

Assalam (",)

Haritu nampak kawan pos kat fb beliau rempah dari arab saudi. Sbb husband die org sana. Aku cecepat beli n pergi rumah dia time kerja...since cuti labour day aku dah marinated kan dr semalam lagi. Spy terasa perapan tu. Dlm gambar ni yg di snap sikit je ade lg yg lain tengah tunggu masak.aleesya pon makan..sbb ayam dia lbh lembut jadinya

Aku beli yg Seasoning & Spicy. BbQ pulak aku x beli. So cuba alhamdulillah habis dimakan sekali jalan......

Hahaha kebetulan ada sepupu datang mmg rezki dorang lah kan.

Selain tu aku jgk masak ayam goreng rempah, nasik lemak hijau, sambal nasik lemak dan pau gebu

Tp aku share one by one lah yer resepi. Ala sesimple yg blh je. Uolllss lg teror kan


·······Orite ni resepi········

Bahan bahan
°°°°°°°°°°°°°°°°
. 1/2  kilo ayam (bahagian paha & wings)
. 2 batang serai
. 1 inci halia
. 3 ulas bawang merah2
. 2 ulas bawang putih
. Sedikit garam
. Gula (lupa nak bubuh)
. Serbuk rempah arab

Cara
°°°°°

Kisar semua bahan kecuali rempah. Kemudia lumur pada ayam yg dah dibersihkan. Kemudian lumurkan pula rempah arab. Rasakan sedikit ok ke x kamasinan nya. Tutup dgn plastik wrap dan simpan semalaman dlm peti ais.

Esoknya bakar pd suhu 180° sehingga masak. Tp sebelum tu lumur dulu dengan minyak zaitun dipermukaan ayam. Selamat mencuba :-)








_________________________________________
๐Ÿ“ŒJika kita terasa nak melakukan satu maksiat, maka bacalah doa ini, nescaya Allah akan masuk kan kedalam hati nya benci kepada maksiat serta cinta kepada kebaikan

ุงู„ู„ู‡ ู…ุนูŠ ุงู„ู„ู‡ ุญุงูุธูŠ ุงู„ู„ู‡ ู†ุงุธุฑูŠ ุงู„ู„ู‡ ุญุงุถุฑูŠ ุงู„ู„ู‡ ุดุงู‡ุฏูŠ ุงู„ู„ู‡ ู‚ุฑูŠุจ ู…ู†ูŠ

Ejaan bahasa Melayu..
Allahu ma'i
Allahu hafizi
Allahu naziri
Allahu hadiri
Allahu syahidi
Allahu qaribun minni

Maksudnya...
Allah bersama ku
Allah menjaga ku
Allah melihat ku
Allah ada bersama ku
Allah menyaksikan ku
Allah dekat dengan ku

Baca apabila kita terasa ingin melakukan maksiat, apa2 saja maksiat atau perkara yang di larang Allah

๐ŸŒนHabib Umar Bin Zein Bin Sumaith ๐ŸŒน

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...