Wednesday, November 12, 2014

48. Sayur pucui labu & apang jagung

Assalammualaikum

Aku tak habis lg sebenarnya nak post pasal resep:-)

i sabtu lepas. X larat sebenarnya tp aku nak gak post. X sure pernah tak aku post resepi ni sbb aku pernah masak sebulan yg lepas mcm tu

Ok sayur ni hasil dari kebun aku jugak. Happy tau dpt makan dari hasil yg kita tanam terima kasih Allah krn memberi kami rezeki ini. Alhamdulullah

Since dah 2 minggu x jengok kebun agak semak jugak lah.ni pon dah nak seminggu x p lg maklumlah weekdays kerja. Harap weekend je. Mak pulak nak p hari2 tp xde sape nak p hantar mak p kebun. Kalo x dpt gak mak bersihkan sambil mengeluarkan peluh kan...

So ni resepi dia

Resepi: Sayur pucuk labu & apang jagung
Sumber: Air tangan emak

Bahan
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili di hiris nipis
Sedikit ikan bilis
Garam dan aji

Cara
Potong pucuk labu dgn ambil bahahagian pucuk sahaja. Memang part ni ambil masa yg lame.so klo masak utk mkn dgn kadar segera d nasihatkan jgn msk sayurni time ni

Utk apang jagung, kupas kulit jadung dan hiris nipis menyerong. Kalo jagung dah agak tua ambik biji jagung sahaja. Blh jgk d tambah labu muda ya

Panaskan minyak, tumis semua bahan kecuali sayur. Agak agak dah kekuningan masukkan sayuran jagung dahulu disertai debgan air. Boleh tambah belacan kalo nak. Selepas mendidih masukkan pula pucuk labu. Tambah perasa dan biarkan merenih sekejap. Siap.

Komen,sayur ni manis kalo masih fresh dan sgt berkhasiat. Cubalah :-)


Cu
Pu

Apang jagung


Heee...diam mkn mentah x mo dilarang. Skali aku try ptt pon manis


Monday, November 10, 2014

47. Umai @Umei Sarawak

Assalammualaikum

Menu kedua hari sabtu lepas. Ikan disedekah oleh hj. Matnoor kawan opis aku. Tq... tp x dpt lh buat terus. Kena tunggu aku x keje baru dpt buat. Aku x pasti ni ikan apa lupa pulak padahal dah tanya. Biasa org pakai tenggiri ke..bla bla bla (x tau lg ikan apa hahahaha hampehhhh)

Pakai obor obor pun blh..simple je.yg pasti ni mknn tradisi Sarawak

Bahan
.ikan yg dah dihiris mcm dlm gambar. Buang tulang yer
.cili merah/cili api
.bawang merah
.jus limau
.sedikit kulit limau
.sedikit halia
.sedikit garam
.sedikit cuka (xmo pon xpe)

Cara
Hiris nipis kesemua bahan. Perah jus limau dan bubuh garam. Perap 1 jam atau lbh. Siap. Senangkan mcm ABC !


46. Sambal ulam belacan

Assalammualaikum

Arini semangat nak masak sbb hasil dari kebun sendiri. Tau x dah 2 minggu aku dan mak x g kebun. Sbb busy dan aku sibuk dgn preparation utk interview kastam. Oh ye... keputusan interview aku adalah calon simpanan. Baru baru ni tengok jgk web SPA dah jadi simpanan lantikan. Aku pon x brapa nak pasti ape maksud tu cuma adalah google bgtau if ad vacan maka yg simpanan akan dipanggil. Mudah mudahan adalah tu kan. Mengharap sangat tu tak la kan tapi kalo dpt satu kejayaan utk aku heeee =))

So petang jumaat habis je keja aku balik rumah terus p kebun. Wallahhhh.dah 2 minggu x jengok kebun mashaAllah semak samun..haissssss..nak mengeluh tp bila fikir and tengok subur nya sayuran x jadik pulak mengeluh. Dengan mengendong aleesya (asek nak main baling batu keparit je keja) sudahnya aku x dpt buat ape ape. Yerlah takkan nak biarkan dia main sorg. Sesekali adalah Mintak tlg dedek temankan tp tak sedap hati lah kan...

So
Pagi ni, sabtu aku  decide masak ayam kicap (next entry), umai, dan sambal ulam belacan. Manakala mak masak sayur pucuk labu dan jagung muda

Kat bawah ni sambal belacan..jom tengok resepi mudah ni

Sambal belacan

BAHAN
1 inci belacan di bakar
2 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
3 sudu jus limau
10 cili merah
4 cili padi
Segenggam bilis
Sedikit air

Cara
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga lumat

Utk ulam
Boleh guna apa apa jer spt kacang bendi, timun,pegaga, ulam raja, terung Panjang dan lain lain...










Tuesday, November 4, 2014

Kursus Solat : Bersama anak-anak


 Assalammualaikum...
Menjadi seorang ibu bukan satu perkara dan tugas yg mudah. tapi menjadi seorang ibu beerti menggalas satu tanggungjawab dan amanah dari Allah. sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, aku bersyukur ke atas hadrat illahi atas segala kurniaan-Nya selama ini untuk aku, keluarga ku dan seluruh jiwa dan ragaku. aku tak pandai nak mengarang panjang kat sini. bagi aku cukuplah aku ada sekelumit rasa utk sentiasa bersyukur, melahirkan rasa bahagia tatkala melihat anak ku membesar. jika diimbau lembaran kisah suka duka kehidupan, mengalir air mata ini. betapa diri ini sering khilaf, sering lupa dan adakalanya hampir kpd hehancuran namun keranaNya aku masih diberi peluang utk terus berfikir dan merenung.

aku bukanlah kalangan ibu yang pandai dalam segala segi malah jauh sekali. terasa kerdil dan segan yg amat jika dibandingkan dengan wanita dan ibu di luar sana yang jauh lebih berilmu dan berakhlak baik. namu aku akan mencuba ke arah itu kerana saat kita memandang wajah si kecil betapa Allah itu maha agung. mengalir air mata kerana nikmat yg aku rasai yg mana hanya mereka yang bergelar ibu sahaja mampu merasainya. lantas terkenang akan ibuku melahirkan kami seramai 10 orang, bagai mana mungkin utk aku melupakan segala jerih perih susah payah bertarung nyawa demi kami. Subhanallah, mak adakala anak mu ini bertindak kasar dalam berbahasa namun ku akui ia di luar kemampuan dan adlakalanya hasutan syaitan dtg menjelma. ku doakan moga wanita yg ku panggil Emak akan senantiasa di dalam rahmatNya bersam-sama dgn seorang ayah yg aku cintai dan rindui.

melihat kepada gambar pertama di atas, ini adalah rutin kami tp bkn setiap hari. tp kini aku nekad utk cuba melakukan nya setiap hari. apabila aku terdengar ceramah drpd Ustazah Noorafizah di saluran radio IKIM, hati aku selalu teringat akan nasihat daripada beliau.lantaran hati ini sentiasa risau, kuatir, takut dan bermacam macam lagi bila mengenangkan anak yg msaih kecil, anak anak buah yg perlukan didikan dan perhatian. aku tidak mau dipersoakan apa aku buat utk agamaku?? tambahan pula dgn dunia akhir zaman kini bermcam macam perkara telah berlaku..aku jd takut dan risau yg amat.. maka, iktiar aku bermula lg. kalo sebelum ini aku adakan solat beramai2 dgn anak buah ku, kali ini aku halusi kan lagi dgn menamakan ia sbg "Kursus Solat". terima kasih kpd ustazah Noorafizah kerana idea dr ceramah beliau telah memberi semangat kpd aku. mudah mudahan ALlah merahmati beliau sekeluarga. Terima Kasih

Hari pertama bermula 3 November 2014, 9 Muharam 1436H
Peserta kursus hanya 2 org Azeem dan Dedek serta anak aku Aleesya.
Tidak memakai telekung bg yg perempuan kerana nak betulkan tertib solat. Aku arahkan mereka membaca satu persatu langkah2 solat. alhamdulillah kedua-duanya tahu membaca surah cuma ade sedikit salah tu perkara biasalah.

 Rakaat pertama: Doa Iftitah & Al-Fatihah, dan Surah Al-Falaq
Aleesya dah sujud dah :)

 Rukuk

 Tak pasti apalah aleesya buat tu.

 Sujud

 Betulkan kaki

 Duduk Tahiyyat Akhir

 Kat sini klakar, si dedek tak blh duduk katanya sakit perut...! sebabnya badan dia tengok la...manakala azeem pulak steady jer...lembut plak tu  hihihi


Hari kedua
Pesera Kursus: 3 org 
(Azeem, Dedek, Anif)
Slot: Azan & baca surah & tertib solat seorang demi seorang

 Subhanallah kakak Aleesya....dia pun say Allahu Akbar..

 Rukuk


 Solat Maghrib

 Sesungguhnya mereka di uji oleh lakonan pentas dak kecik Aleesya..nak ketawa tak blh kalo tak kena denda!

 Continue dengan membaca Asma ul-Husna versi lagu 
azeem tak hafal lagi
dedek & anif dah since dekat sekolah agama JAIS hari hari baca



 bila aku bukak Al-Quran dia pun nak
bila anif bukak Iqra' dia pun nak
bila azeem pegang alma ul-husna dia pun nak

 Siap tunjuk guna penunjuk dan sebuat "Aa...Ba... Jim....Ba... Aa"

"Kakak ji mama..kakak ji (kakak ngaji mama, kakak mengaji)
iyer kakak..ngaji la....mama suke


Selepas tamat kursus
tempoh : 40 minit

Biasa lepas mengaji anak anak ni akan turun tingkat bawah sebab dak kecik aleesya yg nak. normally aku suruh dorg kemas ni balik...since kalini kakak dah meragam so aku lah yg kemas..

apapun, semoga hari ini menjadi titik tolak dalam kehidupan anak anak kecil ini. sungguh mereka tidak mengerti apa apa namun kita perlu mencorakkan mereka. semoga kamu semua menjadi anak yg soleh dan solehah dan semoga mama istiqomah dan cekal dalam mendidik kamu. innshaAllah

Mode: tengah tunggu buku The Prophet Parenting Book (lbh kurang mcm tu lah bunyi), beli dari rakan agen NHB aku. tak sabar nak baca buku tu.

ALhamdulillah...jom solat!

45. Jelly buah-buahan

Assalammu'alaikum wth

hye uoollls....kembali bersama aku!!! ahahhaha...pereyyyy....! perey tu ape?hahha kalo kat sarawak mcm podddahhhh..... just nak update aritu aku ada buat kesumi..eh eh kesumi tu apa lak..iskk arini kite belajar bahasa sarawak k..i love being a SARAWAKIAN...hihihi....kesumi tu sama maksud dgn Jelly.. orite since dak kecik Aleesya suka makan jelly...asek nak beli jelli and sikit sikit jelly kalo satu bungkus tu kejap jer dia habiskan kejap kejap bukak peti ice kejap kejap bukak peti ice....haiyooo..ni tak blh jadi nii. bukan sebab mahal cuma risau kang takut dia tak makan nasik pulak..so far alhamdulillah aleesya dah kuat kuat kuat!!! kuat makan..yeahhhhhh!!! yg best dia makan sayur...alhamdulillah tak sia sia usaha mama ajar dia makan puree buah-buahan and sayur masa umur 6 bulan..tp lbh kpd buah sebenarnya..buah tu hari hari nak makan. kalo tengah makan nasik ke apa ke and tetiba nampak buah nasik tu campak tepi terusss.....oh no!!!! mama nei anggor kakak??? sbb tu kena sentiasa ada..dia bkn reti pon stok anggor tak de...aleesya aleesya...

ok cut!!! orite so aritu aku tengok ada jelly yg ready made tinggal kite masak aje..so aku try...teng teng teng...tp result dia aleesya tak berapa suke..pasal jelly ni kenyal dr jelly yg biasa kite jumpa tu....akupon tak prasan kat palstic pembungkus tu ada mention kenyal-kenyal..tp takpe pirana banyak kat rumah...ajim ade anif ade dedek ader...tolak batu dan kayu jer...hahahha :D

ok pendek cite meh kte tengok cara dier...senang jer pon mcm buat dadih..saje nak post kan sbb mengade ngade..hhehehehe T_T

 Taraaaa.....wow!!! mcm sedap kan...hihhiih aku pakai acuan utk buat kueh apam....!

 Mula-mula ingat nak buat half tu yg keluarkan penimbang...last last baik buat habis...so...timbang tu hiasan jer... orite buah ni aku lupa snap kaedah nak potong..nest entry aku post k..jangan janji tgal janji jer..innshaAllah...

 Cara: Masukkan serbuk jelli, kemudian masukkan 1250ml air ke dalam periuk. ON api dan kacau hingga mendidik. kemudian masak lg 3 minit. then tutup api dan masukkan gula "....." lupa nama tp benda tu ada dlm tu sebungkus kecik jer...masukkan dan kacau..kacau lg then tuang dalam jug spy mudah nak tuang dlm acuan

 yeah my assistant cilik...offer diri nak bantu buangkan bijih tu..TQ 



See... look freshhh!!!! tak sabar nak makan!!! tepat 1 jam kami ngap mcm Pirana kelaparan hahha

gambar takde kaitan time makan jelly...hahaha..ni masa tengok konsert Mini Era FM d Permaisuri Mall konon nak tegnok Mark Adam n Wariss...ni byr parking...sudahnya nengok blakang org yg lebih pasal mama nya tak brapa nak tinggi ahahahaha :D

Orite..jenama jelly tu aku lupa..tp sure bnyk kat pasaran... jom cuba k! boleh buat utk birthday party ke, santai santai ke..... byeeee.....

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...