Wednesday, January 12, 2011

Meniti Perjalanan 2010







Awal 2011...
banyak bende berlegar dlm otak aku
mana nak fikir tu & maner nak fikir ni
usia menginjak 28thn menjelang may 2011
ape sumbangan aku pada keluarga? pada majikan malah apa sumbangan aku pada kebajikan dan amal jariah? semakin elok kah tingkah laku ku? semakin elok kan ibadah ku? atau terlalu bnyk pancaroba yg dilalui dan yg bakal mendatang akan terus menghantui hidup ku??

2010...meninggalkan 1001 kenangan yg sukar utk d lupakan ttp sedikit sebanyak berlalu pergi meninggalkan kita yg bergelar manusia.

2010... aku bergelar tunangan kepada seseorg yg bernama Mohd Efendi bin Alias. 2010 meletakkan aku sebagai seorg penjawat bidang perakaunan yg sehingga dinihari adakalanya aku masih merasai kekurangan kepakaran dan skill dlm bidang yg penuh cabaran ini.

2010..aku ditinggalkan insan2 tersayang kerana yg Esa lebih menyayangi dan itulah takdir Allah yg tidak bisa utk kita menolaknya

2010..mengajar aku erti kepayahan melayari kehidupan dlm menyara sebuah keluarga..terbayang dek mata ku akan kelelahan dan peluh keringat ayah tercinta dan ibu di kala aku bergelar anak kecil yg kini telah menginjak dewasa..terima kasih ibu..terima kasih ayah..

2010..menjadi kan tahun antara yg terbanyak air mataku menitis...bukan kerana kekecewaan ttp belajar erti sebuah kehidupan...

2010.. meninggalkan kenangan indah bersama insan2 yg tersayang..wlu pun adakalanya sebuah kenangan yg terlalu singkat tp cukup bermakna hingga akhir hayat

2010.. detik pertemuan dan perpisahan dgn insan bernama sahabat seterusnya insan tersayang namun takdir Allah meletakkan ia sbg memori yg sangat singkat ttp ckp bermakna dlm kehidupan ku..buat mu...semoga berbahagia hendaknya..

2010..mengajar aku erti SABAR, erti CINTA, erti KASIH & SAYANG
mengajar aku erti CABARAN, PERSAINGAN, TOHMAHAN dan KRITIKAN membina


Kenangan ketia memancing bersama keluarga


Sahabat... semoga kenangan ini akan sentiasa diingati




Kini Lembaran baru telah bermula
2011...satu pertaruhah...di manakah letaknya dan kemana hala tuju ku?



Ya Allah ya Rab, ampuni dosaku
dari segenap tingkah lakuku, dalam sedar mau pun lena ku
aku tahu sesungguhnya terlalu banyak khilaf dan salahku
hukumi lah aku kerna aku takut NERAKA Mu..

Ya Allah
jgn Kau sesatkan aku
tunjuki aku jalan lurusMu
berikan aku kekuatan Mu
agar aku bisa terus bersama Mu
leka ku kerana nafsu
leka ku kerana aku lemah
kuatkan iman ku
tabahkan hati ku
kerna yg aku ada
hanya Rahmat Mu ya Ilahi..

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...