Thursday, August 21, 2014

Mengenang MH17

Assalamualaikum....


Hari ini dalam sejarah Malaysia #malaysiaberkabung utk memberi penghormatan terakhir kepada 20 orang mangsa pertama yg di bawa pulang bg pesawat #mh17

Segala puji-pujian hanya bagi Allah, aku seawal pagi duduk depan TV di pejabat bersama rakan rakan yang lain. sayu dan sugul hanya itu yg dapat digambarkan

Kalo ikutkan hari ini adalah hari menyambut majlis ramah tamah aidilfitri, tp bagi menghormati hari ini adalah hari berkabung maka kami pun turut sama sama merasai dan berdoa moga moga roh mereka dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. ameen.

Di facebook, twitter dan instagram pun apa kurang nya warga Malaysia khasnya berkongsi saat saat ini. dan salah seorang sahabat aku secara tiba tiba menghantar pesanan melalui aplikasi facebook memaklumkan yg salah seorang mangsa adalah suami kepada sahabatnya iaitu co-pilot Ahmad Hakimi Hanapi. melihat kpd gambar isteri dan anak yang ditinggalkan di dunia ini hati aku jd hiba. ya Allah sungguh hebat ujian utk wanita dan anak kecil ini. mudah-mudahan Engkau ringankan dan kuatkan semangat mereka dalam menempuh ujian ini. ameen

Sebagai umat Islam walaupun zahirnya kita bukan saudara sedarah namun hakikatnya kita saudara seislam. Al-fatihah utk mangsa tragedi pesawat #mh17 & mh370


Dari Allah kite datang, kepada Dia jua kita dikembalikan.

Kami dari warga kerja mengucapkan salam takziah kpd seluruh waris pesawat &mh17 (terhempas pd 17 july 2014, ramadhan 1435j)


Kami menonton bersama-sama dan berdoa serta bertafakur bersama-sama

Isteri & anak allahyarham co pilot Ahmad Hakimi Hanapi kelihatan sugul & tenang

Screen shot, sedih tengok anak yg tidak mengerti apa-apa ditinggalkan si ayah. semoga anak ini membesar dgn baik dan menjadi anak yg soleh. ameen.

 
Kiriman mesej dr sahabat. sabarlah wahai sahabat. Allah tau apa yg terbaik utk umatNya



Al-fatihah utk semua mangsa pesawat #mh17


Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...