Wednesday, April 29, 2015

65. Ketam Masak Telur Asin@Masin

Assalam (",)

hatitu encik hubby balik kejap sbb ada family day. kesian encik hubby sebab isterinya langsung xde masak. sbb time balik weekdays, weekend pulak dah family day mmg lah sebok dgn masak masak kan...isnin nya pulak pergi Bintulu lawat ayah kpd Fauzi. sampai rumah jam 6:30 petang ngam ngam magrib, terus masak sepantas kilat. hubby makan dah selesai terus pergi airportttt berdesup balik Putrajaya....sian hubby ku..nasib baik masa dr bintulu we all drop kat airport utk check in first.

anyway TQ to hubby sbb masak utk we all..hahaha...ni aku pun tak pernah masak cuma pernah tengok Anzalna masak dalam Ketuk ketuk Ramadhan. kelakar jugak masa ni sebab nak carik ketam punyalah xde. jumpe pun kecik harga RM5 setompok macam muskil jer...cari di merata x jumpe bile kita x ingin nak makan berlambak pulak. last last suami patah balik kat Emart, dia beli terus. katanya RM60.00 wow banyk tu. so aku bantu sediakan bahan as usual...hihiihi...nak snap gambar x brani sgt sbb takut kang kena bommmm.....hahahhaah

ok ni resepi dia...kalo google ni pun senang je jumpe....ada mcm mcm version kan.. ada yg siap kukus dulu kejap then rendam dlm air sejuk spy isi ketam pejal and juicy


Resepi: Ketam masak telur asin
Sumber: Papa Aleesya @suamiku

Bahan

Ketam ikut suka banyak mana
Duan kari 2 tangkai
3 sudu besar tepung jagung
Tepung kunyit
Susu Cair 1/4 cawan
Garam sesedap rasa
Butter
Sedikit Minyak
Telur masin 10 biji (ni utk keam yg dlm 8 ekor mcm tu)
4 biji bawang putih
5 biji cili potong panjang/tumbuk terpulang

Cara-cara

Mula mula utk menggoreng ketam, tabur tepung jagung dan sedikit serbuk kunyit serta garam ke dalam mangkuk ketam dan ratakan. panaskan minyak dan goreng ketam hingga bertukar warna. angkat dan ketepikan. sementara tu telur masin telah direbus dan ambik telur merah dan sebiji telur putih. lenyek lenyek kan

Ambil kuali lain dan masukkan sedikit minyak dan marjerin/mentega. tumis bawang putih dan cili serta daun kari hingga naik aroma. masukkan telur masin yang dah dilenyek-lenyek dan kacau. masukkan susu sejat/cair dan kacau lagi. akhir sekali masukkan ketam yang dah dioreng. kacau hingga masak dan jangan lupa tambahkan gara dan ajinomoto. siap utk dihidang

# ada version kering, ada jugak yg gemar basah basah berkuah so terpulang lah yer korang nak yg mcm mana....

TQ to hubby.




Aksi romantik setelah 4 bulan x jumpe. Bkn 4 hari tau atau 4 jam T_T


Syg aleesya ketat ketat


Bubuh tepung jagung


Ketam Nipah ke ni??


Ni pat aku, cornbeef goreng. Selalu buat nasik goreng..blh refer resepi SINI


Telur yg dah dikenyek


Ni pun part aku blh refer resepi SINI

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Kalau ada orang kata pada kita , kenapa perlu sayang Rasulullah sampai nak nangis nangis ? Kenapa melampau lampau macam tu ? Bukan ke kena selawat dengan hati yang tenang bukan dengan esak tangisan ?
Jawab pada mereka , kerana Rasulullah telah terlebih dahulu menangis kerana kita .  Kerana dosa dosa kita   Tidak pernah ada manusia yang mendoakan kita , yang minta pada Allah untuk ampunkan dosa kita sepertimana Rasulullah lakukan pada kita .  Rasulullah sujud dengan lama sekali sambil menangis dan merayu rayu pada Allah agar diampunkan oleh Allah atas semua kesalahan dan dosa dosa yang kita lakukan sehingga Allah menghantar Malaikat Jibrail untuk memujuk Rasulullah agar bangun dari sujud Baginda 
Kerasnya hati kita hari ini   Kita tidak pernah menangis kerana merindui Rasulullah 
 
Diceritakan oleh -
#Ustazah Fatimah Iksir
#Ma'ahad Tahfiz Aneor Li Taffaquh Fiddin , Janda Baik , Pahang

64. Cucur Pisang Rangup Ala Ala Cucur Bekenu

Assalam (",)

Kenapa ala ala bekenu ekk..heheheh.....sebab ape tau aku paling suka makan cucur pisang pekan Bekenu. tp sejak tamu tu dipindahkan ke kawasan RTC aku dah x jumpe dah cucur yg sedap. mungkin sebab kami selalu lewat sampai kadang kadang dah nak habis jualan baru kami tiba. mestilah tak jumpa kan..aku kalo cucur pisang aku memang x suka kalo dah sejuk. aku mesti nak yg panas panas dan rangup krap krap gittew...

So aritu ada lah pisang cucur ni...pisang apa nama nya ehh...kazen punya so dia sedekahlah utk kami sbb pokok tu mak yg selalu tengok tengokkan sejak kazen aku pindah rumah. aku terus Tinggggggg!!!!! cecepat aku buat... aku tak rujuk mana mana aku ikut rasa je buat...memang sedap ar....pasni dah takyah pergi pekan Bekenu dah..tp kan syiok g Bekenu....entah...syok semacam...

ahhh panjang pulak kan aku nyer intro..meh salin cecepat resepi simple ni. kot sapa sapa ade resepi lbh mudah dan lbh sedap blh lh komen yer...

Resepi: Cucur Pisang Rangup
Sumber: Diri Sendiri


Bahan

Pisang, dibelah 3 atau 4 ikut size dalam 10-15 biji
10 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
sedikit pewarna kuning atau kunyit
2 sudu besar gula
2 cubit garam
1/4 sudu teh soda bikarbonat (x bubuh pun xpe still sedap)
Minyak untuk menggoreng
Sedikit air sejuk

Cara-caranya
Bancuh semuanya sehingga sebati dgn air. biarkan agak agak cair dan boleh menyaluti pisang. goreng hingga masak.

Siap...

sapa yg gemar pisang cheese tu, blh lah tabur cheese yer tp aku mcm kurenggg sikit..aku nak yg asli... gambar di bawah ni sorry lah masa yg 1st aku letak pewarna x snap. yg ni aku dah xde pewarna aku bubuh kunyit jer tp rasa xde beza. tu pasal gmbr nampka pucat...

selamat mencuba :)








**************************************
Kalau ada orang kata pada kita , kenapa perlu sayang Rasulullah sampai nak nangis nangis ? Kenapa melampau lampau macam tu ? Bukan ke kena selawat dengan hati yang tenang bukan dengan esak tangisan ?
Jawab pada mereka , kerana Rasulullah telah terlebih dahulu menangis kerana kita .  Kerana dosa dosa kita   Tidak pernah ada manusia yang mendoakan kita , yang minta pada Allah untuk ampunkan dosa kita sepertimana Rasulullah lakukan pada kita .  Rasulullah sujud dengan lama sekali sambil menangis dan merayu rayu pada Allah agar diampunkan oleh Allah atas semua kesalahan dan dosa dosa yang kita lakukan sehingga Allah menghantar Malaikat Jibrail untuk memujuk Rasulullah agar bangun dari sujud Baginda 
Kerasnya hati kita hari ini   Kita tidak pernah menangis kerana merindui Rasulullah 
   
Diceritakan oleh -
#Ustazah Fatimah Iksir
#Ma'ahad Tahfiz Aneor Li Taffaquh Fiddin , Janda Baik , Pahang

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...