Friday, July 22, 2011

Ramadhan semakin menghampiri...

Bismillahirrahmanirrahim.....Assalamualai'kum wth :)


apa khabar u all semua?? big smiley <(^________^)> untuk semua yer....mudah2an kawan2 semuanya dalam keaddan sihat2 je yer.....amin

tepat 10:57pm, pejam celik pejam celik tak sangka dah dekat setahun ramadahan yg lepas kita tinggalkan.....

yaa....Ramadhan semakin menghampiri kita, TAPI adakah kita semakin menghampiri Ramadhan yg mulia ini????? tepuk dada tanyalah ...??? IMAN.... tau pun :)

mudah-mudahan kita masih diberi kesempatan dan umur yg panjang untuk beribadah kpd-Nya. atas kesempatan ini jugak sy susun 10 jari mohon seribu kemaafan sekiranya ada terkasar bahasaa sepanjang mencoret di laman maya ini..eh eh...mcm dah nak raya lah pulak...hhehhe.... :)

so kengkawan...pesanan ikhlas dr saya...jagailah akhlak, tingkah laku, perbuatan dan ibadat kita sepanjang bulan yg penuh rahmat dan keberkatan ini. Luangkan malam2 kita bersama para jemaah bg menunaikan solat tarawih, rebut lah malam Lailatul Qadar dgn hati yg ikhlas kerana mencari keredhaan dan keberkatan dari-Nya

jom sy kongsi sesuatu utk anda semua :) moga2 dengan sedikit ilmu yg disampaikan dapatlah kita sama2 menunaikan ibadah dgn sebaik2nya dan mendapat berkat serta hidayah dr Nya...amin


FADHILAT SOLAT TERAWIH



Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat

Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.



Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).



Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.



Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.



Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.



Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa

orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.



Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.



Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.



Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.



Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.



Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.



Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).



Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.



Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.



Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.



Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.



Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.



Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).



Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.



Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.



Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.



Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).



Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.



Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).



Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.



Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.



Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.



Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.



Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.



Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang

teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah

engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi

Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

.

Friday, July 8, 2011

Sebentar bersama IMAM MUDA MUSIM ke-2

Ni adalah video utk final IMAM MUDA musim ke-2...entah kali ini aku terlalu excited dgn IMAM MUDA..tahun lepas aku tak berkesempatan mengikuti perkembangan secara menyeluruh tp kali aku cuba luangkan waktu utk IMAM MUDA wlu pun ada kalanya aku ter'miss jgk menonton tp takpe yg penting sedikit sebanyak aku dpt jgk pengetahuan agama..Syukran Jazilan astro OASIS.. Barakallhu Khairan.. :)


Part ni yg aku paling suka hingga ke saat ini aku akan cuba mendengar dan menhayati makna baris2 ayat. Syukran :)

Tahniah aku nak ucapkan kepada IMAM MUDA HASSAN ADLI yg dinobatkan sbg IMAM MUDA UNGGUL..dan IMAM MUDA NAZRUL sbg naib Juara....juara atau naib...itu bukan ukuran kan..yg penting peranan sbg Khalifah Allah di muka bumi utk hari2 yg mendatang...

Semoga perjalanan kalian dipermudahkan dan diberkati dan semoga aku jgk akan terus menerus mengikut jejak langkah kebaikan mereka...dan mudah-mudahan zuriat keturunan ku jua akan mencontohi kalian... AMIN

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...