Sunday, March 15, 2015

Lutong Beach

Assalammualaikum (",)

15/3/2015, seawal jam 7 pg aku dan anak_anak bergerak ke pantai.... ni sebab aku dah janji lah ni... dgn gigi aku masih lg sakit...harini xde pergi taklim. Ya Allah syg nyer x pergi. Balik dr beach kakak dah tdo. Kakak mazz pulak temankan adik pergi servei barang nikah. Emak pulak sibuk dgn udang geragau atau bubok. Nak x nak harini kena lah bg dorang peluang utk diri sendiri

So... budak budak happy to the max lah kan dpt main..... yehooooo....

 Beli semalam..haruslah pakai terus....
















*************************************
"Apakah perbezaan adab dengan ilmu?
Dikatakan oleh Sayyīdil Al Habib Ali Zaenal Abidin dalam kuliahnya;
.
"Adab itu adalah lebih kepada akhlak manakala ilmu itu sebagai suatu pengisian seperti hukum hakam dan sebagainya tetapi adab lebih kepada hiasan dalaman dan akhlak itu lebih cenderung kepada adab.
Oleh kerana demikian rasululloh ﷺ dikurniakan kedua-dua sifat iaitu adab yg dikurniakan oleh Allah ﷻ dan didalam hadis baginda bersabda;"Saya diajarkan adab oleh Allah ﷻ maka ia adalah sebaik-baik adab".
.
Manakala berkenaan dengan Ilmu Allah ﷻ berfirman;"Sesungguhnya Aku mengajarkan ilmu yg engkau tidak tahu sebelum ini".
.
Demikian wasilah yg digunakan oleh Allah ﷻ utk mengajarkan kepada rasululloh ﷺ iaitu adab(akhlak) dan ilmu.
.
Dikatakan mana-mana sistem pendidikan yg tiada kedua-dua perkara ini iaitu ilmu dan akhlak maka akan menjadi pincang.
.
Diceritakan "Pada suatu hari Sayyīdina Ali Bin Zainal Abidin cucu kepada Sayyīdina Ali Bin Abi Talib didatangi seorang badwi yg diupah oleh seseorang yg ingin menyakiti beliau kerna ingin melihat  Sayyīdina Ali marah dengan memberikan sejumlah wang 1000 dinar.
Kemudian badwi itu berjumpa dengan Sayyīdina Ali lalu memaki beliau dan apabila dilihat makian tidak mendatangkan kesan kepada Sayyīdina Ali lalu badwi tadi meludah kepada muka Sayyīdina Ali kerana ingin membuatkan beliau marah.
Sehingga pada akhirnya Sayyīdina Ali mengusapkan ludah badwi tadi lalu ditinggalkan badwi itu.
Apabila melihat akhlak Sayyīdina Ali,badwi  itu terus meminta maaf lalu diberitahukan bahawa beliau berbuat demikin kerana diupah  dan ingin melihat beliau marah lalu Sayyīdina Ali mengatakan "Mengapa tidak diberitahuka kepada-ku daripada awal?aku bisa memberikan kepada-mu wang tersebut tanpa engkau memarahi dan meludahi kepada aku lalu diberikan wang itu kepada badwi tersebut.
Allah..Bagaimana kita melihat akhlak orang soleh dengan kita?"

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...