Thursday, February 12, 2015

60. Red Velvet Cup Cake

Assalammualaikum (",)

Hye.....
Demi memenuhi kepelbagaian dalam perniagaan kecil kecilan aku, aku selalu cuba utk practis ape sahaja yg blh mengasah bakat, mengutip pengalaman dan ilmu baru. ce cei cei....mcm skema je kan hehehe....

Ok utk kalini aku nak share resepi cup cake red velvet. aku buat utk Majlis Makan Malam kami di Imperial Palace pada 06/02/2015 bersempena dgn kemenangan Naib Juara Sambutan Maulidur Rasul dan juga Farwell utk Engineer kami iaitu Akmal Abdullah..oh ya hari ini dia last tau... semoga dgn karier baru ni akan membawa awak lebih maju ke hadapan dan jgn lah lupakan kite org yer...hihihihhii

ok resepi ni dari blog Zalin Zalina dan blh click DI SINI
TQ yer awak atas perkonsgian resepi. smoga bermanfaat utk kite semua

Bahan-bahan
*250gm tepung gandum
*1 sudu kecil baking powder
*1/2 sudu kecil garam halus
*2 sudu kecil serbuk koko
113g butter
300g gula kastor
240ml susu full cream / susu cair
1 sudu kecil cuka makanan
3 sudu kecil pewarna merah
2 biji telur A atau 3 biji telur B1 sudu kecil vanilla


Cara-cara

Ayak kan kesemua bahan ni *, pukul mentega dan gula lebih kurang 2 minit. masukkan telur satu persatu kemudian kacau lg. masukkan pula esen vanilla dan kaup balikkan. kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. kemudaian masukkan bancuhan susu tadi. selang seli yer tepung, susu, tepung, susu dan tepung

kemudian sediakan bancuhan cuka dan soda bikarbonat hingga berbuih. kacau kan dgn sudu kecil dan masukkan ke dalam adunan tepung dan kaup balikkan lagi.

Tuang adunan ke dalam bekas cup cake separuh sahaja atau 3/4. bakar pada suhu 170" selama 30 minit ikut oven masing masing.

Untuk Cream Cheese
250g cream cheese
1/2 cawan gula aising
50g mentega

Kisar kesemuanya. make sure gula aising
 tu kita tapis dulu yer

++++++++++++
Utk butter milk (optional blh di tambah ke dalam adunan)
1 cawan susu cair/full cream + 1 sudu kecil cuka
Boleh juga Yogurt plain 3/4 + 1/4 susu segar

lain lain tips
1/2 cawan air suam+1 sudu nescafe/air suam sahaja utk lembutkan kek





 Bahan bahan yg diperlukan

 Mentega dan gula di kacau

 selang selikan tepung, susu, tepung, susu, tepung


 nak cepat just tuang kan ke dalam jug

 parutkan sedeikit kek utk hiasan atas cream cheese




Ok 

done nanti blh hias lah ikut apa korang nak

Sebenarnya resepi Red Velvet ni ada pelbagai version...meh aku copy sini dgn meletakkan link owner yer..

blog Hana Family 1 Sini

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Blog Dapur Comelku 2. Sini

Bahan-bahan
Bahan Kek
  • 250g tepung kek *
  • 1/2 sk garam *
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter
  • 160g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone - hana ganti cream cheese
  • 115g @ 1 cawan gula kastor
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
  • hana tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut
Cara-cara
  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
  • Potong dan hidangkan.

TQ

Wednesday, February 11, 2015

59. Nasik Goreng Jagung Planta

Assalammu'alaikum (",)

Ni adalah antara nasik goreng aku suka tapi jarang buat sbb nak beli jagung la...tp kalo dah ada bahan ni ari ari rasa nak makan hahha...padahal simple je pun..mungkin org lain tak suka atau ckp ekk elh nasik goreng jagung ja pon...kosong je mcm takde apa apa ....

tak pe aku tak kisah dan aku tak pedulik hahhaha...janji aku suke heeee :))

ok ni resepi sendiri paling kacangggggg aku rasa

Bahan-bahan

Nasik sejuk yg tak habis korang makan mlm tadi
Jagung Manis 2 senduk (ikut suka)
Bawang merah 1 biji (hiris nipis)
Bawang besar 1 biji (hiris halus)
Cili merah/cili api
Ikan bilis
Perasa
Planta

Cara
Panaskan planta dan biarkan cair. goreng dulu ikan bilis hingga garing dan ketepikan. Tumis bawang merah, bawang besar dan cili. kacau hingga nampak kekeuningan. masukkan jagung. jagung tu blh jugak direbus dahulu. taknak rebus dulu pun takper.  masukkan nasi dan kacau. tambah perasa. angkat dan taburkan ikan bilis. Siap

Kalo nak tambah tepur pun boleh tp jagung sahaja pun dah sedap manis manis jagung gittew....


SAYA JUAL: Cup Cake RED VELVET

Assalammu'alaikum (",)

Red Velvet.....melihat kpd rupapun kite dah terliur kerana warna yg sungguh menawan dan seksi gittew....

tp nak buat tu kadang kala rajin kadang kala teringin pulak nak beli je kan...okaysssss utk warga Miri anda blh dapatkan cup cake red velvet dengan harga RM1.30 sebiji

Whats App 014 - 685 6849 utk tempahan ya








SAYA JUAL : Biskut/Cookies Rainbow

Assalammu'alaikum (",)

Untuk warga Miri/Bintulu atau di mana mana anda berada, uoolsss blh dptkan terus Rainbow Cookies sekarang hanya dgn WhatsApp 014-685 6849

Harga : PROMOSI RM10 (35 pcs)
....Maaf promotion END....

Normal Price (Box)
RM15 35 40pcs
RM30 90 pcs
RM50 110 pcs


Also available for

Door Gift
Plastic/Box , (upon request)





FB: Hanni Hannani


Wednesday, February 4, 2015

58. Nasi Beriyani Ayam

Assalammu'alaikum (",)

Hy olll....buat aper tuhhh...
eh ehh...tengok godek resepi ekk...hihii

anyway hope u olls semua sihat waalafiat hendaknya, bahagia dan gembira disamping insan insan yang tersayang...

utk minggu ni....maksud sy ahad lepas lah arini Rabu...sy plan nak masak Nasi Beriyani. inilah first time aku buat...eh ehh kejap aku kejap saya aku ni....ape kes ni..huhuhuhu sorry lah ekk kalo bahasa aku kasaq no...aku suke yg simple dimple jer ni janji korang blh paham hihihi

lepas balik dari kelas Ta'lim dgn bakal adik ipar aku lebih kurang dekat jam 11:30 pagi aku terus projek siapkan beriyani nih...actually dah lama aku nak buat cuma timing betu betul teruja dan eksaited tu yg belum ada...

kari ni aku tak beli..aritu aku borak borak dgn koliq aku Mr. Dev Singh....opppsss taka pasal pasal keluar nama dia dlm blog aku ni hihihi...aku tanya dia hey Mr Dev how to cook beriyani ? can u teach me..what kind of curry u use is.?

bla bla bla sambil senyum senyum ....dia kate OK nanti once im come back from KL i'll give u 1 packet of curry. the best curry in the India you knoe...wow!!! aku mcm wow laaa....so balik jer dia dari KL utk attend meeting HSE dia terus bg aku...korang tau tak dah berbulan bulan dah curry tu..and dia siap follw up..hei jue u sudah bikin itu beryani and my answer is always Not Yet....and his respons also Wow!!!!

so ahad tu aku merealisasikan impian ku..aku beli beras bashmati RM24.50 utk 2 kilo....emmmmm..panjang!!!! hahaahha iklan beras bashmati....

aku sembarreno jer beli bahan dah balik tengok eh eh ader lg yg belum ada..last last masa nak p ta'lim tu aku ckp kat bakal adik ipar aku jom teman kamek (saya) g beli yogurt and susu cair...kat kedai 1 malaysia jer..tp xde susu cair plak daa.....pung pang pung pang aku beli lah buah nanas susu cair timun dna yogurt

balik....potong apa yg patut then solat zohor dulu...patutnya kalo guna periuk NOXXA 4 minit jer tp aku sengaja nak mengadventurekan diri nak masak ikut jalan yg lambat....cuma step akhir jer aku pakai periuk NOXXA 5 minit jer....dan berhasil

#Nasi terlembut sikit, asbab aku lupa kan nak bubuh susu cair, so utk kari tu korang basahkan sikit setakat nak jdikan paste je...dan kurangkan susu cair pun blh...aku tak sukat aritu berapa mcm 1/2 tin....lagak komfiden lah ni...hihii

ok takmo citer panjang....ni ha resepi dier

RESEPI: NASI BERIYANI AYAM
SUMBER: resepi asal di kotak kari dna google serba sedikit utk step


Bahan-bahan

NASI
5 pot beras (ikut keperluan korang, aku dpt mkn utk 13-14 org mcm tu
5 pot air (cawan yg sama digunakan sukat beras)
garam 1 - 2 sudu kecil
daun pandan (aku tambah)
Pewarna oren

KARI AYAM
1 ekor ayam dipotong 16
4 sekawan rempah tumis
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan yogurt asli
3 sudu mentega + sedikit minyak
1 pakei kari beriyanai jenama INTERNATIONAL
Garam, pak aji, gula
i inci halia da kisar
4 bawang merah dikisar
6 bawang putih dikisar
5 biji tomato


Bahan sampingan
1) 4 @5 biji telur rebus
2) bawang goreng (boleh beli yg sedia ada atau goreng sendiri)


Cara Masak Nasi

Periuk A) Rendam beras selama 10 minit. kemudian dah rendah basuh dahulu dan tos kan. dah tos baru masak kan dengan menambah garam dan daun pandan serta air. masak separuh masak jer tau (hingga air kering) kemudian angkas dan toskan...buang air lebihan.

Cara Masak Ayam

Periuk B) On kan periuk elektrik dan panaskan minyak serta mentega. dah panas masukkan 4 sekawan, kemudaian masukkan bahan tumis seperti bawang merah yg dikisar, halia dan bawang putih dan kacau supaya tak hangit. dah sekata warna masukkan kari beriyani dan teruskan kacau hingga kari masak. kemudian masukkan ayam dan kacau lagi perlahan lahan. masukkan tomato, yogurt dan susu cair. dan terus kacau. biarkan merenih sekejap. dah merenih masukkan pula nasi yang dah msak sepauh tadi. boleh buat layer by layer contoh kite ambil sedikit ayan yang kita masak tu, masukkan nasi atas ayam lebihan dalam periuk, tabur kan bawang goreng, kemudaian masukkan lagi nasi yang seterusnya dan tabur lagi dengan bawang goreng dan ssusu telur rebus di atas nya. jgn lupa titiskan perwarna oren di permukaan nasi dan telur.jgn lupa sebelum nasi dimasukkan, make sure dah tambah perasa yer ikut kesesuaian rasa. dah masuk semua set kan periuk utk masak.

bila dah masak blh kacaukan nasi supaya sekata warna dan ayam yg ada di dalam nasi. sedia utk dihidang.

RESEPI ACHA NENAS & TIMUN
1 biji neneas
1 biji timun
1 sudu cuka masakan
2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Cili merah

Cara, hanya gaul rata setelah didihiris nipis neneas dan timun dan campur semua tu dan masukkan dalm peti ice sekejap...




















INILAH JENAMA NYER


ok MISI berjaya!!!!!





Monday, February 2, 2015

57. Cheese Tart

Assalammu'alaikum (",)

Seronoknya dapat meluang kan masa baking.... inilah therapy bagi aku. dulu-dulu tak lah jugak aku ni rajin ke dapur..lame lame dah jadi habbit. mcm satu kepuasan bagi aku lebih lebih lagi dpt berkongsi dgn ahli keluarga. kalo aku kate aku nak buat, aku mesti nak jugak. xde alasan utk aku kata TAK NAK bila aku dah ready!!!!

2 minggu lepas aku buat tart. ni kali kedua aku buat. dulu aku pernah buat guna acuan size medium tuh tp tak brapa menjadi. teknik kurengggg... utk kalini aku buat lagi tp utk small size. aku ikut resepi kak Azlita. blogger masakan yg aku paling suka dgn hasil kerja nya 100% mcm perfect bila tengok kak ita post masakan atau baking. utk pergi ke blog kak ita sila KLIK SINI & TQ kak ita atas resepi dan tips.

!okeh! resepi Tart ni blh tengok bawah ni :

Bahan Bahan
170g marjerin atau butter
50g gula aising
1 biji telur gred C (kalo pakai gred B sila buang kan sedikit telur putih spy shell x keras)
1 sudu esen vanilla


Cara-Cara
Pukul marjerin dan gula dgn menggunakan senduk kayu atau spatula atau pengadun (paling perlahan)
jangan putar lama sangat. Masukkan telur dan esen vanilla. putar lagi dgn senduk kayu. masukkan tepung sedikit demi sedikit. uli hingga doh menjadi lembut. kuantiti tepung bergantung kpd doh. masukkan doh ke dalam plastik dan simpan di dalam peti ais semalaman di bahagian chiller.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan. jgn lupa sapu minyak sikit pada permulaan acuan di masauk spy tak melekat. cara saya ialah buat bulat bulat dahulu dan masukkan ke dalam acuan kemudian tekan dgn hujung roller. kemudian cucuk cucukkan dgn garfu dan bakar pada suhu 170 selama 15-25 minit.

Shell atau kulit ini bersifat tahan lama. kita boleh sediakan kulit terlebih dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara. utk aku, aku peruntukkan 1 hari utk buat kulit sahaja.


Filling

Bergantung kepada apa kita nak. boleh jadi:

- blueberry
- cherry
- nutella
- peanut butter
- pineaple
- mango
- chocolate
- egg tart
- cheese only

Bahan bahan ini mudah didapati di kedai kedai bakery atau kedai menjual bahan bakery. caranya, masukkan filling ini ke dalam piping bag bg memudahkan ia di paip ke dalam shell.


Bahan utk chceese
250 g cream cheese Philadelphia atau tatura
50g gula halus/aising
1 biji telur size B
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya
Keluarkan cream cheese dari peti ice dan rehatkan selama 20 mini. jgn sampai ianya menjadi suhu bilik. putar cheese dan gula hingga berkrim. masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagi. masukkan ke dalam piping bag dan paip ke atas filling yg telah di letak di dalam shell tadi hingga penuh dan buat hingga habis

Melorek
Utk melorek corak bunga pada cheese, ambil sedikit cheese dan titiskan pewarna yg kita suka. ambil 1 batang pencungkil gigi dan lorekkan 5 garis di tepi dan lalukan lagi di tengah garisan yg kita lorek tu dari atas ke bawah spy membentuk spt daun. bakar selama 5 minit pd suhu 170 darjah celcius menggunakan api atas sahaja atau atas bawah bergantung kpd kulit shell kita. SIAP!!!


NOTA
Boleh jugak dibakar sebaik sahaja shell dimasukkan ke dalam acuan dan masukkan filiing dan cheese dan terus di bakar. tapi kaaedah dgn membakar kulit dahulu lagi sedap berbanding bakar sekaligus.


 Kulit Tart yg dah siap di bentuk

 Blueberry filling

 Boleh di simpan d dalam bekas kedap udara.


 Pakai garfu kecil

 Nampak mcm biru tp sebenarnya purple

 Cara melorek


 Isikan penuh


STEP by STEP

Penat lepas tolong mama!

 Encik Suami kate...ni tart ke seni lukisan...hehehhehe :)


JOM LLAH TRY!!!!

Nexr Entry adalah corak tart L.O.V.E :)



56. Donut Gebu

Assalammualaikum

Hari tu aku teringin nak buat donut. Biasa yg rajin mendonut ni kakak aku. Aku rajin makan jer. Donut ni bukan kategori feveret aku tp aku jd rakus bila donut masih panas panas... tabur dengan susu tepung sikit. Kalo gula semata aku agak kureng sbb x suka manih

So aritu aku ada order superbake. Beli dr kelab roti. Sebenarnya aku tengah nak mencari ilmu membuat roti. Membuak buak rasanya tp tahap kompiden level aku negatif T_T

Aku dah ada tepung roti tp buat nya bila?? Persoalan yg perlu aku cari jawapannya

Haishhh panjang beno mukadimmah aku ni

Sebelum tu aku nak share, td masa d kelas taklim aku belajar satu zikir dari bab zikir dari kitab fadhilat amal, yg mana ada satu zikir yg pahalanya sgt lah besar

Zikir tersebut ialah

Subhanallah wa bihamdihi
Subhanallahil azhiim

Maha suci Allah sy memujiNya
Maha suci Allah Dzat yang maha Agung

Ianya merupakan zikir yg ringan di mulut tapi berat di timbangannya. InshaAllah bersam samalah kita istiqomah dalam beramal dengan ikhlas.

Utk resepi donut mudah ni aku refer kat blog mamasya.
KLIK SINI mintak halal yer kak

Bahan-Bahan

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (blh kurangkan)
 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan) #11 gram
1 biji telur (saya ganti fgn 5gm superbake)

Cara-cara
Cairkan mentega dan ketepikan
Gula dan susu disatukan di dalam air suam dan kacau supaya gula larut
Masukkan yis dan kacau lagi. Biarkan selama 10 minit
Pukul telur tadi dan campurkan bersama mentea cair tadi.
Lepas 10 minit yis akan berbuih buih. Maukkan mentega yg dicampur telur tadi.
kacaukan dan masukkan campuran yis ke dalam mangkuk yang berisi tepung. gaul sebati dgn senduk kayu. biarkan adunan selamaa 45 minit. banykkan tepung di tangan kerana adunan memang lembik . boleh canai dalam bentuk ring atau bulat bulat kan..

utk yg guna superbake mcm saya, tak perlu pakai telur dah..sebab fungsi superbake adalah pengganti kepada telur, bbread improver, baking powder.

Hasil nya memang lembut walupun dah sejuk






Bawak kat opissss....

yummihhhh...



Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...