Thursday, February 12, 2015

60. Red Velvet Cup Cake

Assalammualaikum (",)

Hye.....
Demi memenuhi kepelbagaian dalam perniagaan kecil kecilan aku, aku selalu cuba utk practis ape sahaja yg blh mengasah bakat, mengutip pengalaman dan ilmu baru. ce cei cei....mcm skema je kan hehehe....

Ok utk kalini aku nak share resepi cup cake red velvet. aku buat utk Majlis Makan Malam kami di Imperial Palace pada 06/02/2015 bersempena dgn kemenangan Naib Juara Sambutan Maulidur Rasul dan juga Farwell utk Engineer kami iaitu Akmal Abdullah..oh ya hari ini dia last tau... semoga dgn karier baru ni akan membawa awak lebih maju ke hadapan dan jgn lah lupakan kite org yer...hihihihhii

ok resepi ni dari blog Zalin Zalina dan blh click DI SINI
TQ yer awak atas perkonsgian resepi. smoga bermanfaat utk kite semua

Bahan-bahan
*250gm tepung gandum
*1 sudu kecil baking powder
*1/2 sudu kecil garam halus
*2 sudu kecil serbuk koko
113g butter
300g gula kastor
240ml susu full cream / susu cair
1 sudu kecil cuka makanan
3 sudu kecil pewarna merah
2 biji telur A atau 3 biji telur B1 sudu kecil vanilla


Cara-cara

Ayak kan kesemua bahan ni *, pukul mentega dan gula lebih kurang 2 minit. masukkan telur satu persatu kemudian kacau lg. masukkan pula esen vanilla dan kaup balikkan. kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. kemudaian masukkan bancuhan susu tadi. selang seli yer tepung, susu, tepung, susu dan tepung

kemudian sediakan bancuhan cuka dan soda bikarbonat hingga berbuih. kacau kan dgn sudu kecil dan masukkan ke dalam adunan tepung dan kaup balikkan lagi.

Tuang adunan ke dalam bekas cup cake separuh sahaja atau 3/4. bakar pada suhu 170" selama 30 minit ikut oven masing masing.

Untuk Cream Cheese
250g cream cheese
1/2 cawan gula aising
50g mentega

Kisar kesemuanya. make sure gula aising
 tu kita tapis dulu yer

++++++++++++
Utk butter milk (optional blh di tambah ke dalam adunan)
1 cawan susu cair/full cream + 1 sudu kecil cuka
Boleh juga Yogurt plain 3/4 + 1/4 susu segar

lain lain tips
1/2 cawan air suam+1 sudu nescafe/air suam sahaja utk lembutkan kek





 Bahan bahan yg diperlukan

 Mentega dan gula di kacau

 selang selikan tepung, susu, tepung, susu, tepung


 nak cepat just tuang kan ke dalam jug

 parutkan sedeikit kek utk hiasan atas cream cheese




Ok 

done nanti blh hias lah ikut apa korang nak

Sebenarnya resepi Red Velvet ni ada pelbagai version...meh aku copy sini dgn meletakkan link owner yer..

blog Hana Family 1 Sini

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Blog Dapur Comelku 2. Sini

Bahan-bahan
Bahan Kek
  • 250g tepung kek *
  • 1/2 sk garam *
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter
  • 160g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone - hana ganti cream cheese
  • 115g @ 1 cawan gula kastor
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
  • hana tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut
Cara-cara
  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
  • Potong dan hidangkan.

TQ

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...