Monday, August 17, 2009

lagu raya

time ni aku tengah dengar lagu raya...tinggal 2 setengah (ada lagis setengah) hari lagi nak menjelang ramadhan 2009..aku teringat kat arwah ayah..aku taktau apa akan aku rasa menjelang takbir raya dan raya pertama dan malam raya..kalau blh aku taknak lalui hari itu nanti..aku pasti akan menitiskan air mata ku..
sedih teramat sangat...

hanya mereka yg telah kehilangan org yg tersayang dan paling dekat dgn mereka akan merasa perasaan itu..tp apa nak buat, itulah ketentuan dr Allah. macam mana syg skalipun kite kat org yg kita sayangi dan dekat dgn kita, Allah lebih sayang kan mereka..sebagai anak aku cuma mampu berdoa untuk arwah ayah aku dan arawah abang aku..sedih memang sedih dan rasa hiba itu hanya dpt dirasai bila aku terpandang org lain masih di samping ayah mereka..

ayah, aku rindu padamu..
masih terngiang2 d lopak mata ku akan setiap kenagan bersamamu...
ku doakan ayah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman amin amin amin...




Sayunyer dgr lagu ni


pagi tadi mak called, sempat aku berborak dr mula mak call aku kat rumah sampailah aku dalam perjalanan ke tempat kerja n sampai d ofis aku masih lagi bergayut dgn mak, anak buah and abang aku..

ahh rindu nyer aku pada anak2 buah. rindu dgn setiap keletah mereka..rindu dgn suara azeem yg memanggil ku 'bokkk'..padahal panggilan utk aku adalah 'ibu'...yg pasti kepulangan aku utk menyambut raya tahun ni adalah kepulangan terakhir sebagai perantau..aku akan meninggalkan labuan..





sedihnya bila aku kenangkan semua kenangan2 bersama housemates..nak tinggalkan kawan2 sepejabat, dan kawan2 serumah terutamanya...sar..aiza..kak yna..kak jija...anie and ira yg merangkap kawan aku masa kat UMS dulu...tp nak buat cemana..lumrah hidup yg bertemu pasti berpisah walupun aku sedih nak tinggalkan labuan tp dah tertulis utk aku berada di sini setakat itu sahaja..

terlalu banyk aku nak citer kat sini tp belum ada kesempatan utk aku melengkapkannya insyAllah aku akan update slalu blogs aku ni hehheeheheheheh...

time ni aku tengah kerja so aku singgah kejap laa...orite, aku stop dulu utk kali ni..akan ku update lagi utk entry setersnya...thanks for reading this!!

bila ku ingat balik...

Terasa lama dah aku dah tak pdate blogs aku..aku rasa macam aku dah kekok nak mengarang..until now aku rasa aku typed errow utk mengeja..hahaahaah…aku rindu nak memblogs..bukan aku tak ada masa…masa sentiasa ada Cuma utk utk aku mengarang terlalu terhad. Al maklum lah kekadang bila dah balik kerja rasa penat mula bertandang walaupun keinginan utk memblogs tu tinggi tp bila dah sampai rumah aku akan buat rutin harian mcm biasa….balik kerja dekat2 pukul 6 petang biasanyer aku akan duduk N berkumpul dgn rumate aku..kiteorg akan minum petang bersama…borak2 isu semasa…and mcm2 lagi…seronok bila berkumpul ramai2 and saat2 tu nanti pasti akan dirindui bila masing2 akan bawa haluan hidup…now tepat 1:57pm tanggal 16 Ogos 2009….bulan kemerdekaan utk Negara tercinta Malaysia..bulan Shaaban utk Tahun Masihi dan bulan penuh keberkatan utk umat islam termasuk aku..alhamdulillah..kupanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat ilahi kerna hingga ke saat ini aku masih diberi peluang utk berpijak di bumi Nya…alhamdulillah..thanks ya Allah….
Sebenarnya terlalu banyak aku nak share kat sini tp aku taktau nak mula dari mana…it’s all about life…yesss…it’s all about kehidupan…hari2 yg aku lalui sepanjang tempoh 2009..kalau dulu tahun2 sebelumnya aku rasakan adalah hari2 penuh ujian utk aku tp rupa2nya thn 2009 lebih menguji aku yg semuanya adalah ketentuan dr Allah s.w.t….
Alrite..aku cuba utk membayangkan segala detik2 pahit manis kehidupan ku sebagai hamba Allah d muka bumi ini…aku rasa aku nak citer pasal life aku tahun 2007 ke tahun 2008…yess..life aku masa tu masih d university lagi….sebenarnya thn 2007 aku sepatutnya tamat pengajian dalam bidang perakaunan yg mana aku perlu ambil selama 4 thn….namun….mungkin silap aku dan bukan rezeki aku, aku perlu mengulang 2 paper..ahh…masa mula2 aku tau aku wajib mengulang…aku sedih sangat..yer lah aku dah hampakan harapan org tua aku walaupun org tua aku tak pernah sedikit pun marah atau kecewa dgn aku tp aku tetap merasakan yg aku telah menyusahkan mereka..sebolehnya aku nak cepat2 habiskan pengajian ku d university tp disebabkan kegagalan aku….aku rasa sedih..aku ingat lagi masa tu aku dpt keputusan peperiksaan, aku dah agak kursus Advance Financial Account I aku akan kantoi sebab aku tak confident masa nak menjawab…and yess…aku failed dan aku perlu dan wajib ulang…dan masa tu aku dah tergolong dalam kategori pelajar extend….aku menangis..aku kecewa….aku menyesal…aku rasa aku bodoh sangat….tp family aku sedikit pun tak rasa kecewa…malah arwah ayah (masa tu masih ada arwah ayah)…dia kata, kenapa gagal??? Tak pe la…boleh ambil lagikan…aku nangis…aku sedih sebab ayah tak marah pun…ahhhh..akhirnya…aku pasrah..aku nekad kali ni aku tak blh gagal lagi…actually kursus accounting ketat sikit…kalau dulu dpt C- masih kira lulus and boleh repeat lau nak perbaiki but start year kiteorg, dapt c- dah kira fail n wajib ulang…lagipun ums konvo skali jer setahun n d tawarkan kursus tu skali jer setahun nak tak nak have to wait until the next semester…tp takper…itu namanya cabaran…
Bermulalah hidup aku pada thn terakhir (thn extent)….masa tu aku dgn Dell kawan aku sebilik..honestly memang terasa sngt life bila dah takde kwn2 lain..kalau kawan2 lain sibuk kerja dan mula mencipta kerjaya tp aku, dan kawan2 aku yg lain masih lagi menggembeling tenaga utk melayakkan diri kami hingga ke menara gading…masa tu Dell, Meng, Rini, Dyg Suhana, Mendy, Alan, Albert, Florentius, Abg, Adik and Ning masih lagi meneruskan pengajian…masa tu jgk aku baru berpeluang utk ambik lesen kereta..bukan tak nak ambil awal tp kekangan masa menghalang aku utk ambil…huh~ bila aku ingat balik betapa degil dan beraninya aku memandu tanpa lesen di sekitar Bandar Kota Kinabalu satu ketika dulu…bila ada polis trafik aku akan redah jer buat2 muka ada lessen hehheeeheheh..

Thn 2007….
Memberi aku 1001 kenangan pahit manis…masa tu aku sebilik dgn kawan aku dell…aku nak start dr maner ekk…hurmm…tajuk kecil ukt part ni aku letak sebagai ‘Tentang Dania’…
Kenapa Dania…cantikkan nama ni..aku suka n sampai skrg aku suka nama Dania..senang nak citer..aku dipelawa berlakon sebagai Dania..tp pelawaan bukan dr Datuk yusuff Haslam atau sesiapa jer pengarah terkenal…tp dr sumone yg aku anggap sebagai kakak..ini suma pasal kawan aku yg mintak aku jadi Dania..sebab aku org Sarawak..ahhh…aku mana blh berlakon walaupun aku suka utk cuba ujibakat…tp dek kerana nak menolong kawan..aku nak tak nak…aku cuba tolong tanpa aku fikir apa kesannya….dan aku tak tau karektor Dania sebenarnya…
Mula2 aku tengah mentelaah sambil layan mp3..tetiba kwn aku kejut kan aku dan mintak tlg dlm keadaan yg cemas.akupun blur dan bertnya kenapa…bila dia bgtau nak mtk tlg berlakon jd Dania, pd mulanya aku tolak…aku tak nak……lagipun aku mana reti dan aku tak tau apa cerita sebenar…tp memandangkan kawan aku terdesak sgt tnjuk muka 10 cent dia, akupun tak sampai hati..akhirnya aku terima jer la….masa tu kak M call minta aku pakai baju ‘ladies sikit’ ala2 tutor atau pensyarah…alamak…aku maner reti..tp disebabkan kelam kabut aku pakai jer baju yg aku slalu guna utk kuliah n aku pinjam handbag kawan aku tu…huh!! Kelam kabut dan tak keruan jdnnya…duduk jer dlm keta kak M aku terus tnye apa aku nak buat…? Kak m terangkan satu persatu tp aku still tak tau siapa dania..yg aku tau kalau org yg aku jumpa tu nanti Tanya aku ‘org tua cemana setuju?’…..aku diminta cakap jer ‘ok’…selebihnya aku pandai2 la jgn smpi kantoi dah…………huh!! Beratnyer aku rasa masa tu tp memandangkan aku nak tlg kawan…aku redah jer…………sembang punyer sembang..masa dalam keta wira warna merah...lelaki tu banyk tanyer.kenapa dania lambat angkat phone, kenapa tangguh2 nak jumpa..aku jawab jer maner yg logik..aku ckp sebab skrg musim peperiksaan so bnyk kertas student aku kena check..akukan tutor hahhahah...mula2 mamat tu nak bawa aku sorg jer makan2 tp aku tak brani so aku ckp kalau kawan aku D tak ikut aku takkan pergi so dia nak tak nak kena dgr ckp aku..klakar..then punya lah bertuah kawan aku tu, sampai jer kat tanjung lipat corner atau nama lain nya anjung selera, dia tinggalkan aku dgn mamat tu..masa tu kak M pun baru dth saja nak pantau2....masa tu la mamam tu tanya aku, cemana dgn org tua dania, setuju ker...dah settle ker masalah...huh!! aku rasa nak pengsan jer bila dia tanya macam tu and aku jawab yer...dah settle walhal aku taktau pun citer sebenarnya apa...

to be continue

to be continue

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...