Wednesday, September 2, 2015

83. Beef + Tuna Lasagne

Assalammualaikum (",)

Lasagne lasagne....tak habis habis dgn lasagne kan...nak buat cemana kan atas permintaan hahahaha..

ok ni resepi kpd yg nak cuba resepi saya!!


1) Sos Inti

Bahan-Bahan
==========
- bawang besar 3 labu
- sos prego original 1 botol
- sos cendawan butang 1 botol
- 3 senduk cili kering di kisar
- bawng merah 3 ulas
- cendawan butang 1 botol
- daging cincang 1 bungkus 500g atau lebih
- sos cili
- serbuk oregano, parsley dan apa apa yg blh
- garam dan gula ikutkesesuaian rasa

Cara
===
Tumis bawang merah dan bawang besar hingga layu. kemudian masukkan cili kering kisar dan kacau lagi. masukkan daging kisar dan kacau hingga warna menjadi kupucatan. masukkan sos preggo, sos cendawan, cendawan butang dan kacau. masukkan serbuk oregano dan parsley. tambah perasa seperti garam dan gula ikut kesesuaian rasa dan sos cili.


2) Sos putih

bahan-bahan
=========
- tepung gandum 2 sudu besar
- slice cheese 5-6 keping
- fresh milk 1 kotak
- mentega 2 sudu besar

cara
===

Masak tepung gandum dengan api paling perlahan supaya tak hangit dan terus kacau. bila kekuningan masukkan mentega. masukkan susu segar dan masukkan slice cheese. kacau hingga sebati dan mendidih. angkatkan dan ketepikan

Kaedah Melapis Lasagne
==================

Stanby kan:

- parmesan cheese
- mozarella cheese
- slice cheese
- cheddar cheese
- tuna/udang
- kulit lasagne

Mula-mula, masak air di dalam kuali yg besar dan biarkan mendidih. ambil sekeping kulit lasagne, rebuskan dalam air yg mendidih dan kecilkan api. bila agak lembut angkat keringkan airnya, susun ke dalam loyang seperti dalam rajah. susun satu lapis. bila dah susun tuangkan sos inti ke atas kulit lasagne dan ratakan. letakkan sekali tuna atau udang ikut selera kita. tabur sedikit oregano atau tak taburpun ok. kemudian ambil pulak sos putih dan tuang ke atas lapisan sos inti dan sapu rata. tabur mozarella cheese, parmesan cheese, cheddar cheese dan slice cheese di atasnya dan ulang langkah yg sama  sehingga habis.lapisan terakhir adalah cheese. kemudian bakar pada suhu 175 - 180 api atas bawah yer... masak hingga ada hangus2 sikit baru sedap. selamat mencuba


=====================================================================
Mencari Set Lengkap Bersalin boleh layari NAWALHERBAL BEAUTY SARAWAK

- Set Luaran Bersalin (Lengkap)
- Produk penjagaan muka dna rambut


Bahan bahan utk Lasagne Cheese






Step masak Sos Putih







Faveret Encik Suami

kakak pun makan walaupun tak habis...sebab selama ni dia belum pandai makan.

Ok jumpe lagi next entry!!!! 

82. Nasi Ayam Sedappp

Assalammualaikum

Adohhhh...lama benar gambar ni tersimpan...dari raya aritu...nak update blog punyer lah lembab....sori sori ....bkn Mak tak nak update..busy sket lately ni...busy apa entah hahahah...


======================================================
Mencari Set Lengkap Bersalin Sila Klik NAWALHERBAL BEAUTY SARAWAK

- Set Luaran Bersalin (lengkap)
- Produk kecantikan kulit dan rambut





Masa raya tu aku masak nasik ayam masa kat rumah mak mertua. kebetulan family ipar biras ckp nak mkn nasik ayam and entah mcm mana tugas tu digalas oleh aku dan mak mertua. aku OK je dan harap sangat menjadik lah kan berkat masak2 sbeelum ni. harap menepati citrasa.

so sehari sebelum menjelang raya tu memang dah sibuk. mak mertua memang sibuk masak rendang utk lauk raya nya esok. kami kategori gigirl ni stanby apa yg patut. actually ada banyak senanrai nak d masak tp tak semua sempat. sudahnya masak mee goreng utk buka puasa dan Cheese Cake ku....alhamdulillah jugak kan...

Sebelum ni aku pernah post kot resepi ni tp takpelah aku post sekali lagi utk uoolllss yg nak belajar atau nak cuba. OK gambar post ni masa aku masak utk jamuan raya kat rumah Mak aku di Miri raya ke-5 kot tak silap. gambar kat rumah mak mertua tak sempat nak snap. tp cara masak dia semua sama...


ok ni resepi Nasik Ayam Ku

Bahan utk Rebus ayam

- Ayam 4 ekor dipotong sederhana
- 4 batang halia
- 4 batang serai
- 1/2 sudu besar garam
- 2 ketuk stok ayam maggi

Cara
====
Setelah ayam dibersihkan, rebus ayam agak ayak sampai lembut. takyah lama sangat takut ayam nanti hancur isi dier lepas tu asingkan isi ayam yg dah masak dan tapis air utk kegunaan masak nasik

Bahan untuk Masak Nasik

- Nasik Basmathi 2 cawan (optioanl utk masak nisbah yg sikit)
- Nasik biasa dalam 4 periuk. lebih kurang utk1 periuk 8-10 cawan
- 3 sekawan rempah ratus
- 2 inci halia diketuk atau hiris(utk setiap 1 periuk)
- 2 sudu planta
- 2 hela daun pandan (optional)
- pewarna kuning jika perlu
- sedikit kulit ayam/lemak ayam yg dihiris nipis
- air rebusan ayam ikut sukatan beras + 1/4 cawan air rebusan


Cara
===
Panaskan planta, kemudian masukkan 3 sekawan dan terus tumis. masukan halia yg diketuk atau hiris. kemudian masukkan kulit ayam atau lemak ayam yg dah dihiris nipis. biarkan merenih sekejap. bila dah garing masukkan beras yg dah dibasuh dan kacau. letak sedikit pewarna dan kacau hingga warna sekata. kemudian masukkan air. sukatan utk air utk masak nasik ialah air sama bnyk dgn beras + 1/4 cawan air rebusan lagi. maknanya lebihkan sedikit air rebusan. jika menggunakan beras Bashmati, sila rendam beras 15 minit terlebih dahulu utk mendapatkan hasil nasik yg panjang. tutup periuk dan tunggu hingga masak.


Resepi Ayam (utk 4 ekor ayam)

- Ayam yang dah direbus
- Hallia 2 batang
- Serai 4 batang
- Kicap manis 5 sudu besar
- kicap masin 5 sudu besar
- madu 5 sudu besar
- sos tiram 5 sudu besar
- garam secukup rasa
- gula secukup rasa


Cara
===
Perap kesemua bahan tersebut bersama ayam perlahan lahan dan biarkan dalam 1 jam atau lebih utk rasa ayam yg lebih enak. kemudian, goreng dgn kaedah deep frying. tidak perlu goreng lama sangat kerana ayam telah direbus. sedia utk dihidang bersama timun, tomato, salad dan nasik.


Resepi Sos Cili dan Sos Hitam
=======================

Sos Cili

- Cili merah 1 mangkuk
- gula Nau (gula melaka/gula pasir) *gula nau terdapat di negeri sembilan
- sos cili 1 botol
- air putih
- bawang putih 6 ulas
- sedikit garam

Cara
===
Kisar cili merah bersama bawang putih hingga halus. rebus dgn air putih secawan dn masukkan gula nau dan kacau. masukkan sos cili dan garam. sesuaikan rasa

Sos Hitam

- Lebihan bahan perapan ayam jgn dibuang. tapiskan utk ambil jus perahan. masak atas api perlahan dan tambah 1/2 atau 1 cawan air, tambah 5 sudu besar kicap manis dan 2 sudu besar tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air. kacau dan sesuaikan rasa.

keuda-dua sos ini boleh dicurah di atas nasik ayam. Siap!!! :)



Rebus ayam setengah masak

kisar bahan utk perapan selepas ayam direbus

setelah ditapis perapkan ayam dgn bahan kisar

beginilah kejadiannya

biarkan rehat sebentar 1 jam ke atas

lebihan ni boleh guna buat masak sup ayam


bahan utk sos cili
cili merh 1 mangkuk
bawang putih agak agak 6 ulas

inilah gula Nau yer...ada kat negeri sembilan. kalo takde pakai gula putih pun boleh

hasil sos merah


untuk masak nasik
isi ayam @ lemak ayam kita hiris nipis

tumis semua bahan hingga garing dan wangi


anak gadis interprem adalah perkara biasa







NI nasik masa hari lain pulak...tu pasal warna lain sbb letak pewarna sedikit.



ok boleh makan sudah


muka gembira selepas kenyang




Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...