Wednesday, April 29, 2015

65. Ketam Masak Telur Asin@Masin

Assalam (",)

hatitu encik hubby balik kejap sbb ada family day. kesian encik hubby sebab isterinya langsung xde masak. sbb time balik weekdays, weekend pulak dah family day mmg lah sebok dgn masak masak kan...isnin nya pulak pergi Bintulu lawat ayah kpd Fauzi. sampai rumah jam 6:30 petang ngam ngam magrib, terus masak sepantas kilat. hubby makan dah selesai terus pergi airportttt berdesup balik Putrajaya....sian hubby ku..nasib baik masa dr bintulu we all drop kat airport utk check in first.

anyway TQ to hubby sbb masak utk we all..hahaha...ni aku pun tak pernah masak cuma pernah tengok Anzalna masak dalam Ketuk ketuk Ramadhan. kelakar jugak masa ni sebab nak carik ketam punyalah xde. jumpe pun kecik harga RM5 setompok macam muskil jer...cari di merata x jumpe bile kita x ingin nak makan berlambak pulak. last last suami patah balik kat Emart, dia beli terus. katanya RM60.00 wow banyk tu. so aku bantu sediakan bahan as usual...hihiihi...nak snap gambar x brani sgt sbb takut kang kena bommmm.....hahahhaah

ok ni resepi dia...kalo google ni pun senang je jumpe....ada mcm mcm version kan.. ada yg siap kukus dulu kejap then rendam dlm air sejuk spy isi ketam pejal and juicy


Resepi: Ketam masak telur asin
Sumber: Papa Aleesya @suamiku

Bahan

Ketam ikut suka banyak mana
Duan kari 2 tangkai
3 sudu besar tepung jagung
Tepung kunyit
Susu Cair 1/4 cawan
Garam sesedap rasa
Butter
Sedikit Minyak
Telur masin 10 biji (ni utk keam yg dlm 8 ekor mcm tu)
4 biji bawang putih
5 biji cili potong panjang/tumbuk terpulang

Cara-cara

Mula mula utk menggoreng ketam, tabur tepung jagung dan sedikit serbuk kunyit serta garam ke dalam mangkuk ketam dan ratakan. panaskan minyak dan goreng ketam hingga bertukar warna. angkat dan ketepikan. sementara tu telur masin telah direbus dan ambik telur merah dan sebiji telur putih. lenyek lenyek kan

Ambil kuali lain dan masukkan sedikit minyak dan marjerin/mentega. tumis bawang putih dan cili serta daun kari hingga naik aroma. masukkan telur masin yang dah dilenyek-lenyek dan kacau. masukkan susu sejat/cair dan kacau lagi. akhir sekali masukkan ketam yang dah dioreng. kacau hingga masak dan jangan lupa tambahkan gara dan ajinomoto. siap utk dihidang

# ada version kering, ada jugak yg gemar basah basah berkuah so terpulang lah yer korang nak yg mcm mana....

TQ to hubby.




Aksi romantik setelah 4 bulan x jumpe. Bkn 4 hari tau atau 4 jam T_T


Syg aleesya ketat ketat


Bubuh tepung jagung


Ketam Nipah ke ni??


Ni pat aku, cornbeef goreng. Selalu buat nasik goreng..blh refer resepi SINI


Telur yg dah dikenyek


Ni pun part aku blh refer resepi SINI

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Kalau ada orang kata pada kita , kenapa perlu sayang Rasulullah sampai nak nangis nangis ? Kenapa melampau lampau macam tu ? Bukan ke kena selawat dengan hati yang tenang bukan dengan esak tangisan ?
Jawab pada mereka , kerana Rasulullah telah terlebih dahulu menangis kerana kita .  Kerana dosa dosa kita   Tidak pernah ada manusia yang mendoakan kita , yang minta pada Allah untuk ampunkan dosa kita sepertimana Rasulullah lakukan pada kita .  Rasulullah sujud dengan lama sekali sambil menangis dan merayu rayu pada Allah agar diampunkan oleh Allah atas semua kesalahan dan dosa dosa yang kita lakukan sehingga Allah menghantar Malaikat Jibrail untuk memujuk Rasulullah agar bangun dari sujud Baginda 
Kerasnya hati kita hari ini   Kita tidak pernah menangis kerana merindui Rasulullah 
 
Diceritakan oleh -
#Ustazah Fatimah Iksir
#Ma'ahad Tahfiz Aneor Li Taffaquh Fiddin , Janda Baik , Pahang

64. Cucur Pisang Rangup Ala Ala Cucur Bekenu

Assalam (",)

Kenapa ala ala bekenu ekk..heheheh.....sebab ape tau aku paling suka makan cucur pisang pekan Bekenu. tp sejak tamu tu dipindahkan ke kawasan RTC aku dah x jumpe dah cucur yg sedap. mungkin sebab kami selalu lewat sampai kadang kadang dah nak habis jualan baru kami tiba. mestilah tak jumpa kan..aku kalo cucur pisang aku memang x suka kalo dah sejuk. aku mesti nak yg panas panas dan rangup krap krap gittew...

So aritu ada lah pisang cucur ni...pisang apa nama nya ehh...kazen punya so dia sedekahlah utk kami sbb pokok tu mak yg selalu tengok tengokkan sejak kazen aku pindah rumah. aku terus Tinggggggg!!!!! cecepat aku buat... aku tak rujuk mana mana aku ikut rasa je buat...memang sedap ar....pasni dah takyah pergi pekan Bekenu dah..tp kan syiok g Bekenu....entah...syok semacam...

ahhh panjang pulak kan aku nyer intro..meh salin cecepat resepi simple ni. kot sapa sapa ade resepi lbh mudah dan lbh sedap blh lh komen yer...

Resepi: Cucur Pisang Rangup
Sumber: Diri Sendiri


Bahan

Pisang, dibelah 3 atau 4 ikut size dalam 10-15 biji
10 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
sedikit pewarna kuning atau kunyit
2 sudu besar gula
2 cubit garam
1/4 sudu teh soda bikarbonat (x bubuh pun xpe still sedap)
Minyak untuk menggoreng
Sedikit air sejuk

Cara-caranya
Bancuh semuanya sehingga sebati dgn air. biarkan agak agak cair dan boleh menyaluti pisang. goreng hingga masak.

Siap...

sapa yg gemar pisang cheese tu, blh lah tabur cheese yer tp aku mcm kurenggg sikit..aku nak yg asli... gambar di bawah ni sorry lah masa yg 1st aku letak pewarna x snap. yg ni aku dah xde pewarna aku bubuh kunyit jer tp rasa xde beza. tu pasal gmbr nampka pucat...

selamat mencuba :)








**************************************
Kalau ada orang kata pada kita , kenapa perlu sayang Rasulullah sampai nak nangis nangis ? Kenapa melampau lampau macam tu ? Bukan ke kena selawat dengan hati yang tenang bukan dengan esak tangisan ?
Jawab pada mereka , kerana Rasulullah telah terlebih dahulu menangis kerana kita .  Kerana dosa dosa kita   Tidak pernah ada manusia yang mendoakan kita , yang minta pada Allah untuk ampunkan dosa kita sepertimana Rasulullah lakukan pada kita .  Rasulullah sujud dengan lama sekali sambil menangis dan merayu rayu pada Allah agar diampunkan oleh Allah atas semua kesalahan dan dosa dosa yang kita lakukan sehingga Allah menghantar Malaikat Jibrail untuk memujuk Rasulullah agar bangun dari sujud Baginda 
Kerasnya hati kita hari ini   Kita tidak pernah menangis kerana merindui Rasulullah 
   
Diceritakan oleh -
#Ustazah Fatimah Iksir
#Ma'ahad Tahfiz Aneor Li Taffaquh Fiddin , Janda Baik , Pahang

Tuesday, April 21, 2015

Pak Nil's Family Day 2015

Assalammu'alaikum (",)

hye anda sihat? semoga anda semua sihat hendaknya. cuaca sekarang ni panas terik so jgn lupa minum air kosong bnyk. salam rejab kpd semua muslimin dan muslimin. mcm tak terasa dah Rejab pastu Syaaban pastu Ramadhan...kejap je kan masa berlalu.

utk entry ni aku saja nak share pasal kami punye family day. aku plan ni sebab nak kumpul kan adik beradik Plus sepupu terapat. since last month kot kami buat BBQ tepi pantai so kalini aku plan lagi tp yg well plan bersempena hubby aku balik sini melawat aku lah konon nye. walaupun sekadar 6 hari dan aku bekerja kecuali semalam ISNIN sebab memang tau akan penat.....

So kami decide tarikh 19 April ahad supaya semua org blh attent. tp sedih adik aku tak dpt balik dr Sibu dan kakak Nana aku pon tak dapat join atas sebab komitmen kerja. abg Mad aku pulak sama sbb kena jaga mak angkat dia yg uzur.

So kami plan lah sikit sikit. aku yg konon konon projek maanger ni kenalah lah fikir apa plan..so nak yg santai santai jer..buat lh games ringan ringan jer....makan makan....so aku dah decide

Makanan:

Sayap ayam
Kambing
Mee Mamak
Bihun
Sirap Sarsi
Coktails Juice
Sosej
Fishcake
Water Melon
Jajunk
Kek Lapis sarawak sebab kebetulan kawan tempah (ni yg paling larisssss)




















Credit to : Miss Mamai for GoPro Photo......yeahhhhh

Utk bajet ni....soranr RM20 kecuali org tua dan kanak-kanak takyah...so aku sediakan jugak hmpers utk Games santai kami...nama kumpualan 

1) GST 
2) Sapa anok nya
3) Turai Kalling

yg menanag GST, no.2 Sapa Anok nya dan ketiga mestilah Turai Kalling...


Anyway thanks to my femily members for all your support and ideas, fun, commitment and sorting gilak!!!!!! 

Meh tengaok gambar yg aku snap pulak...

 nampak kecik tempat nak panggang ni..tp best...sgt selesa..













Tuesday, April 7, 2015

Hiking the Grand Old Lady Hill, Miri

Assalammu`alaikum (",)

uwaaa....masa nak mengupdate blog ni mcm tak cukup jer...mana nak kerja opis, mana nak jg anak, mana itu mana ini, kadang sebelum tido nak jer update tp bila dah penat hp entah kemana. aku ni malas bukak laptop sbb kalo bukak mesti si kecik akan join...kenalah update guna hp je...tu pun one by one nak upload gmbr...

ni cerita pasal apa ekkk.... ohhh...pasal Hiking!!! Ape??? hiking....aku yg dah gedebot gemok ni nak hiking....haisssshhh...apa ingat aku ni tak larat ker....aku sedarlah dah gemmokkk :'(

ohh itu reallity nya sekarang...ahhh takmo citer tu..aku nak citer pasal ni....ahad 5 hb April, adik dan adik ipar aku ajak aku hiking..aku aper lg, masa muda muda dulu ni memang feveret aku..selalu join Rakan Muda, Jiran Muda, U activities...sejak dah kahwin rasa mcm tak pernah lg hiking.... ohhh rindu nyer..so pagi tu seawal 6:45 pg kami dah gerak...Emak aku pun join tau tp dia takhiking la..dia just tunggu aku bersama dgn bakal adik iapr aku dan si kecik aleesya..ini first time aku hiking sini...harap Anie akan join next time

SUBHANALLAH Cantik View Miri di pagi hari.... :)

 Ni view bkn pg ni tp aku blik dr hotel lunch hari jumaat nak p rmh saje nk snap sbb x puas hati masa hiking xde snap view mcm ni








Ni view awal pagi..sebenarnya kalo aku stop lagi cantik view ni aku blh snap tp kan bukit kan..nak stop emergency mcm bahaya sikit. ni pun aku snap sambil mata melilau dari cermin kereta kot ada kereta belakang kang tak pasal pasal kena HONNNNnnnnnn....

cantikkan.....


Ni adalah Grand Oil Lady, Bukit Telaga Minyak...ni gambar awl pg kol 7. Sedikit sejarah pasal ni aku refer Wikipedia

Bandar Raya Miri yang terletak di Miri (pron.: /ˈmɪər/), Sarawakmerupakan bandar pertama bukan ibu negeri yang mendapat taraf bandar raya. Miri mendapat kenaikan status ini pada 20 Mei 2005 yang membawa gelaran "Bandaraya Peranginan".
Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, dengan jumlah penduduk kira-kira 350,000 orang. Kemajuan bandar ini adalah kerana kayanya daerah ini dengan sumber asli, terutamanya petroleum.

Grand Old Lady dan Muzium Sains Petroleum[sunting | sunting sumber]
"The Grand Old Lady" ialah gelaran bagi Telaga Minyak Miri yang juga telaga terawal ("Oil Well No. 1") di Miri yang kini dijadikan tarikan pelancong terkenal, ditubuhkan pada awal 1900-an kerana sumber minyaknya. Telaga minyak ini terletak di atas Bukit Telaga Minyak, atau dahulunya dipanggil Bukit Kanada (Canada Hill) (mengikut cerita orang tua, suatu ketika dahulu, terdapat seorang kulit putih warga Kanada yang pernah tinggal di sana yang bekerja mencari pekerja tempatan dan asing untuk bekerja di lapangan minyak di sekeliling bukit tersebut). Oil Well No. 1 didirikan oleh Syarikat Shell pada tahun 1910. Setelah enam dekad menghasilkan kira-kira 660,000 tong minyak, akhirnya telaga ini ditutup pada tahun 1972, yang seterusnya diisytiharkan sebagai sebuah monumen kebangsaan.
Sebelum itu, pernah wujud sebuah menara pengawasan berdekatan monumen ini di mana para pengunjung boleh melihat pemandangan bandaraya Miri dengan berlatarkan Laut China Selatan sebagai kaki langitnya (horizon). Menara itu dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Muzium Sains Petroleum Miri dan kini diganti dengan platform pemandangan yang disediakan di atas bangunan ini. Muzium ini juga mempunyai tarikan tersendirinya yang menawarkan pelbagai jenis pameran berkaitan dengan industri minyak, sinonim dengan gelaran bandaraya ini, Miri Oil Town (Bandar Minyak).

ok itu lah serba sedikit mengenai GOL


Bakal adik ipar konon main dgn aleesya supaya aleesya nanti tak ler terpekik Mama....mama....mama....

                                  Wahhh...semangatkan mak aku!!!!tengok gamabr kat bawah


Subhanallah cantikkan....


             
Ambik kesempatan nak mengabdi kenangan :)



nampak curam, tpi bukit ni kemas dan teratur so mudah utk kita turun dan mendaki.


                                   
ready nak turun dah ni..........selfie jap buat tatapan pembaca


                                                    memulakan hiking.... bismillah....


                             
my adik a.k.a hiking guide. jgn tengok size S tp jiwa kental oooooo


Solute kat kakak aku...first time hiking....terus berjaya dan tak komplen kaki sakit...... :D


                                 
Adik ipar (wife adik aku yg atas tadi tu)...... go Nab go!!!


ok.....ada gaya boss!! instruct kat anak buah ku....tp mlm tu anak buah aku demam dan asma....penat sangat kot...tp mmg dah demam sblm hiking....dia ni blh tahan.....segala galanya dia blh buat...

                                                                        i love MIRI


                                               
 berehat sekejap dan peaceeeeeee !!!





Ni dah sampai....huh......posing with the family...muka pon dah gelap.... :((





                             
Muzium Petronas... akupon tak pernah masuk lagi...terukkan!!!


Anak buah & pak menakan.....



Subhanallah cantik.....



 Lukisan sejarah galian minyak


 Telaga minyak pertama Malaysia



 Ehhhhh....model ke ni





Jabatan Meteologi....oh kat sini rupanya. Awas anjing sini liar, sila bawak kayu yer....



 Tengah kerja mengokrek minyak....



 Kakak dah penat tu yg minum tu.....




 View dlm hutan



Best melalui batang pokok ni...lg best kalo ada parit & air yg deras...mesti mencabarrrr





 Dah nak sampai yehoooooop !!!!


 Menara apa ya????


 Wow!!! Tp x melalui jln ni







 Pakis




Ohhhh DiGi org Kuning Tower :D


Hahahaha.... panjang giler sbb gmbr yg bnyk 2 in 1, Hiking & Sekitar Grand Oil Lady


Next trip.... tgok lah ye ape.wishlist ni ada bnyk sebenarnya.... ok jumpa lg babai


°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Petua : Isteri-isteri sentiasa macam anak dara

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)

Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Sebarkan kepada kaum2 ibu semoga ada manafaatnye ❤️
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...