Thursday, June 25, 2015

77. Cucur Beraneka

Assalammu'alaikum (",)

Semalam jugak, puasa ke-7 aku buat cucur beraneka. saje saja jer nak letak nama tu sbb banyak sangat campuran dia. asalnya nak buat cucur jagung jer tapi biasalah kreativiti melebihi segalanya...apa yg ada aku rembat jer buat cucur.... hasilnyer......sedappppp!!! makan dgn cicah sos cili lagi...memang urrmmmm laaa...kalo masih panas lagi best kan ranguppp jer....

ok bawah ni resepi simpe cucur beraneka ku

Bahan-bahan
2 pokok daun bawang (dihiris 1 inci)
4 ulas bawang merah
1 batang cili merah (dihiris)
2 batang cili padi (dihiris)
1 mangkuk jagung
1 genggam ikan bilis
2 batang sayur kacang panjang (dipotong kecik)
10 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
2 sudu teh garam
3 sudu besar gula
air panas mendidih secukupnya
1 cubit soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Campur semua bahan di atas dan goreng atas api sedehana sehingga garing.

Sos Cicah
4 batang cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu gula
4 sudu besar sos cili
air setengah cawan

Cara-cara
Masak semua bahan di atas hingga pekat. siap!




bahan-bahan yg beraneka :)


tos kan dulu lepas goreng....


utk abang aku...sbb dia tak balik rumah berbuka....

begini warnanya yer...


katanya nak tolong mama!!!  good gurl...



dia nak jgk potong....biarlah bagi jer lah pisau plastik tu...habis atas meja dipotongyer sayur kacang tuh....

76. Nasi Goreng Seafood

Assalammu'alaikum (",)

Haaa...ini pulak kakak aku yg goreng. aku kalo nasik goreng aku lebih suka bawang dan cili yang dihiris jer...takyah tumbuk bagai..letak telur...dah...tambah bilis goreng yg rangup perh.....memang aku layan la....so ni kakak aku buat sbb ada lebihan sotong dna udang...simple jer pon..sapa lah tak pandai buat kan....hhehheheeh

Bahan-bahan
Nasi 1 mangkuk
udang 1 mangkuk
sotong 1 mangkuk
cili merah 2 batang
bawang merah 4 ulas dihiris halus
bawang putih 2 ulas dimayang
serbuk 3 rasa secubit
garam dna pak aji
telur 2 biji

Cara-cara

Tumis bawang merah, cili, bawang putih dan masukkan udang dan sotong. bila dah layu masukkan pula telur dan kacau. kemudian masukkan nasi, disusuli oleh garam, pak aji dan serbuk 3 rasa, gaul rata. siap!!!



75. Telur Goreng Dadar Padang Style

Assalammualaikum (",)


Semalam kan aku rajin lah google resepi ni..sebab blur apa nak makan...aku kemain dah teringin benar makan kuih jala tp asyik tertangguh ajer...sudahnya lain nak dimakan lain pulak yang dimasak. semalam ingat nak masak Ayam Percik, tp sesampai jer kat rumah kakak aku tengah goreng ayam....katanya nak masak ayam masak merah..so, aku terpaksalah cancel ayam percik ku..sbb sayang jugak lah kan membazir masak bnyk tp tk habis. kebetulan mak aku pulak goreng ikan Kuasi, hasil sedekah jiran, Abg Musa @ kami panggil dia Awek. Mudah mudahan abg awek sembuh seperti sediakala. Ameen.

Pastu kakak aku pulak request aku buat cucur ikan bilis atau kami panggil Cucur Pusuk. eh ehh...mcm tau tau jer aku memang nak buat cucur ...tp aku nak pelbagaikan cucur aku.....nanti aku share di next entry.

So utk telur dadar Padang style ni, sekali lagi aku refer blog kak Azie.. katanya sedap. dan hasil air tangan aku pulak kakak Nana dan Abg Mad aku pun kata sedap. itupun aku memang kelam kabut masak sbb we all kan masing masing masak so berebut nak guna dapur. aku buat cucur dulu, settle tu baru aku masak telur ni..tepat jam 6:30 petang baru aku siap dan tak tunggu lagi dan tinggalkan kuali segala, aku terus berdesup masuk kereta siap bawak telur yg panas-panas ke rumah abang mad aku...nasib baik kak nana naik kereta padahala selang satu rumah jer pon....hahahahahha

oh yer, blog kak Azie boleh refer SINI, tQ kak Azie sudi share resepi ini.

Bahan-bahan
4 biji telur
1 pokok daun bawang
2 batang cili merah (nak pedas, tambah lah cili api)
3 ulas bawang merah
2 sudu tepung beras
2 sudu kelapa parut (saya ganti dgn susu full milk sbb tak sempat nak beli T_T)
Garam secukup rasa
2 ulas bawang putih (aku tak letak)

Cara

Kisar cili, bawang merah dan bawang putih. masukkan ke dalam telur bersama bahan-bahan lain. kacau hingga sekata. Goreng hingga nampak kecoklatan. Siap!! makan dengan sos cili :)

Versi masak kelam kelibut warnapon tak sekata dan tak kemas.....rasa boleh tahan sedap jgk...nanti aku nak modified ler apa lagi nak ditambah....keh keh keh....




Sebenarnya aku masih tak puas hati lg, sbb resepi ni aku tak bubuh kelapa parut. nanti aku cuba sekali lagi.


Wednesday, June 24, 2015

74. Ikan Tongkol panggang

Assalammu'alaikum (",)

Haaa....kat bawah ni menu kegemaran mak aku...dia suka tu nak panggang/bakar ikan tongkol selain drpd masak kari. kalo msak kari pun sedap. ikan ni isi dia lembutkan. tp kena pilih tongkol putih. kalo beli tongkol merah, nanti lepas makan kita rasa gatal. itu yg mak aku katalah. so arini aku nak post mcm mana mak aku panggang ni. kacang aje....takyah pakai pan grill pon boleh. kalo ada tempat pembakar tu boleh jer nak bakarkan. since kami takde pemanggang ajaib...so mak aku guna lah cara dia..tp sebagai tanda menghargai jasa mak aku, dan hadiah menjelang raya ni, aku dah beli pemanggang ajaib +PLUS periuk stainless steel sebanyak 5 unit kot tak silap. kebetulan ada offer murah giler sehingga 90% di Lazada. tapi sayang aku lupa nak guna voucher...voucher yg aku dpt sblm ni pun dah expired. maklum lah kurang alert....so nanti kalo barang ni dah sampai and dah boleh guna blh ler post post manje kan hahahahaha....padahal org lain dah lama ada kot...aku baru jer nak membeli....


ok ok berbalik pada ikan tongkol panggang ni, cara nya ialah:

Bersihkan ikan hingga bersih. kalo ada telur nye beruntunglah kan. Lumur ikan dgn Garam. boleh jugak ditambah kunyit kalau nak. tp mak aku pakai garam sahaje. perap sekejap. ambil kuali, masukkan sedikit sahaja minyak dan laraskan api paling perlahan. letakkan ikan ke dalam kuali. tunggu dan balik balikkan hingga masak. Siap. senangkan????

Tapi kadang kadang berasap dan minyak mereicik sikitlah.

Untuk Cicah kicap nya pula, aku biasa buat ala-ala johor punyer.

Bahan-bahan
5 biji cili api
2-3 ulas bawang putih
2 sudu gula
Kicap manis & kicap masin ikut suka
Jus Limau

Tumbuk semua bahan kecuali limau dan kicap. kemudian tuang kicap ke dalam lesung batu dan gaulkan rata. jika nak ada rasa masam masam manis, tambah jus limau. Siap utk dimakan...daaaaa.




Tuesday, June 23, 2015

73.Sotong tepung lagi

Assalammu'alaikum wth (",)

Hari ini dah seminggu kita berpuasa. Tak terasakan hari demi hari berlalu. Mcm mana dgn amalan kita? Semoga kita semua dpt memperbaiki mutu ibadah kita. InnshaAllah

Semalan aku plan nak buat roti jala, tp since xde stok ayam aku tangguhkan dulu. Mungkin hari ini kot....


So semalam aku masak sotong tepung je sumber dr blog kak azie. Sbelum ni pernah jgk masak bnyk kali tp sukatan tepung mungkin berbeza sikit. Yg ni memang sedap kalo makan time panas2 lg lah sedap kan. Semalam tu goreng dekat dekat 5:30 ptg, berbuka around 6:36 petang so xlah panas sangat dah kan tp still sedap bg tekak aku. Thanks kak azie. Uolllss blh refer blog kak azie di SINI yer :-) memang best2 resepinya


»Bahan-bahan
~~~~~~~~~~~
1 kilo sotong
(Pilih yg besar dan fresh)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/4 cawan tepung beras
Garam dan aji
Sedikit serbuk kunyit
Secubit soda bikarbonat (aku tambah)
1 biji telur

»Kalo rajin, blh lg tambah:

Secubit lada sulah
Bawang putih
Kari atau serbuk cili

»Cara-cara
~~~~~~~~
Satukan ketiga-tiga tepung, tambah sedikit garam pada tepung dan serbuk kunyit dan lada sulah. Ketepikan

Sotong dipotong 1/2 inci dan tos serta lap kan spy kering. Perap sotong dgn garam, pak aji dan serbuk kunyit. Kemudian masukkan telur dan gaul rata. Masukkan sedikit tepung utk menyaluti sotong. Biar dlm 10 minit. Kemudian panaskan minyak, kaedah deep frying. Celup sekali lg sotong satu persatu dgn baki tepung tadi dan goreng hingga kekuningan. Takyah lama sangat sbb nanti sotong liat.

»Utk sos
~~~~~~
Tumbuk 3 biji cili api dan 2 ulas bawang putih. Ambil kuali kecik, masukkan 3/4 cawan air. Masukkan sos cili dan bahan tumbuk. Tambah 2 sudu makan gula dan kacau hingga mendidih. Siap utk dihidang. Selamat mencuba :-)


Dia kata dia nak tolong gaul 3 jenis tepung

Sotong ni mak aku yg bersihkan memang akan dibuang kulit hitam tu...
Toskan dulu yer

Tambah garam, aji, kunyit dan tepung sedikit dan telur

 Bila dah siap....

Utk buat sos...tumbuk bawang putih dan cili



Masak atas api



»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»
Tolong share ..😊

Sejak kebelakangan ini, dperhatikan bnyk berlaku kematian akibat kanser dlm kalangan umat islam d Malaysia ni. Kami pernah ddatangi oleh bekas pelajr MRSM, seorng doktor pakr pemakann dan selalu keluar di astro oasis dlm rncngan agen Halal..sape kenal dgn doktor mohd redza benjamin? Beliau pengidap kanser tahap 3.. tp dberi ksmpatan oleh Allah utk hdup d dunia ini. Beliau bnyk beri prkongsian tntg pengalamn beliau sbg pengidap kanser. saya akn cerita sedkit demi sdkit nnt.

Dr Reza ni pernh bpesn ketika sakitnya itu kpd ibunya, jgn benarkn doktor cabut talian hayat nya (bntuan oksgn) selg beliau blm benar2 dsahkn mati. Pd ketika dia koma, dr Reza mohon kpd Allah atas segala kebaikn yg dia pernh lakukn sblm ini supaya dberi peluang kedua utk hdup dan dpt dia perbetulkn ksilpn yg tlh beliau lakukn.

Kesilpn beliau adalah beliau selalu mmberi ceramah kesihatn kpd org ramai supaya mengamalkn pemaknn mengikut sunnah nabi tp malangnya beliau sndri mengambil ubat-ubatn kimia utk dirinya.. jd beliau telah berlaku hipokrit kpd org ramai, dan sejak beliau sedar dr koma, beliau ubah cara pemaknn beliau dan mengesyorkn kita umat islm ikut sunnah nabi

Sedikit perkongsian lg:
1-makan lah sayur2 atau buah2an dahulu sblm ambil mknn lain
2-makan mknn yg Halal & Thoiyyib (suci)
3- Jgn mkn berlebih lebihn (surah Al-A'raf ayat 31).. bhnti sblm knyng
4- Perhatikn mknn kamu Surah Abasa ayat 24

-INI PERKONGSIAN DARI Dr Reza YG ALLAH DAH LAMA BGTH KITA, CUME RAMAI DR KITA YG TAK TAHU ATAU BUAT2 TAK TAHU...
- cube perhatikn lobak merah kalau dipotong, apakah bentuknya? spt mata kan? so dlm kajian sains pun mndapati lobak sbnrnye bagus utk keshtn mata
-then, perhatikn tomato-mengadungi licopin-utk merawat jantung. Cuba belah tomato, lihat ada 4 cabang dlm tu, ibarat 4 injap dlm jntng kita. Sbnrnya tomato mmg bagus utk jntung
-cuba perhatikn anggur.. bentuk asalnya jika kita ambil setangkai anggur adalah spt bntuk jantung kita kan? Kajian sains pun mengatakn ia bgus utk jntung
-then perhatikan kacang walnut.. kulitnyer keras susah nk dipecahkn dan isi dlmnya jika dilihat spt otak manusia.. ia mmg bagus utk otak.. kpd ibu2 sila beri anak anda mkn walnut supaya otak cerdas dan mudah menghafal esspecially anak yg masuk tahfiz
-cuba perhatikn kidney bean@ kacang merah..bentuk buah pinggang kita kan..ia mmg bagus utk rwtn buah pinggang
-batang saleri, bentuknya spt tulang manusia.. mmg ia bgus utk tulang
-buah avocado-perhatikn buahnya dan mcm mana bntuk isinye.. ia spt rahim perempuan dan ia mmg bagus utk hormon wanita, bknnya utk rawatan rmbut shj...
-buah Thin..cube perhatikn buah Thin ini. Kaum adam cube perhatikn buah Thin ini, ia brbntuk spt apa? Kajian sains mndpti ia bagus utk kesuburan kaum lelaki.

Yahudi dah bnyk tipu kita.. dia kata daging kmbing kalau mkn kena darah tinggi. itu semua satu pembohongan.. DAGING KAMBING ADALAH PALING RENDAH KANDUNGAN KOLESTROL, yg kena drh tnggi tu sbb cara masakan kita, contohnya masak kmbng dgn santan yg brlebihn dan sbgainya..apa yg Allah jdkn semuanya baik. cume kita manusia yg salah guna betul tak? so perbetulkn cara pemikiran dan pemknn kita dan keluarga lepas ni..bnyk lg tips dr Dr. Reza ni...

INI tips lg utk siapa yg mnghadapi masalah usus yg penuh dgn selaput @ lapisan sisa mknn yg tersangkut di saluran usus anda ,anda boleh mengamalkn cara ini secara berterusan yg dsyorkn oleh Dr. Reza ni..kosnyer sgt murah dan anda x perlu hbiskn puluhan ribuan ringgt utk kos rwtn usus ni.

Ok caranya mudah saje..anda cuma perlu beli kelapa laut atau Nata d Coco tu.. buang air manisan nata d coco tu dan ganti dgn air putih.. kmdian anda beli yakult, jgn beli vitagen krn yakult ni mengandungi 90% bakteria baik yg hidup berbnding dgn vitagen yg mengandungi 80% bakteria mati..Then ambil lbh kurang 12-15 kiub nata d coco td cume campurkn dgn sebotol Yakult..
Amalkn setiap pagi waktu baru bangun tido SEBELUM ambil mknn lain@ kalau nk lbh bkesan buat dua kali sehari sebelum tido mlm..biar berterusan.insyaAllah kesannya najis kita akn lembut dan kotoran yg trsangkut pd usus akn dsingkirkn s
ecara perlahan2..kalau anda tengok njis anda bwarna hitam,itu tandanya ada tndak bls yg baik dr amalan td..penyingkiran toksid telah berlaku tp benda ni dia  x war2kn pd org ramai..

Ada lg dan kwn2 kalau nk tahu ini bkn untuk kondem mana2 produk..cums Dr. Reza bgtau kenape kita mudah kena cancer tulang, kenape kita dsyorkn kena ambil calcium kononnye utk kuatkn tulang? sbnrnya tubuh bdn kita dah ada calcium.. so bila kita ambil calcium berlebihn maka ia akn berlebhn dan akan menyebbkn trjadinye kanser tulang.. proses nyer trjadi aku xdpt terangkn..cube tanya pd yg pakar..cume saranan Dr. Reza adalah kita cume amalkn ambil 5 helai pucuk DAUN KARI di buat ulam, krn daun kari mengandungi calcium yg sgt tinggi.
5 helai daun kari bersamaan dgn Dua Gelas Susu Anlene. logik akal kita lihat lah kenape org india suka masak atau maknn berasas daun kari dan tulang mereka kuat blh buat kerja berat2.. gigi mereka pun putih dan berdaya tahan lame..hihihi ini tngok gigi masing2 umur baru 37 gigi bnyk dah yg lompong, betul tak?

Ok lg satu kwn2 jgn amalkn minum air soya dan bg anak mnum air soya selalu krn ia penggalak sel kanser dan blh melemahkn otak..ini semua penipuan dr yahudi, dia suruh org islam minum soya tp dia org minum susus kambing..

dia nk musnhkn org islam secara halus dan melaui perang saraf.. tlg control anak2 dr bnyk berintenet dan lihat rancangan tv berbntuk hiburan sbb itu melalaikn kita dr mengingati Allah dan kesan smpingannya, kita lihatlah saje skrg.. saya cuma mmperingtkn diri saya sndri dan yg lain2.

......................🍎......™

Monday, June 22, 2015

72. Ice Cream Oreo

Assalammu'alaikum (",)

Salam Ramadhan utk semua kaum muslimin dan muslimat yer..semoga ramadhan kali ini memberi banyak perubahan ke arah yg lebih baik kpd kita. semoga amal ibadah kita dapat ditingkatkan dan bersama-sama mencari keredhaan Allah swt.

Tak nak cakap bnyk, aku saje nak share resepi ice-cream oreo yg sangat simple tp rasa wow!!!! mcm Mc.Flurry kat Mc.Donald tu... saja buat sbb si kecik aleesya hari hari lauk dia ice cream T_T

Akupun dah gemoks/double size sbb makan ice cream bila dia nak jer kadang terbeli lebih....huhuuhuhu. so buat sendiri saja saja nak test sedap tak...ok ni bahan dia

Bahan-bahan
1 tin Susu Cair /1 kotak Fresh Milk
(mempengaruhi warna ice cream)
1/4 susu manis atau kurang ikut kemanisan
Overlate 1 sudu besar
Orea Original

Cara-cara

Asingkan cream orea dan ketepikan. Blend atau hancurkan biskut oreo. Boleh jgk kalo nak ambik sebahagian cream utk dicampur nanti tp agak manis sikit.

Kisar susu cair dan susu manis serta ovelette sehingga pekat. Blh jgk tambah esen vanilla if tambah telur sebiji. (tak guna telur pon still sedap). Bile dah pekat, masukkan serbuk orea dan kacau guna spatula/blend. Akhir sekali tuang ke dalam bekas dan tabur lebihan oreo. siap....! simpan dalam freezer hingga ice cream mengeras. sedap jugak makan dgn roti kosong Gardenia ni nyemm.....

# kalo nak warna putih bersih, kena try buat guna Fresh Milk :)

Selamat mencuba :)





tak menyempat...lepas mandi petang, dia xmo sikat rambut nak makan ice cream terus..mama tanya sedap tak..angguk angguk die....



*******************************************************************************

Intipati catatan kuliah Dhuha Oleh ustaz Ahmad Dusuki . Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)
1. Kehidupan manusia bermula dari
- alam rahim
- alam fana
- alam barzakh
- alam mahsyar
- alam syurga @ neraka
2.Ketika air mani dipancarkan ke dlm rahim, 40 juta sperma berenang msk & hanya satu shj yg diizinkan Allah bercantun dgn ovum utk membtk nuftah & hdp di alam rahim sehingga 9 bln.
3.Ketika di dlm kandungan(4 bln) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:
- rezeki
- ajal (bila, di mana, bgm)     
- amalan & khdpn ( kahwin dgn siapa, brp org anak, adik beradik)
- ahli syurga@ neraka.
4.Walaupun tlh ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.
5.Qada dan qadar ada 2 iaitu :
- qada mubram  iaitu qada yg boleh berubah melalui doa
- qada muallaq  iaitu qada yg tidak boleh berubah. Cth : 40 hari sblm kematian
6. Kita hidup di  alam ini adalah dlm keterpaksaan..dipaksa  & terpaksa.
7. Kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam fana ( dunia).. alam kanak2..alam remaja (12 - 21 thn)..alam dewasa (22- 40 thn)..alam tua ( lbh 40 thn). Lebih 70 thn disebut tua bangka..
8.Masa remaja adalah salah satu juzuk dari kegilaan..lihatlah dunia remaja..percakapan, cara berpakaian kadang2 celaru dan gila. Saat remaja adalah saat kebingungan..satu alam yg terpaksa dilalui..dari remaja dipaksa menjadi dewasa.
9. Hadis nabi ada menyebut  setiap manusia Allah berikan ujian sbyk 99 ujian kematian bermula  dr bayi hinggalah sebelum mati..sehinggalah ujian yg ke 100 maka kamu akan mati..
10. Siapa2 yg berusia pd umur 40 thn tetapi dia tdk berubah sikap ke arah yg baik maknanya mereka tidak akan berubah lagi  sehingga menunggu talkin dibacakan..
11.Setiap yg hidup akan merasai mati..roh org beriman adalah spt minyak yg berkumpul di dalam air. Roh akan berkumpul di kaki utk ditarik keluar. Dari kaki ke pinggang..ke perut bilamana smpai ke perut akan berdengar beberapa urat putus n bg lelaki terasa zakar naik ke atas lalu bg org beriman akan mengatakan laailahailallah..tp bg org yg tdk beriman akan mengatakan ia cuma kebetulan shj..tidak ada apa2 yg berlaku..
12. Semua makhluk Allah termasuk haiwan tahu yg roh si mati itu akan masuk syurga @ neraka kecuali jin dan manusia..
13. Tanda2 jenazah itu ahli neraka:
-mulut berbuih
-wajah masam
-najis keluar terlalu byk ketika sakarul maut.
14.Tanda2 jenazah itu ahli syurga:
-dahinya berpeluh
-hidung kembang kempis dan air matanya mengalir 
- wajahnya lebih cerah ketika sakaratul maut
-najis keluar sedikit shj
15. Sakitnya perempuan yg bersalin   itu adalah 1 juzuk drpd 99 juzuk kesakitan kematian..
16. Kalau boleh yg memandikan jenazah kita adalah anak2 kita..yg mengkafankan kita adalah anak2 kita...anak kita jd imam solat jenazah kita..maka beruntungnya kita..
17. Ustaz berkongsi doa yg dibacakan oleh anak2 kpd ayahnya yg telah meninggal dunia.( sewaktu menziarahi jenazah seorg lelaki)
"Ya Allah ..waktu mana kami kecil2..ayah kami mandikan kami dgn penuh kasih sayang dgn penuh kelembutan...jadi kami mandikan jenazah ayah kami ini maka Kau ampunkan dosanya ya Allah..waktu mana kami kecil ya Allah..kami dipakaikan baju oleh ayah kami ya Allah..tp kami lempar ke mukanya ya Allah..jadi hari ini kami kafankan ayah kami dgn penuh kelembutan..Kau ampunkan dosanya..di waktu mana ayah kami menjadi imam solat kami dul u..kami lari tak nak  solat..jadi hari ini kami imamkan solat jenazah ayah kami dan  Kau ampunkan dosa2nya ya Allah..ya Allah Kau jadikan kubur ayah kami ini sbg taman2 syurga.."
18. Quran yg dibaca sebelum subuh akan menjadi peguambela sewaktu kita di alam barzakh nanti..
19. Nabi kata  aku tidak pernah tgk keadaan yg sgt huru hara spt pdg mahsyar ini..siapa yg selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di pdg mahsyar nanti..
Elok ingat ttng alam barzakh....jawatan di dunia ni sementara shj...kejarlah jawatan ahli syurga yg kekal***************************


Wednesday, June 10, 2015

Pendidikan anak - Untuk Aleesya

Assalammu'alaikum wth (",)

Pagi pagi aku dapat whatsapp mesej dari member Sabahan aku...ingatkan lah apa...rupanya ada benda dia nak risik risik....tp at first kami borak borak dulu perihal mcm mcm....mcm ekonomi negara yg nilai matawang dah makin jatuh...perihal kesihatan ok ke tak...at the end dia tanya mcm mana aku ajar anak aku ...aku ehh....ajar anak aku? ohhh rupanya pasal aku ada letak gambar aleesya kat profile picture FB aku tengah duduk atas sejadah and pakai telekung sambul pegang surah Yassin...


Ni kakak tengah cuba nak belajar mengaji...sebelah tu kak Aaliaa


Haaa...gambar ni lah yang dia suka tu......


Alahai sahabat....xdelah ajar mana pun....sama je kot mcm org lain. tp since dia tanya aku sebolehnya aku cuba jawab lah kan....

kalo ikutkan, bnyk lagi tak sempurna pun, malu nak share ahhh tp inilah yg aku tengah buat since aleesya baby lagi.. selebihnya banyakkan berdoa..

jap ehhh....

screenshot conversation..


Ok bawah ni aku copy paste mesej whatsapp yg aku hantar.. so mana tau boleh jadi rujukan uooos....walaupun aku rasa segan tp takpelah mana tau boleh memberi sedikit manfaat kan...so uoollls mama/ibu/mummy/umi/mak even papa/daddy/abi boleh refer sini..... and sangatlah dialu2kan kot ada yg sudi nak tambah apa lagi untuk kita mendidik anak kite ni....




kmk = saya
nya = dia
ya = itu


"Dr baby lah kan..... mcm biasa solat..kemas bilik...lipat pakaian...masak....libatkan dia


Pastu...sllu ckp dgn dia hari hari tiap pgi,mlm,time solat benda simple pasal benda baik.....

Contoh

Malam....
Sblm tidurkan.... mungkin nya (dia) tgok tv dulu, pastu ckp lah ehhh kakak nak main tak...atau baca buku....budak komfom ckp nak nak...esply main.....so JoM......lepas main konon2 ambik buku x kisah bku apa....konon kita baca....budak kompom menympuk ehh mama apa tu....buku jer....dia akan kacau...so kita start lah ambik buku kartun ka...apa pa jak la...buku doa ka....majalah ma&pa ka....dia akan minat

Before tu....kamk (saya) risau pasal dia suka hp 2 bln lpas....so kmk(saya) nekad boikot.....kmk (saya) transfer minat nya ke hp to storybook/mainan.... tp pelu korban...sendiri x tgok hp, kartun video, games, kamek (saya)delete. mlm off hp (1minggu), minggu 2 nya (dia) dah sik (tak) ingat phone until now never ask where is my phone and xda minat dah..alahmdulillah 😃

Continue...
Bila nya (dia) dah bosan atau penat main/bc buku, ckp lah jom tidur.....kadang2 klo bby menyusu, xyah ajak baring, dia tgok mama nya baring pon dia dah nak join sbb nak nenen.....

So dr sana kamek (saya) akan ckp...ok before tidor baca apa.....doa..... baca lah doa tidur dan makna..slu kmk (saya) ckp "ya Allah kakak nak tidur,jaga lah kakak. ameen"

Pastu bc al fatihah sama sama wlupn mulanya x pandai and ajar satu2. Scr x langsung time dia duduk sorg kadang2 dia baca al fatihah sorg diri wlupn x smpurna contoh

Iya ka naq budu.....middin.....tp kita sure ya (itu) Al fatihah kan....

Pastu....dah settle doa, kmk (ajar) ajar nya (dia) salam tangan and say "kakak mintak sorry"...ok mama pun mtk sorri

Assalammualaikum

Then tidur

...secara x langsung, bila kita marahkan anak, ank datang kat kita salam and say kakak mtk sorry mama..... (asbab nya (dia) dah faham apa tujuan sorry ya (tu))

Pagi.....as usual, bg salam dulu...then baca doa bangun tidur and terjemahan contoh "ya allah terima kasih hidupkan kakak dr matikan kakak"'...and kmk (saya) akan tnya sekarang kakak hidup kah mati?'..dia akan jawab hidup..smlm...mati....sapa yg hidup kan.? ALLAH....yg matikan...Allah....baik tak Allah....Baik....

Oh ya, masa baby tidur, kmk (saya) amal baca ayatul kursi, 3Qul,surah al insyirah dan doa bahasa melayu n tiup ubun2

Then apa lagi ya.....ohh maghrib memang kmk (saya) khaskan utk mengaji,solat

Kmk (saya) akn baca quran, otomatik aleesya ikut, so nya (dia) baca lah yg apa d baca kita yg ujung2 perkataan mcm kun,middin,ala,....kadang2 nya (dia) baca alif ba ta pakai muqaddam atau iqra', solat wlupn x complete tp dia tau tertib rukuk sujud tadah tangan say ameen, allahukabar yg basic2 tu

Pastu, lepas mandi practis kan dia wuduk, mula tu kamek (saya) wuduk sendiri x sangka dia ikut

Smpi skrg lps mandi automatik dia wudhu...paling comel basuh telinga lah...

Sampai kadang dia yg ingatkan kamek (saya) ambik wuduk

Satu lg, kalo solat d masjid kah, singgah solat tu..bawak jak anak....biar terbiasa.....so ckp lah ni rumah Allah...kadang kdg dlm kereta dorg sllu bgtau mama mama tu rumah Allah...

Mcm bru bru ni kamek (saya) singgah masjid kundasang, nya (dia) join....tengah azan nya (dia) berak.....so kmk (saya) solat sementara kakak cebok kan dia...lepas kmk (saya) solat kmk (saya) ckp jom masuk kereta, dia xmo sbb dia ckp dia blm solat tadi....so nak x nak bawak dia semula masuk..siap cri mana telekong dia...mana sejadah pink dia......amboi....

So pringatkat awal terapkan/ajar tauhid dulu..xyah yg berat2 yg basic2 ja...kaitkan semua dgn Allah....mcm burung ka....

Skrg dia dah pandai sebut 3 nabi, nabi suman (sulaiman)siap eksplen binatang kambing ular....paling feveret nya nabi sulaiman, nabi ismail and nabi daud alaisalam.(alaihisalam)

Mcm tu jak la....doa masuk dan keluar tandas, makan tangan mana, masuk tandas kaki mana, kadang dia nak langkah tandas pandai stop kalo kaki nya salah...ehhh salah mama...

Itu jak sen...mak aiii panjang nya mcm apa jak crita ni......hahahhaahhahaha...

nti klo ada penambahan kamek (saya) share.....sori susunan cerita bertaburan..... yg penting Doa Doa Doa...time masak doa selawat3x, doa inna aktoina........sebutlah doa apa apa mcm lembutkan hati....zikir jugak time nak kasi tidur...pasang mp3 baca quran pelahan2 masa mlm......mcm tu lah....


Blm sempurna pon lg..jauh lg perjlnn hidup ni......tp better dr rebung kan.....kita yg corakkan dorg.....tp jgn sekat kalo dorg nak main...bg ketawa manjakan dgn kasih syg sllu 

Allahualam..moga Allah redha perkongsian ini. Ameen"


Kesimpulan
Semua mak mak, bapak bapak kat dunia ni nak anak dia jadi baik kan. so mulakan dari sekarang. jgn harapkan anak terus baik, tapi cuba didik dia dgn diri kita sekali dididik. aku akui aku pun masih bnyk kekurangan, in term of penjagaan anak sbb siang kerja so memang harapan utk tengok tengok kan si kakak ni bergantung sepenuhnya kat kakak aku. dia yg jaga, mandikan, makan si kakak di siang hari. kena rajin lah sikit, buat reseaarch, dekati org yg baik baik, kena banyak membaca perihal keibu bapaan dan yg penting DOA kita untuk anak kita dan org sekeliling. sbb anak anak kita akan berhadapan dgn org sekelilling jugak. Allahualam

Semoga semua kita sentiasa di dalam lindungan Allah. Ameen YRA. 


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
اسلام  عليكوم....
بسم الله الر حمن الر حيم.......

BUAT KAUM HAWA

🐣Dari tak pakai tudung,
Mula memakai tudung,
Dari tudung singkat,
Mula labuhkan tudung,
Dari labuhkan tudung,
🎊Mula melabuhkan lagi dan lagi.
Dari tangan terdedah,
🐝Mula ditutup baju lengan panjang,
🌼Dari ditutup dengan baju,
🐢Mula pakai sarung tangan
Dari kaki terbuka,
Mula tutup biar tak terdedah.

🍄ingat senang ke semua tu?
ingat mudah ke nak tempuh semua tu?🍄

Belum lagi tempuh cacian orang.
🎋Belum lagi tempuh pandangan sedara mara.
🌿Belum lagi tempuh kritikan kawan kawan.

Ya semua tak mudah.

Dalam perit menerima kritikan dan kejian,
NAK TAHU APA YANG PALING PERIT BAGI ORANG YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH?

YANG PALING PERIT ADALAH,
bila orang pandang kita baik,
Pandang kita sempurna,
Pandang kita cukup terjaga,
Sedangkan hati masih dicemari dosa dosa.
Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa apa.
Lagha sini sana.
Kpop merata rata.
Ikhtilat entah kemana.
Gelak tak ingat dunia.
Gedik terkinja2.
Sedangkan,

Orang ingat,
Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya.
Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya.
Muslimah tertutup itu sempurna orangnya.

Sedih bukan dianggap begitu?
Sedangkan diri tak seindah itu.

🐣Orang yang memandang itu tak tahu.
Apa yang muslimah itu rasa.
🌿Apa yang muslimah itu tempuh.
🌼Dalam waktu2 dia mencuba.

🌼Orang itu tak tahu.🌼

Muslimah itu kadang kadang rapuh.
🌰Kadang kadang jatuh.
Kadang kadang tak utuh.
Kadang kadang menyimpang jauh.

🎋Muslimah itu kadang kadang tersasar 
🐝Kadang kadang lebih berdosa dari pendosa.
Kadang kadang terpesong dari landasannya.

🌿Orang itu tak tahu.
Muslimah itu sama.
Manusia biasa.
Ada rasa.
Ada jiwa.

Orang itu tak tahu.
💫Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia.
Kerana dia sedar,
Hatinya tidak sejernih yang orang lain kata.
Dia berusaha mencapai harapan orang orang yang berharap tinggi padanya.

Tabah lah muslimah.
Andai jalan itu yang di pilih.
Allah telah pun memelihara kita
Allah telah menjaga kita
Lalu, ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang Allah jaga untuk kita

Hidayah Allah itu perlu di cari.
Bukan di nanti.
Cari sejauh mungkin.
⚓Gali sedalam dalamnya.
Lalu, bila ia telahpun di temui,
Ia juga terpulang pada diri sendiri.
Sama ada nak grab dan terus mencari redha ilahi,
Atau biarkan saja hidayah itu pergi. 

Kononnya tak cukup kuat lagi.
Kononnya nak tunggu lain kali.
Kononnya nak tunggu bersihnya hati.

Hidayah Allah itu ada waktunya.
Hidayah itu tidak menunggu kita andai kita tak pergi mendapatkannya.
Bila hidayah dah ada, 
Grab terus walau hati keras berkata,
Belum bersedia.
Kerana perubahan itu tak perlu yang secara tiba tiba.
Kayuh pelan pelan asalkan ia berjalan.
Jangan biar hidayah itu pergi tanpa kita cuba mengambilnya.
Kerna bila ia pergi, belum tentu ia datang kembali.

Hati belum sedia tak apa,
Asalkan nampak usaha kita,
🌿Sebab itu lah,
Kadang kadang
Ada juga muslimah yang memilih untuk menutup luarannya.
Bukan nak tutup dosa2 nya.
👞Bukan kerana nak meraih pandangan baik manusia.
Tapi Sekurang kurangnya,
Dia cuba menutup apa yang sepatutnya dia Jaga.
Melindungi Apa yang telah Allah amanahkan padanya.
Mana tahu, dengan kita menjaga hidayah yang Allah beri,
💧Allah beri pula kita rasa untuk mendidik hati dari dalam?
Sebab kadang kadang,
Dengan menjaga luaran, juga terdidik lah yang dalaman.
In sha Allah.
Aamiin Allahuma Aamiin..

Namun begitu,
Bila kita sudah melangkah untuk berubah,
Masih juga terkadang Muslimah itu,
Ada kesalahannya.
Ada silap langkahnya.
Ada kekurangannya.

Betul.
Manusia itu tak sempurna.
Namun jika benar perubahan itu lillahitaala,
Semua kerana Allah.
Jangan lembik!
Jangan lemah!
Bila jatuh, bangun lagi.
Bila tersungkur bangkit lagi.
Jangan mengalah.
Inginkan kan syurga,
Maka beramal lah seperti ahli syurga.
Dan yang paling penting,
👭Biar saja apa manusia nak kata.
Jangan expect semua manusia akan suka perubahan kita.
😐Deal?
Senyum.
👝Pegang dada.
Sematkan dalam diri.
"Aku lakukan ini kerana aku ingin bertemu kekasihku Rasulullah di syurga nanti. 
Aku lakukan ini kerana kasih sayang Allah yang cukup banyak membimbing aku ke sini"





Monday, June 8, 2015

Manukan Island & Sapi Island

Assalammu'alaikum (",)


Day 3
1st June 


Hi....

hari ini hari ke 6 Sabah dilanda gempa bumi. Taksiah dari saya. satu peristiwa yang takkan dpt dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia am nya dan Sabah khasnya. mungkin inilah kenangan paling pahit bg warga Sabah lagi lagi yg melibatkan kehilangan keluarga.

Al-Fatihah.

semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang-org yg beriman. ameen. Takziah kpd non-muslim yg terlibat jua

#pray4sabah #doauntuksabah #malimgunungishero

******************************************************************************

sementara tunggu kesayangan kena rawat....buku Nabi Sulaiman a.s pun bawak tau...


kakak dah ready dlm speed boat



hahah...comel kakak....padahal mama berdebar jgk sbb laju giler...



tudung pun dah terbang...




Ok arini aku nak sambung post short vacation aku kat negeri di Bawah Bayu on 30th May - 2 June aritu... utk hari ke-3 ni kami hanya pergi ke Pulan aje......itupun terlewat sbb belah pagi kami pergi workshop sebab my kesayangan injured lepas naik bukit kat Desa Farm... ohhh tidak...break shoe nyer kena tukar baru...tunggu punya tunggu sampai ke jam 11:30 so kami decide nak balik rumah homestay kebetulan kak liza call if ada singgah homestay tolong cabutkan power bank die yg tengah charge..kebetulan awan dah nampak kelabu better balik rumah angkat jemuran dulu. kang xdelah basah kuyup kan..so....yg kelakar aku dah siap masak awal pg tadi....bawak bekal...at the end makan kat homestay jugak hahahahaha....tp ok lah kan takdelah berat nak angkat kan.....so jam 12 kami gerak ke KK. tu pun dah sesak kat Jesselton...dgn parking nye yg penuh..

tengah cari parking tetiba ada sorang mamat ni tegur, mau pigi pulau ka boss?? abg aku beriya ckp ya ya....kami ada sediakan pengangkutan boss kalau mau...murah sak....mau kah boss...abang aku jawab, aaaa boleh boleh..aku perati jer abang aku...hissssss sembareno jer....kang dia charge mahal kang.....

tp since kami lewat dah...kmi pergi jgk lah kat pondok car wash tu tengok pakej dia...dia punya explanation mcm mcm siap bgtau kalo beli dari dalam xde discount mcm dia bg... kami ni ye ye je.....ada pakej 1 pulau, 2 pulau, 3 pulau dan 4 pulau...tak silap mcm ni

1 pulau RM250
2 pulau RM300
3 pulau RM350
4 pulan RM400

ni pakej kalau kita nak group kite jer xde campur dgn group lain dan kite xyah berbaris nak tunggu turn dorang akan bawak terus ke pulau... dan if kami ambik ni dorg bg discount... ni tak termasuk FEE masuk pulan RM3 per head kalo dah sampai sana.. and NO MEAL. sbb yg ada meal dah closed sebab dah jam 1 petang.. so aku tak dpt nak buat perbandingan harga in term of pakej ke, perhead ker....ada jugak yg per head WITH MEAL RM130 aku dengar.. so kami ding dong ding dong, decide ambik 2 pulau jer..nak ambik  3 atau 4 mcm tak larat lagipun bawak aleesya kan...lagipun masa dah suntuk mcm rugi pulak..aku decide ambik 2 pulau jer...so dpt RM300, tolak discount jadi RM250 + GST RM30 so total RM280.00


pejam mata je lah kan sebab memang nak bercuti ..... bila masuk hall utk beli tiket tu tengok eh ehh xde lah crowded sgt..tp tengok ticketing tu mcm berebut jgk nak dptkan customer...nasib we all dah...so kami tunggu kejap kat jeti, pastu dah kena panggil....woaaahhhhh.....ni first time utk abg aku dan kakak aku and jugak aleesya....cepat cepat pakai safety jacket, sempat pegang phone and paling penting pelok aleesya kuat kuat dan baca doa dan berzikir...aku dengar aleesya mcm nak nangis tp tak....dia membebel takut kot..aku zikir jer kat telinga dia n ckp see bnyk fish dlm air...dlm 15 minit mcm tu we all dah sampai...

Subhanallah...cantiknya....memang Woww!! lah Pulau Sapi....airnya jenih kebiruan, ikan kelihatan di dalam lautan, suasana damai dan tenang, pelancong pun ramai.....oooooohhhh bestnya...mulanya kakak tak nak pijak pasir...sbb dia ka penggeli...tp perlahan lahan lah kan pujuk dia...silap aku satu jer....ade ker g pantai aku pakai skirt...lupaaaa laaa....apa lagi mandi pakai skirt hokkay....

lama lama aleesya pon haaaaa....xmo stop dah main air..nak pergi jauh jauah ke dasar lgi....ishhh x molah...mama bukan reti berenang pon.....kalao papa ader takpe lah kan.....

kami amek masa yg lama kat Sapi Island, sbb memang cantik...ikan dia kalo kite p masuk dlm laut tu, ikan tu p dekat kite...tapi tak dapat tangkap la.... aku duduk je dlm air cari tempat yg teduh sbb cuaca panas terik.... agak gak jam 3:30 kami beralih ke Pualau Manukan pulak. masa dlm boat aleesya nangis sbb masa masuk boat tu kakmaz yg bawak dier...dia mana leh berenggang dgn aku...apa lgi membebel dia dlm boat....dlm 7 -10 minit kami dah sampai....

wow..wow..jambatan kat sini lg panjang...pulau nyer pun nampak panjang pantai and lagi luas...chalet pun bnyk tp x pasti utk apa....mabe utk event kot..... ikan kat sini besar besar tp bila kite dah sampai kat pantai a bit upset sbb air dia x sebersih pulau sapi.. kire OK OK jer lah..airpun panas..nak komen bnyk pon  tak dapat sbb ni first time datang kan so nak bandingkan dgn pulau lain pun tak berani...cuma utk aku, aku lebih prefer Sapi Island compare to Manukan....

So kami tka stay lama kan manukan since akupun tak main air sekadar basahkan kaki jer.....kakak pun dah tukar baju kat sini....kami decide balik jer lah.....so kami terus balik rumah....malam penat tido..tp kakak aku gagah nak gi 1 Borneo..akupun taknak tinggal sorang diri......baik aku join wlupun ngantok.....

Zasssssss........

dah sampai Sapi Island....

See....fish.....






Sebelah ni bnyk batu batu kecik so kaki agak sakit nak pijak tp ikan besar besar dan warna warni ikannya....

hampeh....bola ni bocor....


berjinak jinak nak pijak pasir




Haaa sebelah kanan jambatan kalo dr jeti ketibaan...ceiii....takde batu...sini lah aku main....dan bawah pokok tepi sikit aku duduk berenda,,,,bukan berenang hokkay....


bajet paling comel...... ^,^


kenapa aku xde gambar mcm ni dgn kakak....jeles arrr....


 alamak...

see....makin jauh dia main...

 abaikan skirt yg cantik tu... T_T

 happy OOoooo....

serius budak ni nampak lapar...nasib lah ada biskut ni....


 taken by: boboi.... cantikkan...

 dalam speed boat



kat Manukan Island...abg aku snap....kami tak perasan pun natang ni...


Dari Manukan Islan to Jessleton Point.....tak sabar nak balik mandi ,.........masa ni kami yg last...tp berlumba lumba kami jgk yg sampai dulu....haahahahah.....org belakang tu asek syiok sendiri jer.... hihhii jgn mare....




...the END....




Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...