Wednesday, August 12, 2015

Perginya Wanita Hebat. Maksu Aminah Bt. Jais

Assalammualaikum



Semalam, titik sejarah utk aku dan keluarga. Pd jam lebih kurang subuh 5:00pg, 12 august 2015 bersamaan 25 syawal 1436h, Maksu kami Aminah bt. Jais telah kembali ke rahmatullah. Genap sebulan maksu di tahan di wad hospital Miri. Selama sebulan tu jugak maksu ku x sedarkan diri. Cuma saat saat akhir maksu akhirnya membuka mata, mengerlipkan kelopak mata hingga menitis air mata ini melihat. Tanda syukur gembira. Kalo sebelum ini hanya deraian air mata maksu sahaja mengalir mungkin utk memberitahu bahawa sakit nya dia

Maksu ku, wanita hebat. Dikurniakan 6 orang anak, namun Allah lebih menyayangi mereka yakni ke-eanam enam anak allahyarham telah kembali terlebih dahulu menemui sang pencipta ketika umur masih kecik. Sungguh bidadari syurga menantimu Maksu. Pada 2010, arwah ayahku pergi menemui ilahi yg merupakan abang yg rapat dgn adiknya iaitu Maksu ku. 2011 pula suami maksu menyusul. Sehingga tiada siapa yg tinggal melainkan kami. Dugaan utk Maksu maha hebat. Ya Allah, Engkau tempatkanlah Maksu ku dikalangan org2 yg beriman, angkatlah darjatnya dan terimalah amalan2 baiknya sepanjang hidupnya. Ameen ya robbal al amin.

12/08/2015, kali terakhir utk ku memandikan Maksu T_T

#kamek sayang kitak Usu



كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Surah Ali Emran, Ayat 185

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...