Friday, August 14, 2015

81. Sup Tulang Sedap

Assalam :-)

Ni pun sama, throwback yer. Bkn baru pas makan... tp tgok gambar ni terus aku terliyokkkkkk..aiyo bila lh dpt mkn sup tulang lg ni

Ok aku belajar buat sup tulang dari mak mertua aku. Betul sebelum2 tu ada jgk masak resepi sendiri tp since upgrade sikit dr mak mertua punyer ilmu, tiap kali masak sup tulang aku ikut jer cara ni... senang, mudah dan sedap

# maaf yer kalini x snap gambar sbb masak time raya memei takdan nak snap. Nanti kalo ada masak lg aku edit yo

Bahan²
=======
Tulang lembu/kerbau
Isi daging dalam sekilo
Bawang merah 10 ulas (tumbuk)
Bawang putih 5 ulas (tumbuk)
Halia 2 inci (tumbuk)
Serai 2 batang (tumbuk)
Lada putih biji 1 sudu (tumbuk)
3 sekawan
Garam
Sedikit minyak
3 jug air

Cara²
====
Tumis 3-sekawan, kemudian masukkan bahan kisar kecuali serbuk lada putih. Bila dah kekuningan masukkan lada putih. Masukkan tulang dan daging. Kacau sebati. Masukkan air 1 jug dahulu. Biarkan mendidih. Bila air dah berkurang, masukkan lg air 1 jug hinggalah jug yg ke-3. Baru masukkan garam. Tabur bawang goreng dan daun sup ketika makan

#boleh jg tambah serbuk kari sup jika nak dan bunjut

Bg aku, tak lengkap sup jika tiada kicapnya.

Utk kicap
========
6 ulas bawang putih
2 sudu gula pasir
10 biji cili api
Kicap masin
Sedikit limau

Tumbuk lumat dan tambah sedikit jus limau dan sedia utk di makan.


Nyemmmm

===========================
'Kenapa kene bace kahfi hari jumaat ye?'

'Katanya ada kaitan ngan dajjal. Dah guane gitu?'

👳Kalau kita perhati betul2. Surah kahfi ni ada 4 perceritaan besar dari Allah kepada manusia iaitu:

🕐Kisah Ashabul Kahfi 
🕑Kisah 2 Empunya Kebun
🕒Kisah Nabi Musa, Nabi Khidir
🕓Kisah Dzulkarnain

👳Kaitannya dengan dajjal ni, dajjal akan try sesatkan kita dengan godaan ni lah.

DUGAANNYA😰
🕐Dugaan Akidah
🕑Dugaan Kekayaan dan Pengikut
🕒Dugaan Ilmu Pengetahuan
🕓Dugaan Dzulkarnain


👉Kisah Kahfi vs Dugaan Dajjal👈

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

🕐Kisah Ashabul Kahfi dan Dugaan AKIDAH

Dugaan AKIDAH  - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan memaksa manusia supaya mengaku dia tuhan.

💊Survival Kit dari kisah ashabul kahfi : 
💉Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia.
💉Kawan yang saleh iaitu mengikut perintah Allah.
💉Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu.
(Rujukan al-kahfi, ayat 28)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

🕑Kisah 2 Empunya Kebun dan Dugaan KEKAYAAN DAN POPULARITI

Dugaan KEKAYAAN DAN POPULARITI - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan menawarkan kekayaan. Selain itu, dengan kekayaan, akan lebih ramai pengikut dan keluarga yang akan mengikut kita.

💊Survival Kit dari kisah 2 Empunya Kebun :
💉Sedar hakikat kehidupan.
💉Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting.
💉Syukur kepada Allah atas kurniaanNya.
(Rujukan al-kahfi, ayat 45)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

🕒Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir dan Dugaan ILMU PENGETAHUAN 

Dugaan ILMU PENGETAHUAN - Dajjal akan cuba menyesatkan kita dengan menawarkan pengetahuan dan teknologi yang canggih. Namun, banyak perkara yang tersirat di sebalik perkara yang tersurat tersebut.

💊Survival Kit dari kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir :
💉Perlu bersikap humble dan tawaduk atas pengetahuan yang diberikan.
💉Perlu bersikap sabar dalam mencari ilmu pengetahuan.
💉Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya.
(Rujukan al-kahfi, ayat 69)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

🕓Kisah Dzulkarnain dan Dugaan KUASA

Dugaan KUASA - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan kuasa yang dimiliki di dunia ini.

💊Survival Kit dari kisah Dzulkarnain :
💉Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa.
💉Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh.
💉Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa.
💉Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan. 💉Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina tembok di antara dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan.
💉Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh.
(Rujukan al-kahfi, ayat 110)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

👳Kesimpulan :
Bila baca surah al-kahfi, take notes on these survival kits yang dah disenaraikan.

👳Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia. Kawan yang saleh iaitu mengikut perintah Allah.

👳Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu. Sedar hakikat kehidupan.
Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting syukur kepada Allah atas kurniaanNya.

👳Perlu bersikap humble dan tawaduk atas pengetahuan yang diberikan. Perlu bersabar dalam mencari ilmu pengetahuan.

👳Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya.

👳Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa. Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh.
Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa.

👳Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan.

 👳Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina tembok di antara dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan.

👳Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh.

Jom baca surah kahfi! 💪

80. Kuih Jala

Assalam :-)

Ok ni throwback aje, aku lupa nak publish padahal dah lama dah dlm post box ni.... haihhhh...

At first, mmg keras jgk lah tangan aku nak menjala, since aku pakai acuan pesen baru kot, bkn yg mcm botol sos tu, jd skill kena hantam sajalah labu. Janji ada rupa kuih jala hahaha

Ok maleh nak ckp bnyk, aku zasssss terus

KARI
°°°°°°

Simple aje since utk cicah kuih jala jer kan

Bahan²
======
Serbuk kari 5 6 sudu besar
Bawang merah 4 ulas (kisar)
Bawang putih 2 ulas (kisar)
Halia 1/2 inci (kisar)
3 sekawan
Minyak masak 4 sudu
Santan secawan
Ayam 1/2 kilo
3 biji ubi kentang
Garam, aji, gula
3 biji tomato (optional)

Cara²
====
Panaskan minyak. Tumis 3 sekawan masukkan bahan kisar/tumbuk dan kacau hingga kekuningan. Masukkan serbuk kari yg dah dibasahkan dengan sedikit air. Kacau dgn api perlahan sehingga kari masak. (Nak tau kari masak, kari tak melekat pada senduk bila dijatuhkan).

Masukkan ayam dan gaul rata. bila ayam mengeluarkan air, masukkan santan cair dulu dan masukkan ubi kentang. Kemudian masukkan santan pekat.tambahkan perasa dan tomato.

Utk kuih jala
===========

3 cawan tepung gandum
21/2 sudu minyak masak
1 biji telur
3 cawan santan/susu segar/susu cair
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara²
====
Campur semua bahan dan kisar. Apabila adunan tidak putus ketika dijala maknanya adunan dah OK. Klo putus blh tambah sedikit air.


Nyamm...








Adunan siap













=================================
Kalau kita boleh buat ibadah pada bulan ramadhan kenapa kita tidak boleh buat selepas ramadhan? itu maknanya kita menyembah ramadhan bukan menyembah Allah ♡
#UstazHjMatZain

Wednesday, August 12, 2015

Perginya Wanita Hebat. Maksu Aminah Bt. Jais

Assalammualaikum



Semalam, titik sejarah utk aku dan keluarga. Pd jam lebih kurang subuh 5:00pg, 12 august 2015 bersamaan 25 syawal 1436h, Maksu kami Aminah bt. Jais telah kembali ke rahmatullah. Genap sebulan maksu di tahan di wad hospital Miri. Selama sebulan tu jugak maksu ku x sedarkan diri. Cuma saat saat akhir maksu akhirnya membuka mata, mengerlipkan kelopak mata hingga menitis air mata ini melihat. Tanda syukur gembira. Kalo sebelum ini hanya deraian air mata maksu sahaja mengalir mungkin utk memberitahu bahawa sakit nya dia

Maksu ku, wanita hebat. Dikurniakan 6 orang anak, namun Allah lebih menyayangi mereka yakni ke-eanam enam anak allahyarham telah kembali terlebih dahulu menemui sang pencipta ketika umur masih kecik. Sungguh bidadari syurga menantimu Maksu. Pada 2010, arwah ayahku pergi menemui ilahi yg merupakan abang yg rapat dgn adiknya iaitu Maksu ku. 2011 pula suami maksu menyusul. Sehingga tiada siapa yg tinggal melainkan kami. Dugaan utk Maksu maha hebat. Ya Allah, Engkau tempatkanlah Maksu ku dikalangan org2 yg beriman, angkatlah darjatnya dan terimalah amalan2 baiknya sepanjang hidupnya. Ameen ya robbal al amin.

12/08/2015, kali terakhir utk ku memandikan Maksu T_T

#kamek sayang kitak Usu



كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Surah Ali Emran, Ayat 185

Tuesday, July 28, 2015

79. Kerang Kicap

Assalammu'alaikum (",)

Kerang masak kicap...ni hubby yg nak makan... pergi pasar pg tu beli ikan..tahan dulu dari makan ayam dan daging sbb raya dah puas makan ayam ayam ayam...daging daging daging...suami pulak kate nak makan kerang. mujur dia beli 2 kilo jer..asalnye dia nak beli 3kilo tp aku ckp bnyk nau tu....tak habis kang...so kerang ni blh mkn utk petang tu sambung ke malam sambung utk aku sahur isnin nyer...memang bnyk lah. sekilo RM10 so 2 kilo RM20 lah kan....well Miri memang mahal kerang nya...tak mcm semenanjung....tp kalo dah nak makan tu..beli aje lah kan kalo memang rezki utk membeli ada. SO masak lah ni main campak campak ajer...

Resepi: Kerang Kicap
Sumber: Hanni Hannani

Bahan-bahan
***********

2 kilo kerang
2 batang serai dititik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 incli halia
5 batang cili api
2 sudu cili kering kisar
3 sudu kicap manis
3 sudu kicap masin
2 sudu kicap pekat cap unta
1 sudu sos tiram
seidkit tepung jagung
garam, gula, pak aji

Cara-Cara
********
Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan cili hingga lumat. panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan cili kering kisar. masukkan jugak serai yg dah dititik. kacau hingga kekuningan. kemudiaan masukkan kicap manis, kicap masin, dan sos tiram. masukkan pula kicap pekat dan garam, sedikit gula dan pak aji. jika rasa dah ngam hanya dgn menggunakan kicap, tak payah lah masukkan garam yer. kemudian masukkan kerang. tambah sedikit air dan biarkan merenih. bancuhkan tepung jagung anggaran 2 sudu besar dgn air kemudian tuang kedalam kuali dan kacau perlahan hingga kuah pekat. Siap utk dihidang.




Selamat Menjamu Selera

RAYA MIRI 2015

Assalammu'alaikum (",)

Wahhh..bnyk benar nak di update sebenarnya ni.story raya, resepi...kisah sedih maksu....politik...oppsss...politik aku tak mo yer...bkn bidang aku.not in my list....sorry!!

kalini nak post citer raya d Miri. ermmm...tahun ni iouls beraya sederhana sahaja. atas sebab keadaan maksu kami yg tengah uzur dan kritikal sekarang ni. oh ya, jam ini 29/7/2015, maksu akan discharge dari hospital umum Miri. akak dan abang aku tengah buat persiapan utk tempat tidur. bnyk benda dan hal sepanjang maksu sakit. berkait rapat dengan sikap manusia. benarlah bagai di kata, bila sihat semua org dekat. bila sakit, baru kita nampak siapa sebenar saudara hatta anak atau menantu. aku xmo citer lebih kerana sedih bila di fikirkan. cukuplah aku dan keluarga aku dan DIA maha tahu. hanya doa mampu ku panjat moga segalanya baik baik sahaja.

Trip raya kali ni dr Kuala Pilah kami berangkat pada raya ke-3. kalo ikutkan memang aku rasa tak cukup beraya 2 hari sahaja di kampung belah suami. apakan daya masa awal awal perkahwinan suami ckp kite dah mulakan raya sama rata, jadi kite kena teruskan buat mcm tu. tp since raya tahun ni, suami dah ubah. katanaya tahun depan tak blh mcm ni.. at least kita 5 hari raya d kampung. letih....lagi pun x puas. yupppp memang tak puas. kedua sbb aritu beli tiket last minit so memang itu jer yg kire mampu utk di book. MAS jgn ckp la memang cekik darah...tp sebnenarnya memang salah sendiri sapa suruh tak book awal kan.... apapun, mungkin itulah rezki kami utk bersua bersama family sesingkat cuma tp penuh makna. inn sha Allah bulan October kami balik lagi sbb ada kenduri kahwin. Inn sha Allah

So kami gerak dari Kuala Pilah seawal 07:30 pagi dengan 2 kereta saing dgn adik ipar Nana & Zul. sampai airport 9 pagi dan sarapan kat Subway. siyes aku tak pernah makan subway. ni pun sebab kakak ipar aku yg mintak tapau. memang sedap dan lepas makan kami massage dulu body sbb letih. kami fly tepat jam 11.35am dan sampai Miri jam 14:30 pm...terus ke hospital melawat Maksu ku.. mashaAllah...sedih nya....maksu dah makin kurus dan rasa nak mengalir air mata...


bye bye KL....


 ni klakar.... aleesya : Papa....garu papa....gatang (gatal). loghat terengganu..... :))




breakfast kat Subway..KLIA2. baju tu papa beli..tp seluar tak leh pakai sbb longgar kat pinggang..mujur ada seluar dr Mak Ngah


kat rumah Maksu Anie...bakal adik ipar aku..

bantal busuk ku...Azeem Amamir


My cucuk....Syamil Akma


Ahkss...sempat snap gambar kat lobby Mega Hotel....padahal ioulss singgah makan kat Singapore Chicken Rice je pon...


balik dari kubur arwah ayah...bukak terus tudung...pelik rambut kakak sini mcm di dye...


ni ada rezeki lebih aku saje saje jemput family makan makan....tapi suami pulak yg keluar duit masa beli bahan2 nyer....Thanks suami..semoga murah rezki awak....

Raya ke 9 belah tengahari aku buat lasagne memandangkan ramai peminat lasagne... resipi nanti aku update yer...petang baru mkn sbb jam 2:30 kami g openhouse rumah kak maria....

 sebelum g kubur arwah ayah... bergambar dgn anak dara Doktor Aleesya

 Mak Ngah...org kuat ku!!!

 kakak aku lg nampat sweet and remaja gittew...auchhh....

baiknya abang azeem kan....


Muslimah contoh....Doktor Nur Aleesya Amani Mohd Efendi.


dengan Pak Mok alahai sedondon....


balik dari kubur....

sambung raya rumah Udak Mustapha...abang kpd Mak. tp xde pulak Udak time ni....



 Rmh sepupu abg Malek...tp wife takde sbb g kuching.

Rumah baru Unggal...nostalgia sangat rumah lama beliau...


hmmmm...ini jerlah yg sempat aku snap....yg lain tu ade lah jgk tp ada yg blur gambarnya....serius tahun ni aku langsung takde beraya dgn kawan2...lagipun aku mana ada kawan yg rapat skrg ni....kawan ada jemput kerumah tp maaf yer..tahun ni keluarga kami perlu fokus pada maksu...kami terima kehadiran tetamu....tp kami x smpt nak g melawat tetamu kecuali yg dekat dekat je....nenek rumah sebelah pun aku tak sempat pergi...aduh kecik hati dorang kan....maaf yer semua T_T

Raya di Kuala Pilah, keluarga belah suami. Tahun 2015

Assalammu'alaikum (",)

Kami balik kampung hari selasa.sebelum balik kpg singgah jap kat Alamanda Putrajaya...sekadar beli keperluan jer sbb nak shoping pun barang dah ade.cuma carik kasut raya aleesya dan kasut aku jer.. yg kelakar aleesya xmo sukat kaki dgn kasut...paling win tiba tiba dia ckp dgn papa dia nak Kasut Tinggi... T_T

Mana anak aku tau kasut tinggi ni...aku bukan peminat kasut tinggi pun....wlupun aku sedar aku ni tak berapa nak tinggi...hahahahahah....last last aku just sukat size dia dan kemudian mana aku berkenan aku beli jer....yg pasti pilih kaler pink sbb aleesya kan Amber....watak kartoon dalam Robokapoli tu...kang xdelah dia x berkenan kan kalo tengok Pink mesti dia OK... so dalam jam 5 kot kami sampai kampung. tengok mak mertua dah masak dah....sedap giler lauk gulai udang , sotong goreng tepung, gulai telur itik, sayur bayam. tp seafood aku terpaksa ignore kan dahulu sbb kang raya aku xmo muka naik elergik....kesian mak mertua aku..dia dah masak sedap2 dah....



Menulis kad ucapan selamat hari raya....
benda ni lah dia gaduh dgn adik Maryam...kakak aleesya kedekut xmo kongsi kongsi... T_T
pantang sesiapa pegang barang dia..entah perangai sapa lah dia ikut tu agak nya..harapanya takde lah sampai ke besar kan....


Doktor Aleesya a.k.a Doktor Amber tengah test kasut...ulang ulang dia test..aku pulak lupa beli stocking nasib baik ada bawak stocking dia yg warna pink stripe...matching lah jugak...brapa kali dah dia test ni.....

Haaaa...ni lah Adik Maryam. malam menjelang raya tu..dia baru 2 tahun...beza 7 bulan dgn Aleesya..tp dia lg tinggi dr aleesya..tu yg aleesya x puas hati tu...asek ckp Dik Yam kecik kakak tinggi dari Dik yam... alahai...aleesya x reti lompat katil....dik yam champion....tu pasal aleesya meniarap dan buat mcm buaya....memang kelakar la bila dia tak reti nak lompat....hahahahahha


Ini kat rumah uwan atau Moyang aleesya...kat sini lah pelamin aku dan suami...hahahaha...ni mlm raya...mlm ni lah terserlahnya perangai sebenar aleesya...memang dia enjoy tak ingat dunia la...lari sana sini...kejar sana sini...akupun seronok...buka puasa reramai mmg best giler...tu yg best klo puasa last kat kampung.....berkampung bukak puasa...!!!

sebenarnya ada ramai lagi ni...tp memasing berlari sana sni..ada yg main mercun kat hujung pokok rambutan..yg geng bujang pulak borak kat timbunan kereta..yg mak mak semua borak kat beranda sambil makan2....



Ni pg raya ke dua...tolong papa dia basuh kereta jap...sementara aku pulak menyapu....



OK ni potret raya pertama kami....memang kelam kabut masa ni..rumah pun tak sempat nak sapu....pagi tu aku masak nasik ayam tp tak semua lah aku masak...aku sediakan ayam, sos itam...mak masak nasik dan sos cili.....petang last puasa tu aku masak mee goreng ala mamak versi aku....buat kek cheese....syukur nasik ayam habis malah x cukup.... so gambar ni kami cepat cepat snap...gambar anak anak dulu...pastu menantu..pastu cucu...aleesya je yg payah sbb kejutan budaya utk dia....ahahaha....

Ni afiq rayyan...dulu kecik je skrg nak masuk 2 tahun dah...anak Maksu Nana and Uncle Zul...baik jer afiq rayyan ni kan.... good boy....

Inilah  omak Mertua den yg Terror Masak....mmg maserchef la....kali ni aku belajar buat kuah kacang versi semenanjung...khamis ni aku cuba utk Ofis Raya kami....harap menjadi...tp aku lupa nak rasa kuah kacang mak!!!


Banyak banyak gambar, gamabr ni jer lah yg senonoh sikit...kalo tak hmmmm...muka mcm berak kapur pun ada..tak pernah nak sporting....benci ai!!!!

 8 cucus mak.... Muhammad, Firdaus, Umar Ali, Lukman, Fareeq, Aleesya, Maryam, Afiq Rayyan

 Menantus Omak!!! Abang Mie, Zul, Kak Sunie, Jue!


 2nd raya.....

 Masa ni dia ngantok.....tp nak jugak dia possing aku soh duduk situ...kat rumah Mak Ngah Anie Tupperware....terbang RM200 aku....gara gara tupperware ! hahaahahha

 Inilah kami..... 4 keluarga....

Zoom In sikit....

 Nana & Zul ibu kpd Afiq Rayyan

 Kaklong & Kak Suni...

 Hamboi.....makan tak pandang pandang kite....sedapnyer...

 Untunglah aleesya pandai makan durian...

teringat masa baru sampai rumah maktam...mak tam hidang ni....nasik himpit, rendang....sekali aleesya bersuara " Nasik takde ker?" oohhh anak....nasib baik maktam tengah masak...and kak ngah masak telur goreng.....bertuah punyer doktor Aleesya...

perhhh..first time aku makan sayur durian Tuo..... masak gulai...nak cuba lah masak...mamang lemak emak gittu..... memang aku taip EMAK yer....hahhahaha


ade lg gambar lain....tp cukuplah ni kan....... 


apapun....selamat hari raya dari saya dan suami.... bye!!!!




Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...