Saturday, April 4, 2015

Pantai Bungai & Pantai Peliau Bekenu Miri

Assalammualaikum (",)

3/04/2015, sempena cooti cooti Malaysia ni aku spent time to round da world....... round lah sangat kan kikikiki :-)

Seawal jam 9 pagi kami dah ready. Kalini destinasi pilihan adalah....jeng jeng jeng..... BeKeNu hihihi. Asyik asyik bekenu xda tempat lain kah..... well itu je yg dekat. Nak ke Brunei passport x buat lg... huhuhu skrg klo tukar duit Brunei RM1,000 jd USB 187 ke mcm tu...rate RM2.67

Tu pasal warga Brunei makin mekar+segar+sakan nak datang Miri..sbb murah bg dorang nak shopping.....

Ehhh xnaklah citer pasal tu, nak citer pasal kisah jln jln cari makan we oulss lg best

Ni semua pasal kak Nana nk g picnic sbb cuti katanya.tp we all dah plan on 19 picnic sbnrnya.malang nya dia kerja masa tu...ok.....tp kakak aku yang sorang kate tengoklah tak janji.

Pagi mcm biasa pas subuh mata memang x  kan lelap semula. So aku decide ok lh jln jln. X picnic pon x pe at least bawak mak jln jln setelah penat d rumah. Aku tanya mak nak g bekenu tak? Mak ckp x nak sakit badan.ok xpe...selang beberapa minit aku mesej kakak aku tanya jom jalan.....aku bgtau mak jom mak mandi.... kakak aku yg sorg dah stanby mandi mcm tetau je aku nak ajak dia....dia mmg mcm tu xmo tinggal

So kami just plan pergi Pantai Peliau, if x ok atau xde space move to Pantai Bungai. Tp wajib pergi tamu Bekenu RTC Rural Transformasion Centre

Bekenu ni satu pekan kecik di dalam daerah Miri. Perjalanan dari bandar dalam 30 ke 40 minit je menggunakan jalan raya Coastel Road atau makna lain jalan tepi nya ada laut. Sorry aku lupa snap "(

Alternatif kedua menggunakan jalan lama yg mana kiri & kanan hanyelah pokok kelapa sawit dan agak jauh. Anggaran 1 jam perjalanan. Tapi seronoknya akan kelihatan rumah panjang kaum Iban Sarawak

Dulu Bekenu ni kurang dikenali kerana jarak yg jauh disamping jln raya ketika itu tiada tar namun kini, pembangunan sedang dijalankan. Yg unik ada satu stesen jualan minyak kereta, SHELL &-Petronas berjiran jer dan pump pun hanya ada satu. Xde pkhdn kad kredit yer. Dari bekenu, menghala seterusnya akan menemukan kita dgn pekan Niah pulak dlm masa 20 ke 25 minit.

Pernah jgk di sini diadakan pertandingan Regatta iaitu perlumbaan perahu. Mmg meriah dan ramai pengunjung dtg menyaksikan. Suku kaum di sini rata ratanya bangsa Kedayan, dan sumber ekonomi pulak adalah pertanian dan perikanan.

Kalo kita pergi ke tamu, pelbagai jualan akan kita temui. Org kedayan juga mempunyai muzik tradisional mereka iaitu Bergendang utk upacara perkahwinan di sebelah malam sambil berbalas pantun

Masa kahwin aku dulu pun kami buat ni...seronok sangat melihat Mak/pak Mukun berbalas pantun

Perjalanan kami dimulai dgn berhenti di tamu utk mencari makanan atau lauk pauk utk di bawa pulang. Memang kami sampai tepat jam 10 pg. Sini kalo tengahari dah tutup dah kedai semua.


Aku beli jugak udang RM10, ikan, kuih muih. Mak pulak sayur, tapai dan lain lain. Dah puas membeli...ohh yer yg best aku terserempak dgn kak Ainon, kwn seU aku dulu. Lepas peluk salam kami terus ke Pantai Peliau. Sampai je waaa....subhanallah cantiknya pantai. Playground pun ada. Toilet. Gerai jualan cuma x ramai yg berjual mungkin sbb arini cuti umum

Tapi tempat utk duduk daf full. Semua org picnic...alahai kami terlewat.... tp xpe, memandangkan Miri musim udang geragau / bubok kami panggil, jd tempat tu ada bau belacan sedikit mungkin ada penduduk sekitar yg sedang buat.

So kami amik gambar pastu terus pergi ke Pantai Bungai. X jauhpun lbh kurang 5-minit

Ok kat sini pulak masih under construction so xde kerusI nsk duduk. Yg ada batu besar. Tp org ramai dtg picnic n mandi manda. Sampaikan full park!

Last2 kami duduk di batu besar sambil menghirup udara segar dan menyaksikan pemandangan yg Subhanallah cantiknya............

Tenang, relax, damai....... sangat bestttt !

Jom tengok perjalanan kami....


Dalam perjalanan menuju ke pekan Bekenu...pantai dah tak kelihatan....



Sebelum sampai ke pekan bekenu, akan nampak simpang & signboad Pantai Bungai sebelah kanan. Nak pergi pekan nampk je simpang ni kite jgn masuk tapi  terus lurus dan sebelah kiri afa signboard RTC, masuk simpang tu akan jumpa pekan

Signboard Kampung Tanjung Bungai Sibuti

Ni darI pantai peliau nak ke pantai bungai

Sekolah Kebangsaan Kpg Bungai





Depan pantai Bungai, blh menginap di sini tp xtai berapa rate. Tak pernah nampak ade yg menginap.....ker aku yg xtau hahaha


             My mom......pantai bungai


Si manis...masa ni aleesya nak didukung langsung xmo pijak pasir...dia memang geli pasir.....hmmmmm

                           Cantik (",)


Kelihatan org ramai yg sedang picnic dan mandi manda



                     Hazeem aamir.....


                    Santai jer.....




Kiss me ......hihihi


Yeahhhhhh.........

Kita tutupkan ketiak tu...









Tamu Bungai




    JDi pantai Peliau





Pusat makan tahun, yg mana setahun sekali diadakan pesta makan makan selepas musim menuai rasanya....org luar pun blh berkunjung








                              Family







So.....sampai di sini saja...babai...

*********************************

Satu fikiran yg agak menarik.
Jika:
A  B  C  D  E  F  G  H  I  J K  L M  N  O  P  Q  R  S  T U  V  W  X  Y  Z
bersamaan dengan:
1  2  3  4  5  6  7  8  9  10 11  12  13  14  15  16  17 18  19  20  21  22  23  24 25  26

Maka nya..

H+A+R+D+W+O+R+K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

K+N+O+W+L+E+D+G+E
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

L+O+V+E
12+15+22+5 = 54%

L+U+C+K
12+21+3+11 = 47%

Tiada Satu pun 100%. Apa yang 100%?!

Wang?! NO!

M+O+N+E+Y
13+15+14+5+25 = 72%

Leadership?! NO!

L+E+A+D+E+R+S+H+I+P
12+5+1+4+5+18+19+8+9+16 = 97%

Setiap masalah boleh diselesaikan dengan mengubah 'ATTITUDE'.. [sikap] kita.

A+T+T+I+T+U+D+E
1+20+20+9+20+21+4+5 = ๐Ÿ’ฏ%

Oleh itu with ATTITUDE kita terhadap kehidupan dan pekerjaan lah yang membuat kita  ๐Ÿ’ฏ% successful.

Menakjubkan.. Mathematics.. ๐Ÿ”ฃ๐Ÿ”ข

.. akan tetapi..

SAYANG ALLAH
19+1+25+1+14+7+1+12+12+1+8 = 101%
Mengatasi semuanya..
๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Perkongsian menarik







Friday, April 3, 2015

Potret ! saja suka suka

Assalammualaikum (",)

Hihihi...gelak dulu kite hahaha...ni namanya masa takde kerja. Kerja ada tapi saje nak buang tabiat. Dah lama sangat tak melukis tetiba hari ini rasa gatal jari ni... bnyk benar cacat celanya lagi....jom layan.....


Potret pertama...entah sapa entah aku google je.... tools xde even pemadam pon aku xde... tu pasall molot mcm tebal jer bibir tuh hihih



Cer teka siapa ni....rupa mcm dah ada kan tp sangat tak sama ! Jack sparrow...betul ke nama tu???? Hahahah



Ni plak sapa mcm cantik jer mcm comel jer...kwang kwang kwang.....


Haaaaaaa.... ni budak cinonet.ni sape??? Hahaha konon konon aleesya masa lepas kenduri aqiqah, umur 4-bulan, kepala licin..... (°_____°)


Pak ustaz ni plak sapa???? Hehehe ader ler......


Ha ni..... rupha Siti yg tak berapa nsk jadi Siti..... sian Siti jgn marah yer.....


Next....°°°°°°°

Dah xde dah.....itu jer..........

**************************************
Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya).

Al sra" ayat 13


(Lalu Kami perintahkan kepadanya): "Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)".

Al isra " ayat 14


Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).

Surah 17 (Al_isra") ayat 15


Sunday, March 15, 2015

Lutong Beach

Assalammualaikum (",)

15/3/2015, seawal jam 7 pg aku dan anak_anak bergerak ke pantai.... ni sebab aku dah janji lah ni... dgn gigi aku masih lg sakit...harini xde pergi taklim. Ya Allah syg nyer x pergi. Balik dr beach kakak dah tdo. Kakak mazz pulak temankan adik pergi servei barang nikah. Emak pulak sibuk dgn udang geragau atau bubok. Nak x nak harini kena lah bg dorang peluang utk diri sendiri

So... budak budak happy to the max lah kan dpt main..... yehooooo....

 Beli semalam..haruslah pakai terus....
















*************************************
"Apakah perbezaan adab dengan ilmu?
Dikatakan oleh Sayyฤซdil Al Habib Ali Zaenal Abidin dalam kuliahnya;
.
"Adab itu adalah lebih kepada akhlak manakala ilmu itu sebagai suatu pengisian seperti hukum hakam dan sebagainya tetapi adab lebih kepada hiasan dalaman dan akhlak itu lebih cenderung kepada adab.
Oleh kerana demikian rasululloh ๏ทบ dikurniakan kedua-dua sifat iaitu adab yg dikurniakan oleh Allah ๏ทป dan didalam hadis baginda bersabda;"Saya diajarkan adab oleh Allah ๏ทป maka ia adalah sebaik-baik adab".
.
Manakala berkenaan dengan Ilmu Allah ๏ทป berfirman;"Sesungguhnya Aku mengajarkan ilmu yg engkau tidak tahu sebelum ini".
.
Demikian wasilah yg digunakan oleh Allah ๏ทป utk mengajarkan kepada rasululloh ๏ทบ iaitu adab(akhlak) dan ilmu.
.
Dikatakan mana-mana sistem pendidikan yg tiada kedua-dua perkara ini iaitu ilmu dan akhlak maka akan menjadi pincang.
.
Diceritakan "Pada suatu hari Sayyฤซdina Ali Bin Zainal Abidin cucu kepada Sayyฤซdina Ali Bin Abi Talib didatangi seorang badwi yg diupah oleh seseorang yg ingin menyakiti beliau kerna ingin melihat  Sayyฤซdina Ali marah dengan memberikan sejumlah wang 1000 dinar.
Kemudian badwi itu berjumpa dengan Sayyฤซdina Ali lalu memaki beliau dan apabila dilihat makian tidak mendatangkan kesan kepada Sayyฤซdina Ali lalu badwi tadi meludah kepada muka Sayyฤซdina Ali kerana ingin membuatkan beliau marah.
Sehingga pada akhirnya Sayyฤซdina Ali mengusapkan ludah badwi tadi lalu ditinggalkan badwi itu.
Apabila melihat akhlak Sayyฤซdina Ali,badwi  itu terus meminta maaf lalu diberitahukan bahawa beliau berbuat demikin kerana diupah  dan ingin melihat beliau marah lalu Sayyฤซdina Ali mengatakan "Mengapa tidak diberitahuka kepada-ku daripada awal?aku bisa memberikan kepada-mu wang tersebut tanpa engkau memarahi dan meludahi kepada aku lalu diberikan wang itu kepada badwi tersebut.
Allah..Bagaimana kita melihat akhlak orang soleh dengan kita?"

Wednesday, March 11, 2015

62. Kuew Tiaw Basah

Assalammualaikum (",)


Ni resepi aku hentam ajer... sebab bahan limited. sayur pon tak dak....


Bahan-Bahan
2 sudu besar Cili kering blend*
2 ulas Bawang Merah*
1 ulas Bawang putih*
2 sudu besar Sos tiram
2 sudu besar Sos Cili
1 cawan Isi Ayam
1/2 inci Halia
Perisa
2 biji telur
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
sayur sawi/taugeh/kucai
1 kilo kuew tiaw


Bahan sampingan***

Utk kuah, kepala udang yg dah diasingkan dan dibasuh di rebus bersama serai dgn sedikit air. kemudian tunggu sejuk sebentar dan blend. tapis air rebusan dan ketepikan


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Cara-cara

Panaskan minyak, masukkan isi ayam terlebih dahulu atau daging. bila dah nampak kekuningan bolehlah masukkan bahan tumis yg dah dikisar (bertanda *)


Kemudian masukkan sos tiram dan sos cili. kacau lagi. bile merenih masukkan telur dan kacau. masukkan kicap manis dan kicap masin dan kacau lagi. akhir sekali masukkan kuew tiau dan sayur sawi/taugeh/kucai. tambahkan perasa.




Untuk kuah

1 ulas Bawang putih dan merah
Kuih udang  yg dah ditapis (yg bertanda  ***)
1 biji telur (optional)
1 sudu besar tepung jagung
perasa
1 susu sos tiram


Cara-cara
Ttumiskan bawang merah dan putih. bila dah kekuningan masukkan pula kuah udang yang dah ditapis. masukkan pula sos tiram & telur dan akhir sekali tepung jagung yg dah dibancuh sedikit dengan air. tambahkan sedikit perisa. siap utk dihidang











Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...