Tuesday, January 26, 2010

Bersangka baik pada Nya



salam.. :)




Dalam hidup kita mungkin mampu merancang namun tak semua yang kita rancang akan tertunai..banyak hal yang kadang kala kita tidak jangkakan telah berlaku..kedukaan dan kegembiraan adalah asam garam dalam hidup..tanpa kedua-duanya hidup kita tak bermakna dan 'happening'.....yang pasti biar derita atau kita merasakan oa adalah sesuatu yang membosankan, fed-up, pissed off atau apa2 jer kata2 yang menggambarkan betapa kita kecewa dalam hidup, hakikatnya hidup perlu diteruskan selagi hayat di kandung badan.. kegagalan dalam apa jua yang kita impikan bukan bermakna kita akan gagal selamanya tapi binalah keyakinan dan semangat dalam diri dengan bertunjangkan nilai2 murni sbg hamba Allah yang senantiasa di uji oleh-Nya...


saat ini..kedukaan ku sedang pergi meninggalkan aku perlahan-lahan..biar pahit untuk ditelan tapi pasti ada manisnya....yakin lah pada janji Allah dan bersangka baik pada-Nya nescaya kita akan mampu untuk menghadapinya..insyaAllah :)
" Senyumlah Jika Engkau Ingin Orang Lain Tersenyum Padamu"


Sunday, January 24, 2010

Selamat tinggal sayang


harini hari gembira untuk aku...hari ulangtahun kelahiran kakak kesayangan ku, Kak Mazz yg ke-32...dan hari ni juga lah hari yang penuh duka untuk aku..insan yang aku sayang selama ni akan pergi dari hidup ku... segalanya bagaikan sekelip mata..aku sangkakan panas sampai ke petang tapi rupanya hujan di tengahari..cinta dan kasih yang tak pernah berbelah bagi akhirnya punah di tengah jalan. sukar untuk aku menerima kehendak dan takdir ini namun sejauh mana aku dapat lari dan menghalanginya daripada terjadi. semuanya dah tertulis bahawa aku bukan untuknya..syukur pada-Mu ya Allah, di kala dan saat ini, Engkau masih memberi aku kesempatan dan pemikiran yang waras akan semua takdir-Mu..Alhamdulillah..aku bersyukur ya Allah..terima kasih kerana memberi aku petunjuk atas segala keraguan yang senantiasa bermain di benak fikiran hamba-Mu ini..hamba mohon ya Allah, agar Engkau tidak membolak balikkan hati hambaMu ini setelah Engkau memberi petunjuk kepada hamba..Ya Allah, seandainya dia bukan tercipta untuk ku, Kau jauhkanlah dia daripada ku dan seandainya dia tercipta untukku, dekatkanlah dia dengan ku..jika perpisahan ini adalah perpisahan yang diredhaiMu, aku pasrah ya Allah kerana aku yakin di sebalik ujian dari-Mu pasti ada hikmah yang lebih besar dari-Mu.. Ya Allah, berilah hamba petunjuk untuk hamba terus menuju ke sisi Mu, jalan yang Engkau redhai dan berkati..Engkau berilah kebahagian kepadanya walau siapa jua pilihan hatinya..Amin.

Wednesday, January 20, 2010

6 perkara yg Allah sembunyikan (petikan dr blog Resipi Rahsia Ku)


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zamannanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad."
Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
Sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Tuesday, September 29, 2009

ujian dan dugaan

ermm....aku cuma terkedu dan terkesima bila dapat tau...sumthing yg aku tak aspect.selama ni aku cuma dgr dr satu pihak jer..but semalam n today...all the things had been told to me...mudah2an Allah tunjukkan jalan penyelesaian pada kalian sahabatku..sabar k..semuanya ujian...aku cuma mampu memberi kata2 semangat dan nasihat..mungkin esok lusa giliran aku pulak akan diuji sedemikian rupa..mudah2an Allah sentiasa bersama ku..

Thursday, September 10, 2009

Coretan Piluku

sad sad sad :-(

its to sad to write down...its hard to say..

Ya Allah...hari jumaat yg mulia..aku memohon pada-Mu Ya Allah, panjangkan lah umur abangku, abd adie Ya Allah. tabhkan lah hatinya menerima dugaan dan ujian dari-Mu ini. Kau berilah dia kekuatan untuk meneruskan hidupnya. Jgn Kau patahkan semangatnya Ya Allah yg maha pengampun lagi maha pengasih.

Hari ni melangkah ke 21 hari ramadhan berlangsung, terasa pilu utk aku meninggalkan ramadhan yg mulia ini. apakah amalan dan ibadat ku diterima Allah swt. sebentar tadi aku menerima SMS dr abg Adie. mesejnya pendek jer. "abg x lama lg hdp". Ya Allah aku takut..abg, pls dont say that.i know its to hard for u to go thru with but pls abg...kuatkan semangat...arini abg adie g berubat lagi dgn seorg kenalan dia. abg baru jer menjalani operation otak, hati and jantung. terlalu banyak penderitaan abg adie tanggung sepangjang hidupnya. bukan aku tidak pernah merawatnya, cuma jarak memisahkan. kalau aku dekat pasti aku org pertama yg dtg melawat dan menjaganya..dia tiada ibu dan ayah, dia tiada abang dan kakak, dia tiada sedara mara, yg dia ada cuma kawan2..hidupnya dihabiskan d hospital bertemankan ubat-ubatan. hidupnya mengharapkan belas dari Allah. dia terlalu baik, dia yg selalu mengingatiku, memberi nasihat, kata-kata semangat dan teguran kepada ku. dia yg selalu mengingatkan aku pada yg maha Pencipta. dia pernah terluka banyak kali.dia pernah menderita dan masih menderita dgn penyakit yang di hadapinya. hidupnya penuh dgn cerita sedih tp dia tidak pernah menyusahkan sesiapa..dia adalah anugerah Allah kepadaku utk aku menuju ke jalan yg benar. dia bnyk mengajar aku dan memberi kasih sayangnya pada ku sebagai seorang abang dab sahabat yg baik. Ya Allah, aku ingin membantunya, aku ingin membahagiakannya. berilah aku kekuatan utk aku terus memberi semangat padanya. dia selalu mengejutkan aku utk mendirikan solat tahajjud dan solat duhaa. terlalu bnyk yg dia curahi ilmu kpd ku.. abg, terima kasih atas segalanya. ketahuilah oleh mu, Lia sentiasa mendoakan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagian utk abg. Lia sayang kan abg yg terlalu bnyk memberi tunjuk ajar dan ilmu pd Lia.Lia akan ingat semuanya abg. Abg janji nak dtg beraya ke Miri kan..Lia akan tunggu kedatangan abang ekk..kite raikan raya sama2. Abang, usah dikesali dgn takdir Allah, sesungguhnya ajal maut di tangan Tuhan dan kita hanya merancang tp Tuhan yg menentukan. Moga2 abg akan terus tabah menghadapi ujian ini. sesungguhnya abg terlalu mulia dan terpelihara.

coretan pilu, Julia

Monday, September 7, 2009

Doa Untuk Ibu Dan Ayah

Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini
Memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah

Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuhan Pemerintah hari pembalasan
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon
pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
Dan bukan pula orang-orang yang sesat

Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan
Aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai Aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti

Ya Allah
Teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat

Ya Allah, Ya Rahim, Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu Dan berbakti kepada kedua ibubapaku

Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
Bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
Aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
Terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati
mereka
Kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
Sedangkan ku tahu, Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "ah" kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah Aku berjaya kini
Keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
Kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku Tidur malam mereka aku ganggu
Titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
Tidak pernah mereka mengadu letih
Tidak pernah mereka mengadu sakit
Lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
Harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
Namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
Kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
Kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Dimalam ini aku terkenang semua itu
Dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
Dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
Rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
Dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah Aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
Aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
Aku tahu ya Allah
Mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu
Yang amat pedih itu ya Allah

Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh Yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku

Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
Yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
Jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
Dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
Jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah
Tuhan Sekelian Alam.

Amin.

Sunnah Nabi

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan.
Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur.

Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan
mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk
bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Sunday, September 6, 2009

Jasa Bonda

RENUNGAN UTK KITA..

Bila seronok, aku cari.

...pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Secalit harapan

aku hanya mencari kebenaran...aku hanya mencari kekuatan...aku hanya mencari kejujuran..aku hanya manusia hina yg lemah yg perlukan bimbingan...yg perlukan hidayah dan petunjuk dari Allah..aku terlalu mengharapkan kejujuran..bukan aku tidak pernah mempercayai..tp luka lama berdarah kembali..kepada siapa aku mengadu..bukan ingin utk disakiti tp kebenaran itu yg ku cari..biarlah pada Ilahi ku memohon..biarlah pada ilahi aku meminta agar diriku diberi kekuatan..agar diriku tidak lemah..aku lemah tanpa Mu, aku leka tanpa peringatan dari Mu, aku lupa tanpa mengingati Mu...Ya Allah, bersihkan hatiku..bersihkan jiwaku...jgn kau palitkan rasa kebencian d hati ini kpd insan lain..jadikan hatiku lembut utk memaafkan..ya Allah yg maha adil, andai aku insan teraniaya, kau berilah petunjuk kepada mereka. kau berilah hidayah pada mereka..aku bukan yg berhak utk menghukum mereka...

Roh

“Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya.” Maka Allah memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.

Setelah lewat lima hari roh berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.” Maka Allah memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah.

Firman Allah SWT bermaksud:
“Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris.”
( An-Naba’: 38)

Disebutkan dalam satu keterangan, bahawa yang dimaksud roh itu adalah rohnya anak Adam (manusia), dan keterangan yang lain mengatakan bahawa roh itu adalah rohnya malaikat Jibril as. Juga ada keterangan yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya Nabi Muhammad SAW yang berada di bawah Arasy, ia minta izin dari Allah di malam Lailatul Qadar untuk turun memberikan salam penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat dan roh itu berjalan melalui mereka.

Ada pula yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya para kerabat yang sudah mati, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, semoga Engkau memperkenankan kami untuk turun ke rumah-rumah kami, sehingga kami melihat anak-anak kami dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh itu turun pada malam Lailatul Qadar.

Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.

Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya.

Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka.
Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan haiwan tidak dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati. Sebab luka itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan bahawasanya mati itu dalam seluruh tubuh, maka Firman Allah SWT menunjukkan:
Katakanlah: “la akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama.”
(Yaa Siin: 79)
Jika dikatakan, apakah bedanya antara roh dengan rawan? Maka kita katakan hahwa keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada perbedaan, sebagaimana tubuh serta tangan adalah menjadi satu. Cuma kalau tangan dapat bergerak kesana kemari tapi kalau tubuh sama sekali tidak bergerak. Demikian pula rawan kesana kemari tapi sama sekali tidak bergerak.

Kemudian mengenai tempatnya roh di dalam tubuh tidak dapat ditentukan. Adapun tempatnya rawan di antara kedua alis. Maka jika roh itu hilang seorang hamba menjadi mati, dan jika rawan hilang ia menjadi tidur. Sebagaimana air yang dituangkan qas’ah dan ditaruh di rumah ada matahari yang sinarnya melalui lubang atap dan qas’ah itu tidak bergerak dari tempatnya.

Maka demikian halnya roh bertempat di dalam tubuh dan pusatnya berada di Arasy. Adapun rawan melihat dikala bermimpi dan ia berada di alam malakut.

Adapun tempatnya roh setelah dicabut, ada diterangkan bahawa tempatnya disengkala yang didalamnya terdapat lubang sejumlah bilangan haiwan-haiwan yang dijadikan sampai hari kiamat. Jika ia mendapat kenikmatan berada di situ dan jika mendapat azab maka di situ pula.

Ada disebutkan bahawa roh-roh para mukminin berada dalam telur burung yang hijau di syurga iliyyin, adapun rohnya orang-orang kafir berada dalam telur burung yang hitam di neraka. Dan ada dikatakan bahawa rohnya para mukminin ketika dicabut, maka para malaikat rahmat sama mengangkat membawa naik roh ke langit yang tujuh dengan memuliakan dan mengagungkan. Kemudian dipanggil Zat pemanggil dari sisi Allah yang Rahman: “Hendaklah kamu semua menulis roh itu dalam Illiyyin lalu kembalikanlah ke bumi.”

Maka mereka mengembalikan roh seorang mukmin ke dalam tubuhnya dan ia dibukakan pintu syurga, ia melihat tempatnya di syurga sampai datangnya hari kiamat.

Dan bahawasanya rohnya orang-orang kafir sewaktu dicabut maka para malaikat azab sama membawa naik roh itu ke langit dunia. Maka ditutuplah pintu-pintu langit yang lain dan ia diperintah mengembalikan ke tempat berbaring tubuhnya, kuburnya disempitkan dan ia dibukakan pintu neraka. Oleh kerananya ia melihat tempat kediamannya kelak sampai datangnya hari kiamat. Dalam hal ini sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW, sehingga bahawasanya mereka mendengar suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka terhalang dari berkata.

Sebahagian Hukama’ ditanya tentang tempat roh-roh setelah mati, maka ia menerangkan sebagai berikut:

    1. Bahawasanya roh-roh para Nabi berada dalam Syurga Adn, ia berada dalam liang yang menyenangkan tubuhnya. Adapun tubuh bersujud kepada Tuhannya.
    2. Roh-roh para Syuhada berada di syurga Firdaus, pada tengahnya syurga itu berada dalam telih burung yang hijau yang terbang di syurga sekehendak hatinya. Kemudian datang keqanadil yang digantungkan di Arasy.
    3. Adapun roh-rohnya anak-anak kecil yang Islam berada dalam telih burung pipitnya Syurga.
    4. Roh-rohnya para anak-anak musyrik berputar-putar di syurga dan ia tidak punya tempat, sampai hari kiamat. Lalu mereka melayani para mukminin.
    5. Roh-rohnya orang-orang mukmin yang mempunyai hutang dan aniaya digantung diangkasa. Ia tidak sampai ke syurga dan tidak pula ke langit sampai ia membayar hutangnya dan penganiayaannya.
    6. Roh-rohnya orang-orang Islam yang berdosa diazab dalam kubur beserta tubuhnya.
    7. Roh-rohnya orang-orang kafir dan munafik dalam penjara neraka Jahannam dipintakan diwaktu pagi dan petang.

    Dan disebutkan, bahawasanya roh adalah merupakan jisim yang halus. Oleh kerana itu tidak dapat dikatakan jika Allah itu mempunyai roh. Sebab mustahil kalau Allah mempunyai tempat seperti jisim-jisim. Dan dikatakan bahawa roh adalah merupakan sifat dan dikatakan pula kalau ia pecah jadi angin, maka kedua perkataan ini adalah perkataannya orang yang mengingkari adanya seksa kubur.

Ada diceritakan, bahawasanya seorang Yahudi datang kepada Nabi SAW, maka mereka bertanya kepada baginda tentang roh dari Ashabi Raqim dan dari Raja Dzil Qarnain. Dengan perdebatan Yahudi itu maka turunlah surah Al-Kahfi.
Dan diturunkan tentang haknya roh adalah Firman Allah SWT.

    “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhanku.”
    (Yaa Siin: 79)

Friday, September 4, 2009

Tulang Rusuk...the nice story

Good reading...

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenaklalu menatap WANITA dengan pasti).

Kamu tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang Lena
Tidur Allah mengambil rusuk Adam Dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI
Mencari tulang rusuknya yang hilang Dan saat menemukan wanita
Untuknyatidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin pasangan itu mengalami masa yang indah Dan manis
Untuk sementara.. Setelah itupasangan muda ini mulai tenggelam
Dalam Kesibukan masing-masing Dan kelelahan hidup yang Ada. Hidup mereka
Menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian
Dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar Dan pertengkaran
Itu Mulai menjadi semakin panas. Pada suatu Hari pada akhir sebuah
Pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalandia berteriak "Kamu tidak cintakan saya
Lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA Dan secara
Spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu
Ternyata Bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiamdan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI Menyesali akan apa yang sudah dia lafazkantetapi seperti air yang
Telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan
Berlinang Air mataWANITA kembali ke rumah Dan mengambil barang-barangnya
bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu biarkan saya pergi. Biarkan Kita
Berpisah Dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwintetapi
Berusaha Mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri
Tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing Dan
Bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggusepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyidia meminum kopinya Dan merasakan
Sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia
Merindukan WANITA.

Suatu harimereka akhirnya bertemu kembali. Di airporttempat di
Mana banyak terjadi pertemuan Dan perpisahan mereka dipisahkan
Hanya Oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu Berkesempatan.

Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak Ada yang berubah.

WANITA tersenyum manisberlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
Seorang korban Menara WTC. Malam itu sekali lagiLELAKI meneguk
Kopinya Dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar
Bahwa sakit itu adalah kerana WANITAtulang rusuknya sendiri yang
Telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling Kita
Cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu
Datang di kemudiannya akibatnya setelah Kita menyedari kesalahan
Kitasemua sudah terlambat... .

Kerana itujagalah Dan sayangilah orang yang dicintai dengan
Sepenuh Hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahuluapakah kata
Kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira
Merasakan akan menyakitinyasebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlahapakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding
Dengan akibat yang akan diterima??


"Allah sayang orang muda yang berbuat amal
Allah benci orang tua yang berbuat maksiat"
Waallahu aalam.

Thursday, September 3, 2009

Ya Allah...berilah aku kekuatan

aku tak tau mcm mana nak gambar kan perasaan ku..Ya ALLAH, kau berilah aku ketabahan hati..tabah mengharungi hidup...jgn kau biarkan aku hanyut oleh cinta dunia..cinta sesama manusia..tp kau berilah aku cinta MU pada ku untuk aku kuat menghadapi pahit manis dlm hidup ku..pergila..pergilah dlm hidup ku..YA Allah, jika ini ketentuan dr Mu, aku redha..aku pasrah..terima kasih Ya Allah, atas kekuatan yg engkau berikan pada ku...



Untukmu Wanita

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

(Ini Sahabat-SahabatKu Yg Tersayang)

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah

Wednesday, September 2, 2009

Persoalan dalam Buletin Tagged

Soalan: Manakah lebih mudah BERBASIKAL ATAU BERAGAMA??


a) ALLAH dan Rasul yg tahu..**(JAWAPAN YANG TIDAK HARUS DIPILIH)**


b) Ntah la,malas nak fikir... cikgu aku xpenah ajar pun bab ni,, kalau aku bagi pendapat atau jawapan pun bukan ada adiah..kedekut betul mamat ni,,
**kalau dah spesis penyakit malas ni,xleh wat per dah -ed-**


c) Sudah tentu berbasikal,boleh dikatakan s
emua orang pandai berbasikal.Kanak2 umur 4tahun pun sudah mahir menguasainya..Tapi kalau agama berapa ramai yang kanak2 yang boleh beragama?Malah bukan sahaja kanak2,orang dewasa pun belum tentu boleh membawanya.. Tambahan sekarang,zaman moden akhir zaman.. Mereka yang boleh baca Al Quran pun tak ramai,yang boleh baca pula tak mahu amalkannya..
KEPUTUSAN MUKTAMAD "BERBASIKAL LEBIH MUDAH DARI BERAGAMA"
** Sabar2 -ed- **

d) (xsetuju dengan jawapan c)..Beragamalah lebih mudah... semua orang tidak kira peringkat umur boleh beragama dan tidak seperti berbasikal hanya terhad kepada orang2 tertentu sahaja. Orang buta,orang yang tiada kaki dan tangan tidak boleh berbasikal... dan mereka2 yang buta,pekak,bisu,cacat atau apa2 pun keadaan fizikal mereka masih boleh beragama.. Kanak2 berumur 4tahun boleh beragama dengan tahap agama umur 4tahun. Mereka yang tak mampu baca Al Quran masih boleh belajar dan itu juga dikatakan agama..
KEPUTUSAN MUKTAMAD BERAGAMA LEBIH MUDAH JIKA KALIAN MAHU BERAGAMA!!!!!
**??? -ed- **

e)**boleh sertakan jawapan sendiri (tidak melebihi 18juta patah perkataan)**


(PERINGATAN: SETIAP JAWAPAN TIDAK DISEDIAKAN HADIAH..SEKIAN TERIMA KASIH)
** sama2 -ed- **


salam...

muhammad islam apakhabar...first baca buletin rasa keliru lak..apa sebenarnya muhammad nak ni..tp jawapan dia bergantung kat kite kan.kte nak pilih berbasikal atau beragama...mana lebih mudah? right?

pd lia laa...(ni nickname aku kat ruangan tagged ) berbasikal tu mudah kalau ada keinginan, hasrat, cita-cita dan ada perasaan utk mencuba dan belajar pasti akan jd mudah..

beragama pulak, mudahnya kalau kita sendiri lahir sbg islam..keluar dr rahim ibu sebagai muslim..mudahkan..kita insan terpilih utk menjadi penganut yg beragama islam...cuma nya, islam pada nama blm tentu kita islam pada hati dan amalan kita..kalau kita ikut pada semua perintah Allah dan meninggalkan larangannya, semestinya kita dikatakan yg beragama tp mudah atau tidak terlalu subjektif...sesetengah org ujian berbeza dr Allah tp andai kita tahu setiap ketentuan itu dtg dr Allah pasti kita tidak akan merasa beban kan..bukan ke Allah tidak akan menguji umatnya melebihi kemampuan umat-Nya sendiri..

huh!!terima kasih (maaf kalau pndpt sy awak tak fhm..itu cuma pndgn sy)...tQ...

TV 9 di hatiku, Al-Quran sumber kekuatan ku


Salam..:-)

Harini cam biasa pagi2 aku akan dok terpacak depan tv 9 nak tengok segment Tanya lah Ustaz...arini topik perbulan pasal Nuzul Al-Quran atau Turunnya Al-Quran. Before tu, Uztaz yg jadi host arini tadi mulakan dgn mukadimah apa itu Nuzul Al-Quran dan bila ia nya berlaku..aku pernah baca dalam Al-Tafsiran serba sedikit pasal ni...alhamdulillah sekurang2nya aku tau sejarah turunnya Al-Quran dan aku percaya setiap dalam Tafsir Al-Quran itu pasti ada menceritakan sejarah Nuzul Al-Quran. Ok lah memandangkan aku takut aku ada tersilap dr segi pengetahuan pasal Nuzul Al-Quran so aku petik lah sedikit mukadimah berkaitan Nuzul Al-Quran dr Blog Nukilan Jejari Azhad..terima kasih kerana info yg disediakan..then sy nak kongsi pulak d blog sy...



Petikan ini sumber dari JAKIM

17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dala
mnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan m
ereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Qu
ran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Al-‘Alaq:1-5)

Ditulis oleh Dr Samsu Adabi Mamat, Jabatan Pe
ngajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.



Justeru, Al-Quran adalah satu mukjizat yg teragung dan terbesar dari Allah s.w.t kepada semua umat nya..aku sendiri sehingga kini masih membaca, memahami seterusnya mengkaji Al-Quran. semakin hari aku merasakan Al-Quran adalah sumber kekuatan utk aku..di mana-mana jua akan ku bawa bersama..percaya lah kalian, sesungguhnya Al-Quran itu terlalu besar nilainya yg tiada tandingannya..

InsyaAllah aku akan try upload satu software Tafsiran Al-Quran dalam bentuk Excell utk dikongi bersama..mudah2an dgn sumbangan yg sedikit ini dpt kita sama2 membentuk peribadi mulia dgn izin Allah...

Tuesday, September 1, 2009

seketika....

kejap tadi aku dpt mesej dr seseorg...entah la..aku tak tau..dia cukup baik dgn aku..walaupun aku tak kenal dia secara real..tp dia selalu memberi aku nasihat, peringatan dan ilmu2 keagamaan utk dikongsi bersama..dia cukup sempurna sebagai lelaki. cukup lengkap dan cukup package utk dijadikan calon suami kepada seseorg wanita..antara aku dan dia cuma kawan..blh jgk dikatakan seperti abg dan adik..dia jgk sedia maklum bahwa aku sudah memiliki calon suami..namun kadang kala terlintas di benak fikiran ku, perasaan utk cuba membantu nya..memberi kebahagian utk nya dgn cara apa skalipun..sbg adik, aku cuba utk menolongnya...memberi kata2 semangat utknya terus berjuang utk berperang dgn penyakit yg dihidapinya..dia cukup baik..pernah skali dia call aku masa aku d kampung, dia bacakan zikir dan seluruh ahli keluarga aku dengar melalui telefon..sungguh merdu dan syahdu..d kala malam dia selalu mengirim kan SMS nyer supaya aku menunaikan solat sunat tahajjud..semua peringatan dan nasihatnya aku ambik sebagai ilmu yg tak mungkin aku perolehi dgn mudah..



namun kadang kala aku takut, aku takut bila tiba2 dia mengatakan hatinya teringat pada ku..dia benci perasaan itu..pada ku jika itu sebagai tanda dia mengingati ku sebagai sahabat mahupun adik tidak mengapa tp andai sebaliknya....aku jd gentar..apa yg aku lalui dalam hidup cukup membuat kan aku sedar..aku tidak ingin utk memberi atau menaruh harapan pada mana2 lelaki yg aku kenal cukup lah sekadar teman atau sahabat..kadang kala aku jadi tak keruan...hidup tak bersosial terasa sunyi malah kita perlu utk bersosial..aku cuba menjaga batas2 pergaulan ku.aku cuba utk menjadi muslimah yg patuh pada agama, yg ingat pada pesan org tua ku, yg mendengar nasihat dr abg2 serta kakak2 ku.



di lubuk hati ku, hanya doa mampu ko panjat agar sahabat2ku dikurniakan kebahagiaan..diberi kegembiraan dan persahabatan ini akan tetap terjalin sampai bila bila...terima kasih sahabat2 ku...

Coretan Hari Ini (Ramadhan 12)

salam... :-)
hari ni dah puasa ke-12 kite sebagai umat islam meraikan bulan yg penuh berkat dr seribu bulan..pejam celik pejam celik kita pasti takkan merasai detik menjelang nya raya dah dekat..cemana persiapan raya u all..hehehe mcm lh ramai aku punyer follower dlm blog ni...tak per tak per..as long as sesiapa yg baca ni..rasa diri dia dihargai oleh aku pun jadilah kan...apa rutin u all time posa ni??

kalau aku pagi2 bangun dalam pukul 4 pg...sepanjang bulan posa ni aku jarang masak, biasa kak yna iaitu housemate aku yg dah bangun masak. lagipun bukan makan bnyk pun..kadang2 aku cuma minum air suam. kalau nak makan pun aku makan sepotong nugget atau kurma then dah..pastu aku akan tunggu azan atau dlm masa terluang tu aku gosok baju aku dulu utk aku pakau keesokan harinyer utk g kerja...maklumla hidup bujang heheheeheh...then aku akan mandi before solat subuh sebab dah rasa ceria kan...pas solat subuh jer aku akan baca Quran seperti rutin2 aku pd hari biasa..then kalau ada masa lagi aku akan bukak Tafsir Al-Quran utk aku baca atau memana buku keagamaan yg perlu aku baca..maklum lah ilmu terlalu cetek..ilmu mesti penuh di dada kan baru hidup diberkati..baru dpt jalan kan amalan sepertimana yg disarankan oleh agama kita...

then pagi dalam 6:30pg aku akan tengok TV rancangan Tanyalah Ustaz kat TV 9.. aku n housemates aku suka tengok ni. segala kemuskilan dalam bulan ramadhan sumernya terjawab dalam rancangan ni..terima kasih TV 9 kerana memberi input yg berguna & bermanfaat kpd semua umat...

then dekat2 pukul 8pg aku akan pergi kerja sekali dgn housemate aku eira yg merangkap officemate aku jgk and anie yg jiran d tempat aku kerja merangkap roomate aku..so bertiga2 akan ke ofis menaikan kereta milik ira...

4:30 pm masa utk balik kerja tp biasa kiteorg balik pukul 5ptg jer sebab nak tunggu anie pulak..sampai rumah so memasingla buat persiapan utk berbuka. kekadang aku n kawan2 singgah g bazaar jap...ni yg syonok...membuatkan aku rindu nak g bazaar kat miri..mesti kat sana lagi happening aku kira..tp tak kisah la yg penting tak membazir...

and arini aku kelam kabut sikit buat kerja yg URGENT but alamdulillah Allah permudahkan mudah2an kerja aku takde masalah..dekat2 kol11 pg aku dah settle..then pastu aku g nular pulak nak edit pic..ni memang penyakit aku...suka mengedit gmbr...hehehehe..yer arr..dah la penat otak baut kerja..aku buat la selingan jap...hasil nya.aku buat ala2 kad ucapan raya..ha ni dia..aku bg kat u all semua ekk...harap2 maaf yg ku pinta di terima.. :-)




Ala Kadar Jer

Actually, aku nak post article ni, ni kawan aku yg bagi so ada baiknya aku post kat sini sebagai ilmu utk kite kongsi sesama kan...sekurang2nya kite yg jahil ni dpt jugak serba sedikit ilmu pengetahuan.


Ingatlah saudara-saudaraku...

Kita hidup hanya sekali,

Pastikan hidup yang terbaik,

Hidup tidak harus takut mati,

Takut mati, jangan hidup,

Takut hidup, mati saja........

Semasa kita dilahirkan,

Kita menangis dan orang di sekeliling kita tersenyum tawa,

Teruskan kehidupan dengan banyak berbakti,

Agar bila kita mati nanti, Kita bakal tersenyum,

Dan orang di sekeliling kita pula yang akan menangis.........


Dan ini ...


Doa khusus di Malam Lailatulqadar


Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku." Terdapat juga beberapa doa yang disarankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Monday, August 31, 2009

Alamak...!

7:31pm…harini ni dah posa ke 10…haaaa sedih aku dah tak leh posa..skrg ni housemate aku g masjid solat traweh…sorg lagi belum sampai2 dr kampung and sorg lagi g makan kat luar…skrg ni aku tengah berborak dgn mak aku thru phone.rindu nyer aku kat mak…borak punye borak tak sangka dah dekat sejam aku bergayut. Maklumlah 3 hari aku tak dgr khabar dr keluarga aku terasa rindu sangat nak berkongsi cerita…topic mlm ni aku dgn kakak aku cerita pasal persiapan raya…nak buat kek apa, biskut apa, nak tambah apa and itu ini..bnyk lah. Yg pasti raya tahun ni konsep sederhana. Lagipun ni tahun pertama kita raikan raya tanpa ayah..sedihnya..

Hmm..kali ni aku nak citer pasal apa yg berlaku kat aku sepanjang 3 hari ni…sabtu lepas aku, eira & anie pergi kk..anie nak balik ke rumah dia maklumlah ada cuti 3 hari gunakan lah masa yg ada utk meraikan puasa bersama family..aku & iera pulak saja plan nak jalan2 jer. Cuma yg klakar…n yg tak best nyer..masa kiterog dah sampei kat jeti…aku konon2 nak candid anie yg tengah Q beli ticket, tengah raba2 carik handphone..carik sumer dlm beg, pocket apa sumer…alamak..handphone aku!!!!! Tertinggal!!! Ouchh!! How come???aku jadik tergamam seketika..handphone aku la..nda da aku bawa …itulah perkataan aku sebut..aku cepat2 pinjam phone kawan aku utk call amie, kawan kepada si iera kalau2 dia masih sempat ambik phone kat rumah..klakar la.dah lah mak jah jer yg stay kat rumah, amie pulak lelaki tak biasa dgn mak jah..nak tak nak amie pergi jumpa mak jah kat rumah semata2 nak amik handphone aku..ohh kesian nyaa..

Ni jer yg sempat amik gmbr b4 tau h/p aku tertinggal...

But at last…aku still x dpt handphone aku..tak sempat.. masa tu aku ckp gak kat org2 yg jada feri aku masih tunggu kawan, tp bila tengok keadaan feri org pun dah ramai takkan aku nak fery tu tak gerak semata2 kerana aku..last2 aku ckp tak per laa…masa fery tengah gerak amie call bgtau sikit lagi dia nak sampai…tp syg feri dah gerak..aku nampak kelibat kereta amie dtg tp tak sempat melainkan dia berenang..

Masa tu aku rasa hidup macam sebatang kara..sebab tu aku takda gambar nak attached kat sini..aku takda handpone.dua2 tertingal kesian dgn aku…sob sob sob :-(

Dah tu…satu hal lagi..glasses aku..glasses aku rosak…tak blh nak pakai lagi dah..nak tak nak sampai kk jer aku buat baru…tu pun power dah naik..ahhh…3 hari aku tak pakai glasses kepala akupun pening..kesian lagi kat aku..aku berperap jer dlm bilik lau tak kuar g memana. Bukan aku tak nak dok kat ruang tamu Cuma aku tak biasa sangat dgn sepupu iera. Lagipun lelaki lebih ramai berbanding perempuan..lau nak join dorang aku kena tutup kepala lagi. Lagipun glasses aku tak da so aku nak tengok tv pun mata aku rasa sakit bila tengok silau..dgn handphone yg takda..aku Cuma mampu tito sepanjang masa lagipun perut aku sakit sebab tutttt...…hahhaaah…betul2 aku rasa hidup sebatang karaaaa…huhuhuhuhu..sungguh aku tak sangka….baru aku dpt rasa hidup tak ber handphone… nasib baek sebelah malam aku kuar makan jap ngan abang aku pas solat teraweh..aku solat terawehpun sesorang jerk kat bilik no one with me..tak per laaa…tu pun aku kena tocer oleh abang..sebab dia sesat nak carik rumah..hahhahaha…apa tak..aku Tanya kawan aku apa nama tempat ni, dia cakap block seraya G, tp aku type Serayaji….aku mana tau..dahtu abg ckp 5 minit lagi sampai n abg aku tu memang jenis yg sharp n on time…dr dulu2 memang dia macam tu tak blh lambat tp baik hati..akulah adik dia yg paling manja n dia slalu nak marah sebab nakal...tak blh nak lmbat 25 saat dia pasti marah punyer…tunggu punyer tunggu aku rasa lenmacam jer so aku tanyer lah block apa ni kat kawan aku…dia ckp block G..hah!! block G.so makna nya nama block ni seraya G..adoi…mampus aku..patutpun masa mula2 dia sebut seraya G aku tergamam macam tak pernah dgr, aku cakap serayaji ker serai wangai...hahahah...aku oh aku..pastu, last2 dpt mesej dr abg ckp dia tunggu kat luar jalan sebelah public phone..dah lah hujan…aku pun redah jer nasib bek kelibat hilux abang aku nampak dan tak jauh sgt abang park…masuk kereta aku kena marah :-(…..tp aku tetap nak pertahankan kenapa..dan dah tau org marah aku tanyer lagi "so abang marah lah tok???" Soalan bikin panasssss hahaahahah…jahat nyer aku…..isk perangai tak ubah dr dulu2 abg ckp..and aku tetap jawab dah berubah la..dah kurus dah skrg...abg tergelak...harharharhar..:p~~ tp marah2 abg kejap jer pun…pastu gelak balik…pastu nak carik tmpat makan pulak..aku nak tmpt yg sedap n happening sket..carik punyer carik aku jmpa satu tmpt tp taktau restoran tu halal ke tak.maklumlah rabun ayam mana aku nampak..so kiterog try n errow..aku soh abg g tengok2 dulu..alamak..ada Carlsberg, ada org main dart…comform2 ler tmpat tu happening…n tak halal..so patah balik..last2 makan jer restoran melayu. Memandangkan hujan aku nak makan sup…wow!! Sedap….nak dtg lagi lah sini…kalau abg blanja laa hhahahahah..thanks abg.. :-)

Dah tu arini kiteorg balik..tu pun kena speeding sebab takut tertinggal feri or speed boat. Alhamdulillah dlm jam 5ptg sampai jeti menumbok still ada boat laju…aku n eira naik boat laju la…memandangkan dah petang…lau naik fery alamatnya mlm baru smpi..smpai jerk labuan amie dah tunggu..benda pertama aku Tanya handphone aku…dua2 handphone habis betry..aku paksa on dpt gak…tupun aku charge kejap kat laptop....waa…ada bnyk mesej…abg aku call 11 kali..kakak aku call berkali2…adik aku mesej..kawan2…hubby pun ada wish merdeka..so sory…tak bls…then terus g UMS KAL, konon nak makan saner jer utk berbuka..tp kecewa restoran tutup pasal tengah renovate..hurrmmm..last2 balik rumah..terus azan…akupun join berbuka puasa ..

Then baru jap tadi Faizal lak called..hampa dan kecewa sebab aku tak wish bebday dia semalam..dia baru jer habis celebrate birthday dia..dia call2 aku tak dpt2..alaaa…sorry..handphone takde betry…aku citer pasal ni..punyerlah dia gelak…jahat awak ekk…babap kang baw taw!!!hahahaha..niway happy belated birthday fren..dyg pun sama..happy belated birthday..smoga pnjg umur kalian berdua…syg kalian my fren…:-)

Ok lah akupun dah penat…aku nak rehat….sorry lah utk kawan2 aku yg kat kk aku janji nak buka posa ngan korang tp aku tak dpt nak contact korang tak tau number…insyaAllah ada jodoh n rezki kita jumpa lagi…

Gamabr pun aku takde nak attached…so sad..orite aku nak tito..salam ramadhan salam pebuh ceria dr aku..

Jumpa d entry seteresnya ok… ROGER!

Thursday, August 27, 2009

Renungan Utk Wanita Solehah



Ni abg adie yg bagi ..thanks a lots abg :-)

WANITA SOLEHAH….

SENANTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH

BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH

INILAH WANITA SOLEHAH
TIDAK MEMBIARKAN DIRI
MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA....
MENYEJUKKAN MATA.....

DIRINYA TENTERAM
MEMBIARKAN HIBURAN
KIRANYA IA SEORANG ISTERI
KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI

SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HaDAPAN SUAMI
SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA
LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA
MEMADAI DENGAN APA YANG ADA
TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA
MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI
HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA
MENJADI KEKUATAN JIWA
UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA

NATIJAHNYA,
LAHIRLAH JIWA SAKINAH
BERNAFSUKAN MUTMAI’NAH.

Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah



Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...