Saturday, March 7, 2015

Birthday Azeem & Aalia (7 & 9 tahun)

Assalammualaikum (",)

Alahai dah nk sebulan berlalu baru nak post? Apa barang la.....

Hehehe... ni pasal celebrate birtday Dedek yg ke_9 tahun & Azeem yg ke_7 tahun. Date birthday on 17 & 19 Feb. Cuti CNY kan so happy lah.....

Aku just buat chocolate cake moist kukus utk dorang berdua. Resepi ada di  SINI. Pastu kakak ipar mintak tolong masakkan mee goreng / mee mamak version aku. Resepi terdahulu ada SINI

Seronok tengok budak budak ni happy...jom layan...  (°_______°)

Happy birtday anak buah Ibuk :-)

Abaikan kek yg comot tuh....hihihi

Aleesya potong kek comot

Mee goreng tengah di masak...



Ok itu jer...... babaiiiii

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°


**Muhasabah**

Sibuk kejar kehidupan. 

Kerja sepenuh masa. 

Rindu orang itu, orang ini. 

Cemburu orang itu dengan orang ini. 

Bincang pasal nikah. 

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. 

Tak risau sangat solat lambat. 

Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. 

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. 

Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. 

Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. 

Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,

"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."

Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."

Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.

Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. 

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.

Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. 

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.

Malaikat maut menjengah lagi.

Tiba-tiba terdengar azan. 

Tengah syok online ni. 

Tengok jam. 

Awal lagi. 

Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! 

sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula.

Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. 

Itu Alhamdulillah solat. 

Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu? Malaikat maut ziarah lagi.

Nasib tak nampak je malaikat maut tu. 

Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. 

Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.

"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi "

Baru nak tutup mata, nak tidur. 

Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.

"Nak apa?"

Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.

"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"

Tergamam.

Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. 

Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.

Mati mana boleh tangguh lagi. 

Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. 

Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. 

Macam mana ni. Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.

Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. 

Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. 

Tunggu masa nak ambil nyawa. 

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. 

Tapi.... semuanya dah terlambat.

Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. 

Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? 

wahai shabat2ku... 

Tepuk dada, tanya iman.

Assalamualaikum wbt.

‪#‎moga‬ pkongsian ini ada mnfaatnya

Thursday, March 5, 2015

61. Kek Chocolate Moist Kukus

Asalammualaikum (",)

Okeh...aku lupa nak update resepi ni padahal dah lame duduk dlm henfon aku nih.... maaf maaf maaf yer cik akak cik adik semua hihihi :D

Xmo ckp bnyk kite terus p resepi simple ni. Ok siapkan bahan dulu. Kalo xdak p beli sat........

Aku lupa aku refer blog maner tp ingat jugak lah resepi nya

Bahan2

Bahan utk dimasak
******************
1 tin susu cair
200g minyak sayuran
250g susu pekat
100g serbuk koko

Bahan sampingan
*****************
4 biji telur
250g kastor
150g tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder

Cara2
1) Campur semua bahan masak dan dimasak dgn api perlahan hingga licin. Tak perlu sampai menggelegak

2) Pukul telur hingga kembang. Tuangkan adunan yg dimasak ke dlm adunan telur. Satukan adunan ke dlm mixer. Akhir sekali masukkan bahan kering sedikit demi sedikit hingga sebati. Kukus selama 1 jam atau hingga x melekit apabila dicucuk dgn lidi.

Note
°°°°°°
Lanserkan minyak pd loyang dan aluminium foil spy kek yg masak tidak melekit

RESEPI CHOCOLATE GANACHE
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
150g cooking coklat
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar minyak

Masak semua dgn kaedah double boiler. X perlu mendidih cukup sekadar cair. Tunggu sejuk sekejap dan tuang atas kek

Boleh jugak ditabur chocolate rice ko suka *,*


Comot...tp rasa wallahhh..lemak.lemak gittew


 Asal gambar ni mcm terbalik jer..

Nampak luka sikit kat kek tu terkena aluminium foil

 Ni nak buat chocolate ganache




Aku tambah cheese cream sbg frosting

Bahan2
*******
250g cream cheese
50g gula aising

Putar hingga sebati. Dan paipkan atas kek.


**** HAPPY BIRTHDAY TO HAZEEM AAMIR & AALIA HAZIRAH ****

Semoga kalian membesar dgn sihat, dimurahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat. Ameen ya rob


°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Seorang bapa berkata kepada anaknya, "Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar? "

Jawab anaknya, "Macamana masuk neraka kena bayar?"

Jawab bapanya, 
✅ Bukankah nak berjudi kena bayar? 
✅ Bukankah nak minum arak kena bayar? 
✅ Bukankah nak merokok kena bayar? 
✅ Bukankah masuk pub kena bayar?
✅ Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?

Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma.  Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak. 

✅ Jika nak solat, kita tak perlu bayar 
✅ Jika nak puasa, kita tak perlu bayar 
✅ Jika beristighfar, kita tak perlu bayar
✅ Jika berzikir, kita tak perlu bayar 

Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma. 



Our New Baby Kitten, Vios

Assalammualaikum (",)

Nak dijadikan cerita, belum lama kematian Kadai, kami dikunjungi oleh 2 ekor baby comel + the mummy

Sangat sad tetiba jatuh dr siling bilik air. Nasib baik ler masa tu kakak aku x on washing machine...kalo x, x pasal pasal jd cerita ngeri kan

We all pon x tau ni kucing sape. Yg sedihnya emak kucing ni takot manusia so dia langsung x sudu kan anak dier...kesian kat baby....dan yg sedih keesokan pg nya seekor dah mati. Ya Allah smlm mmg rasa nk bawak p klinik tp dah lewat

So sekarang ni tinggal si Vios. Itupun dah bnyk dugaan dia. Pertama lemah selepas jatuh dr siling. Klo kite manusia ni pun mmg ade yg crack tulang :"( jatuh tertiarap mcm tuh...

Then dihinggapi kutu dan ada luka terkoyak dkt celah telinga. ALLAHU Akbar. Tempat tu pulak bernanah.

Ketiga, inner bleeding. Masa kakak aku tengah bersihkan dier darah bnyk keuar dr dubur T_T. Rupanya ada bleeding

Lagi....berlubang kat bawah dagu.aduhh...aku nak bawak pergi klinik tp masa tu dah mlm.siyes aku x penah bawak kucing pergi klinik.biasa rawat sendiri. Aku bagi ubat cuci, dan gamat tp yg sapukan kakak aku. Alhandulillah telinga yg luka dah kering. Tinggal nak bersihkan nanah dan sembuhkan lubang yg bawsh dag je lg. Aku harap kucing ni akan sembuh. Besar harapan ku dan kakak ku T_T


Comel sgt. 5/3/15

Lepas beli sangkar nampak lbh selesa tp rupanya dia menderita dgn luka dalaman


5/3/15 usaha merawat sedang dijalankan. Baik je d suruh baring dia akn baring


Kakak main....

Masa kali pertama dijumpai.

Keadaan tempat baby jatuh bersama emak nya T_T

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
 ..15 Hikmah Sakit
1. Sakit itu dzikrullah.
Mereka yang menderitanya akan lebih sering dan syahdu menyebut Asma ALLAH di banding ketika dalam sihatnya.
2. Sakit itu istighfar.
Dosa-dosa akan mudah teringat, jika datang sakit. sehingga lisan terbimbing untuk mohon ampun.
3. Sakit itu tauhid.
Bukankah saat sedang hebat rasa sakit,kalimat thoyyibat yang akan terus digetar?
4. Sakit itu muhasabah.
Dia yang sakit akan punya lebih banyak waktu untuk merenungi diri dalam sepi,menghitung-hitung bekal kembali.
5. Sakit itu jihad.
Dia yang sakit tak boleh menyerah kalah,diwajibkan terus berikhtiar,berjuang demi kesembuhannya.
6. Bahkan Sakit itu ilmu. Bukankah ketika sakit,dia akan memeriksa,bertanya pd yg tau dan pada akhirnya merawat diri untuk berikutnya ada ilmu untuk tidak mudah kena sakit.
7. Sakit itu nasihat. Yang sakit mengingatkan si sihat untuk jaga diri,yang sihat hibur si sakit agar terus bersabar,ALLAH cinta dan sayang keduanya.
8. Sakit itu silaturrahim. Saat jenguk, bukankah keluarga yang jarang datang akhirnya datang memjengah,penuh senyum dan rindu mesra? Karana itu pula sakit adalah pengerat ukhuwah.
9. Sakit itu penggugur dosa. Barang haram tercelup di tubuh dilarutkan di dunia, anggota badan yang sakit disembuhkan dan dicuci-Nya...15 Hikmah Sakit
1. Sakit itu dzikrullah.
Mereka yang menderitanya akan lebih sering dan syahdu menyebut Asma ALLAH di banding ketika dalam sihatnya.
2. Sakit itu istighfar.
Dosa-dosa akan mudah teringat, jika datang sakit. sehingga lisan terbimbing untuk mohon ampun.
3. Sakit itu tauhid.
Bukankah saat sedang hebat rasa sakit,kalimat thoyyibat yang akan terus digetar?
4. Sakit itu muhasabah.
Dia yang sakit akan punya lebih banyak waktu untuk merenungi diri dalam sepi,menghitung-hitung bekal kembali.
5. Sakit itu jihad.
Dia yang sakit tak boleh menyerah kalah,diwajibkan terus
10. Sakit itu mustajab doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang sakit lalu minta didoakan oleh yang sakit.
11. Sakit itu salah satu keadaan yang menyulitkan syaitan. Diajak maksiat tak mampu tak mau dosa,lalu malah disesali kemudian diampuni.
12. Sakit itu membuat sedikit tertawa dan banyak menangis,satu sikap keinsyafan yang disukai Nabi dan para makhluk langit.
13. Sakit meningkatkan kualiti ibadah,rukuk-sujud lebih khusyuk,tasbih-istighfar lebih sering,tahiyyat-doa jadi lebih lama...15 Hikmah Sakit
1. Sakit itu dzikrullah.
Mereka yang menderitanya akan lebih sering dan syahdu menyebut Asma ALLAH di banding ketika dalam sihatnya.
2. Sakit itu istighfar.
Dosa-dosa akan mudah teringat, jika datang sakit. sehingga lisan terbimbing untuk mohon ampun.
3. Sakit itu tauhid.
Bukankah saat sedang hebat rasa sakit,kalimat thoyyibat yang akan terus digetar?
4. Sakit itu muhasabah.
Dia yang sakit akan punya lebih banyak waktu untuk merenungi diri dalam sepi,menghitung-hitung bekal kembali.
5. Sakit itu jihad.
Dia yang sakit tak boleh menyerah kalah,diwajibkan terus
14. Sakit itu memperbaiki akhlak,kesombongan terkikis,sifat tamak dipaksa tunduk,pribadi dibiasakan santun,lembut dan tawadhu.
15. Dan pada akhirnya sakit membawa kita untuk selalu ingat mati. Wallahu A'alam...

Masih menunggu

Assalammu'alaikum (",)

tajuk masih menunggu..menunggu aper ? ceng ceng.... sebenarnya aku salah seorang calon simpanan utk Penguasa Kastam W41 yg join exam October, dan interview November 2014 aritu...sekarang ni sesi 2015 tengah training utk batch pertama. so tak tau untuk aku dan kawan aku Senn di Sabah ade tak rezeki. innshALlah ade kan...so arini tadi nak cek SPA tp web nyer "error loading". maybe tengah update ko. hopefully ada peluangkan. sape tak nak kan bidang baru. mesti banyak benda yg akan dilalui, diperlajari, pengalaman dan sbgnya.....

kpd yg turut menjadi calon simpanan atau pernah interview ker atau dah berjaya tu rajin rajin lah komen yer....



Satu hari error...mungkin kah ada berita baik... °,°



Wednesday, March 4, 2015

Familia Day (p.i.c.n.i.c) !!!!

Family Day

Assalammu'alaikum (",)

1 march we all pergi picnic... a bit geram jugak le dgn adik adik aku..punyer lah aku WeChat adik adik aku ehh esok picnic..anyone wanna join.?? senyap seribu bahasa... ok..anggap jer takde yg perminat. pung pang pung pang buat kerja rumah, jalan kejap then mlm tido...tet tet tet tet...wechat berbunyik..eh sapa pulak ni.... dpt gmbr sayap ayam dan tongken ayam yg di perap...wei.....tokrang tok...sfsf*&^$&*#&$ aku bising....rupanya last minutes nak pergi...stresss nya rasa dah lah aku tak beli apa apa ...ok fine esok aku carik ada ada dlm peti ice...









Pagi....awal lepas subuh terus g dapur ni..mencari apa yg ade...ahhh semua takde even mee...so ??? haaa maggie...buat maggie goreng ler..alamak telur pun baru habis semalam...aiyoooo...apa aku nak bawak ni...ceng ceng ceng....aku tengok NOXXA presure cooker aku...okeh...ni yg bagus ni....mak kamek masak nasik goreng lok (mak saya masak nasik goreng dulu).. dengan hanya 7 minit + 2 minit basuh dan panaskan periuk tu nasik aku masak...aper lagi...siap nasik goreng ala Cart aku...hhahahahaha










pung pang pung pang..siap 7:30 pg bertolak...orite kereta aku, aku sumbat budak budak semua. kami yg sampai dulu tau... kita bahagikan tugas memasing. ade yg sediakan tempat BBQ, ada yg kemas alas tempat duduk, ade yg guide budak budak main pasir.... yehoooo...... aleesya siap buat kek ihihihi...nasib baik awal, kalo tak full dah beach tu....yeahhh...ni hasil picnic we all.....


Ok, payung ditaja oleh Petronas
Venue: Esplaned Beach
Hahhahaha.....

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Ya Allah ya Rahim, terima kasih kurniakan aku keluarga yg bahagia. Syukur alhamdulillah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ
ِYa Allah Tuhan Seru Sekalian Alam...
Tiada henti mengucap syukur kehadrat-Mu, atas segala nikmat dan barakah yang telah Engkau berikan kepada kami.
Ya Allah Ya Jalilu,Tidak ada yang dapat menghalangi daripada apa yang Engkau berikan, dan tidak ada yang dapat memberikan yang Engkau halangi.
Ya Allah,
Engkaulah Yang Maha Sejahtera, kepada Engkaulah kami mengharap kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dalam keadaan sejahtera. Masukkanlah kami ke dalam syurga sebagai tempat kesejahteraan yang telah Engkau berkati.
Ya Allah Ya Ghofur, Ampunilah kami, kasihanilah kami, luaskanlah dan angkatlah darjat kami, limpahkanlah rezeki kepada kami. Berilah kami petunjuk dan kesihatan, berilah keampunan kepada kami.
Ya Allah,
Hanya kepada-Mu kami berpasrah diri
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

____________________________________________

"Aku merasakan getirnya bangun malam selama 20 tahun. Aku kemudian merasakan manisnya bangun malam 20 tahun berikutnya." - Thabit al-Bunani


Oh! Bubok

Assalammu'alaikum (",)

Kalo kat Sarawak bubuk ni femes bila time musim. kalo di semenanjung org panggil Udang Gagau ekk?? ni feveret encik hubby. kalo jumpe ni mesti dah tak pandang benda lain dah...sekarang ni musim..biasa Feb-March setiap tahun dan Miri sgt bertuah dgn limpahan rezeki ni.. bubok ni boleh buat

1) cencaluk, cicah dgn ulam ulamam spt timun, salad, pegaga. tambah cili api, bawang merah dan limau sikit pun dah OK sangat

2) bubok kering - dijemur dan dibiarkan sehingga kering. boleh dimakan dgn menggorengkanya bersama bawang dan cili merah/hjau

3) cucur bubuk -  yg masih fresh dibuat cucur dgn menambah tepung gandum, cili, bawang merah, bawang besar, sedikit gula sudah memadai dan Goreng.......cicah Sos Cili...perghhhhh!!!

4) belacan - paling high demand sebab belacan mahal. harga termurah bubok di Miri sekitar RM10 utk 12 kilo. ada jugak RM5 utk sekilo. asalkan rajin utk menumbuk dan menjemur serta berpanas jadi negro opppsssss :)


Utk tahun ni, emak dan kakak aku xde buat belacan. penat kot..kite buat cencaluk dan cucur ajer...





 bubuk fresh...

 cencaluk...

 bubuk yang digoreng

 cucur bubuk.

----------------------------------
gambar lain nanti yer... hihihi


Mama & Aleesya Chicken Pox!!!!! :'(

Assalammu'alaikum

Hari ini 3/3/2015, aku mcm biase kerje. Tp aku bengang dgn pc aku dah nak sebulan kot masih x o.k lg.....jenuh menunggu IT we all...... kalo lah aku pandai kan....hisshhhhh.....malas fikir pasal tu..sambung pasal cerita arini

Dalam jam nak nak pukul 9 pg macam tu, abang aku mesej melalui whats app kat group family. Dia sent gambar kakak Aleesya x berbaju. Ingat kan aleesya lepas mandi saje saje abg snap ker...rupanya badan kakak dah ditumbuhi bijih bijih halus kemerah merahan....oh no! Aleesya lena chicken pox....

Nak dijadikan cerita lbh kurang 3 minggu lepas aku pun kena 2nd time chicken pox. Mula mula ingat alergik dah tu yg kena tu pulak tempat yg jarang2 org kena kebetulan pulak dlm musim P....hmmmm.....alamak....mmg gawat lah kan..x tahan rasa sakit aku p klinik dr. ASIAH sbb kawan kata di pnh kena mcm alerrgik la...ok aku prgi awal....tp seawal aku dtg,  ade lg yg lbh awal. Sampai turn aku yg dah menunggu lbh kurang 1 jam setengah. Aku bgtau lah doktor apa masalah aku. ilang dah segan weyhhh......cek punye cek doktor sah kan chiken pox @kayap..... uwaaaaa.....risau wei......doktor kate ni sisa sisa c.p masa kecik kecik dulu. Mak ckp aku dah kena masa kecik..tu yg ada parut kat atas bibir tu...ingatkanlah c.p ni sekali je dlm hdp....so bermulalah rasa manis nye cp..... :'(
-
-
-

Tido x lena
Baring x kena
Pedih
Denyut denyut
Sakit
Gatal gatal
Cepat rasa nak marah.... &gatal gatal

Haaaaa.....semua ni ader hambik kau...pesan doktor lg...lps 20 hari akan ade yg dlm rumah yg lena c.p ohhhhhh no!!!!!


So aku kena makan:
10 biji ubat anti virus (5kali x 2 biji) selang 4 jam

6 biji ubat tahan sakit yg aku tengok nama nya Paracetamol, total 16 biji !

Ubat cuci 1 botol


Macam aper jer terpaksa telan banyak2 :'(

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

So hari ini.....
Kakak pulak yg kena. Dpt je mesej dr abang aku, aku terus nak balik jumpe aleesya dan bawak p klinik. Dapatlah ubat tahan gatal, ubat demam jika perlu dan pencuci serta antibiotik

 Kesian kakak, mujur x demam. Still active mcm biase

 Dah tumbuh. Dekat bontot pong ader...






Tapi kakak tetap aktif.......mcm xde apa apa jer pd dia. Mungkin masih baru kan...

Balik dr klinik aku terus cari buah kelapa sbb petua org tua tua minun air kelapa spy panas cepat keluar. pakai jalan hospital konon situ ade yg jual. maklumlah kebun sendiri dah xde terpaksalah beli kan. Tp xde rezki xde org jual. Last last pergi tamu dkt rumah aku nahhh berlambak hambek kau. Harga.RM3 to RM4 sebiji. Aku beli 2

Tapi sayang Aleesya x suke dan x pandai pulak minum. Katanye "tak dak air ni" (x sedap air ni) :"(

So..sbg rujukan, tanda tanda chicken pox dari pengalaman aku

1) berjangkit dr org sekeliling
Baik org dlm rumah atau pun tak. Dlm kes ni aku ler pembawa nyer. Doktor dah pesan dlm tempoh 20 hari akan ada ahli dlm rumah yg akan kena.

2) tumbuh biji biji menggelembung
Akan mula kelihatan disekitar tubuh badan termasuklah bibir, muka, hidung, kepala, hatta tempat sulit pun blh :"(

3) demam, x selesa, pening, panas, lesu dan perit, selesema dan batuk

Kalo kita google, sebenarnya c.p ni blh membawa bahaya. Tempoh pemulihan linkungan 2 munggu.

Utk lbh lanjut blh refer SINI

Info dari kawan aku yg duduk di Semenanjung, kat sini org kurang tau kot.. petua daun SEMAMBU pun bagus..so arini tadi mintak tolong seseorang innshaAllah ada rezki esok di bawakkan...

 sumber pakcik google



Utk anak mama Aleesya, semoga cepat sembuh sayang..

 Ni masa dlm kereta.....x lei nak keluar tau....quarantine

 Kat klinik

 Sebelum tau kena chiken pox

 Pujuk makan sambil buat homework...konon ler HW hihihi...

See... msh cergas.kat sini kelakar mak aku lalu lalang dia ckp apa..... "jgn jalan jalan sitok...licin tok......."

Hahhaahaaha....


Next Entry...nanti aku update yer... Doakan anak aku Nur Aleesya Amani ni cepat sembuh yer. TQ :)

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Antara 33 ciri-ciri gadis muslimah

1. Solat tepat waktu
2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
3. Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah,
4.alhamdulillah, insya-ALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
5. Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
6. Bercakap dengan rendah suara.
7. Lembut dan halus tingkahlakunya.
8. Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
9. Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
10. Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
11. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
12. Pandai mengambil hati orang tua.
13. Menghormati dan taat ibubapa.
14. Kesayangan keluarga dan tetangga.
15. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
16. Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
17. Rambut tak diwarnakan.
18. Banyak dan murah dengan senyuman.
19. Banyak mendengar dari bercakap.
20. Senyuman adalah ketawanya.
21. Tidak ketawa terbahak-bahak.
22. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
23. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
24. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
25. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
26. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
27. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
28. Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
29. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
30. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
31. Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
32. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
33. Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan

Wallahualam bissawab

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...