Tuesday, August 26, 2014

27. Sheperd's Pie

Assalammu'alaikum wth




Ahad lepas aku dah plan nak buat sheperd's pie. actully dah lame aku nak buat ni. siap beli aluminium plat konon nak bako dalam ni. sudahnya aluminnium tu guna utk membakar biskut raya...dan kakak aku dah buang dah sbb dah bnyk kali guna benda tu pun dah kemek and koyak...ok takpe takde masalah bg aku.

Sheperd's Pie ni mcm maner ekk...apa benda nyer..haaa ni dier...kita bukak kamus internet ekk. Maksud dia...jeng jeng jeng ...

"Cottage pie or shepherd's pie is a meat pie with a crust of mashed potato"

Maknanya dia kena ada daging dan kentang sbg bahan utama....faham? ooo senang jer la...cuma tak tau cara masak kan...meh sini mak nak ajar hahhahahha :D

Alrite resepi ni aku tak spesifik ambik dari blog sapa sapa tapi aku random goodle jer..janji aku faham konsep dia and step dia. bahan utk kali ni aku ikut apa yang ada jer...certain bahan aku lupa beli so aku tak bubuh ler...utk korang yang just nak try as a beginner blh lah cuba ni..tp kalo nak rasa extra SEDAP gittew cecepat google makcik makcik lain hihihihi...nak tunggu aku buat tak tau bile ....


Ok malas nak ckp banyak aku straight je lah ekkk

Resepi: Sheperd's Pie
Sumber: Campur-campur

Bahan untuk Inti

1 labu bawang besar, aku takde stok ganti dgn bawang merah
500gm minced beef
minyak/mentega
1 botol sos prego original/mushroom (aku xde stock), 
Sos tomato
Sos cili
Cili kisar
sosej 5 batang (ni saje aku tambah, takde sebenarnya)
jagung manis (tak mo pakai mixed vege sebab budak2 tak suka)
carrot potong dadu
tomato 3 biji
garam & aji
gula
===================================
Asingkan!

Kentang 1 kilo
mentega 2 sudu besar
Susu segar 100ml (aku tukar ke susu tepung sbb xde time tu)
garam
serbuk lada hitam
cheese (parmesan,cheddar,slice)

Cara-cara

Inti
Mula-mula panaskan mentega/minyak dan mula menumis bawang besar hingga naik bau. kemudian masukkan cili kisar dan minced beef. biarkan mereneh dan warna minced beef berubah ke warna pucat. kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos prego dan kaccau lagi. lepas itu masukkan sosej dan jagung manis. biarkan seketika. akhir sekali masukkan tomato dan carrot. tambahkan perasa seperti garam dan gula. bila rasa dah sebati and menepati citatasa, tutupkan api dan ketepikan

Untuk kentang.
Pastikan kentang direbus terlebih dahulu. bila dha masak tos kan dan lenyek ketika panas. kemudian kalo nak tektur lembut dan tidak berketul2 tapis kan setelah dicampurkan dengan susu. AWAS, jgn masukkan susu sekaligus. tuangkan susu sedikit demi sedikit sehingga lembut spt mashed potato kat KFC tu..nanti cair sangat lain pulak jadi nya. dan gaul sekali bersama mentega. kemudian tabur kan serbuk lada hitam. masa rebus kentang tu letak sikit garam yer.

Step Seterusnya....

Ambik bekas, mula mula tuangkan inti ke dasar bekas dan menutupi keseluruhan bekas. kemudian baru letak kentang yang dah dilenyek. buat sampai rata. ada dua cara, sama ada berhenti setakat tu jer dan sapu telur kuning kat atas nyer ATAU blh tabur cheese terpulang kpd uooolllss ya:)

kalo aku memei aku letak cheese......tp aku xde stok cheese parmesan! dan Bakar around 20min atau dah nampak mcm kekuning-kuningan..... :) Siap!

 Kupas kentang...lgi bnyk lagi best...!

 Rendam sekejap!

 Dah potong blh lah direbus sehingga lembut!

 Bahan utk inti....bnyk kekurangan bahan ni.....

 Sepatutunya bawang BESAR ya...

 dan terus mengacau....

 Inti dah siap!


 Kentang dah masak di Toskan!

 Chakkk! chak!!! chak!!!! lenyek kan dier...

 Tuang susu sikit demi sedikit

 Mula menabur inti

 lapiskan dengan kentang
taburkan cheese...alahai sikit benar cheese ni...!

Siap....

Komen aku ->Ermmm.....sedappppppp!!!!! tak dapat bayangkan kalo lg bnyk bahan bahan kan.....aper lagi...jom buat!!!! 

Saturday, August 23, 2014

27. Nasi Ayam Hainan

Assalammu'alaikum wth




Arini tadi aku spent masak utk Nasi Ayam Hainan. Nak masak ni sebab aku memang suka makan nasi ayam. dan aku memang suka cabar diri hehehe...So semalam aku pergi supermarket cari bahan-bahan semua. nasi Ayam Hainan ni femes kat Singapore. So akupun tak pernah lg pergi Singapore...makan kat Singapore Chicken Rice ade ler hahha...Jom tengok resepi ni... resepi ni dar kakak http://www.aziejaya.blogspot.com/ kagum dengan kakak ni dia mamang teror masak.... izin kak yer saya ikut resepi akak .. semoga Allah merahmati akak...

Resepi: Nasi Ayam Hainan
Sumber: Kak www.aziejaya.blogspot.com


Untuk AYAM
Satu ekor ayam
Serai 3 batang (aku tambah)
Bawang putih 6 ulas
Halia 4 inci (aku tambah sukatan)
Garam
2 batang daun bawang

Untuk NASI
4 pot nasi (direndam dalam 10 minit)
4 ulas bawang putih (aku tumbuk)
sedikit halia (ditumbuk)
2 sudu besar minyak lemak ayam @masukkan lemak ayam/kulit ayam
air rebusan ayam 4 pot (ikut banyak mana beras)
1/2 sudu kecil minyak bijan
sedikit garam

Untuk SOS CILI
1 susu besar air perahan limau nipis (aku lupa)
5 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 susu besar sriracha chili sauce (aku pakai sos cili kimball)
4 cili merah & 2 cili padi
sedikit halia
seidkit garam

Untuk SOS AYAM
1 sudu besar miyak garlic (aku tak letak)
1 susu kecil minyak bijan
5 sudu besar light soya sauce (aku pakai kicap masin kipSd udang)
11/2 sudu besar gula
5 sudu besar air rebusan ayam

Untuk HIASAN
1/2 cawan dark soy sauce (tak letak)
sedikit daun ketumbar (aku pakai daun salad)
1 timun


CARA-CARA

1) AYAM
Bersihkan ayam terlebih dahulu dgn melumurkan garam di luar dan di dalam perut ayam hingga bersih. kemudian bilas. lumarkan sekali lagi. masukkan halia, bawang putih, daun bawang dan serai ke dalam perut ayam. Rebus dalam air yg melebihi 1 inci darI paras ayam dgn api yg besar dan apabila mendidih perlahan kan api. biarkan selama 30 minit dan periksa paha ayam dgn lidi/chopstik utk memastikan ayam dah masak. tutup api, kemudaian rendam dalam air aiS bagi menghentikan ayam dr terus masak. kulit ayam juga akan rangup dan cantik.

2) NASI
Beras yang dah direndam perlu di tos kan dahulu. masukkan minyak dari lemak ayam atau masukkan je terus lemak/kulit ayam. bila dah panas atau berminyak masuk bahan tumis seperti halia dan bawang putih. masukkan beras dan kacau selama 2 minit. masukkan garam dan minyak bijan. kemudan baru masukkan air rebuasan dan kacau sekejap. boleh bubuh kunyit serbuk kalo nak nasi berwarna kekuningan. dan daun pandan kalo nak wangi. biarkan hingga nasi masak

Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumur kan dgn minyak bijan kemudain potong. atau potong dahulu kemudain lumur minyak pun ok.

3) SOS AYAM
Campur semua bahan

4) SOS CILI
Kisar semua bahan hingga halus

5) SUP
Panaskan air rebusan dan tambhkan garam/aji, tabur bawang goreng atau daun bawang

Hidang kan ayam dgn dark soy sauce, timun & salad. Siap untuk dinikmati bersa-sama. yummi.... :)


•○ ayam dilumur dengan garam

•○ sediakan bahan dan sumbatkan ke dalam perut ayam

•○ rebus dgn api perlahan selama 30 minit

•○ nasi di tos

•○ rendam dalam air ais

•○ tumjs lemak ayam dan bahan kisar


•○ gorengkan beras 2minit

 •○ gaul dengan sos ayam



Komen Aku--> Cara penyedian tidak lah rumit, cuma utk part memotong ayam yg telah masak memerlukan kepakaran kalo tak kulit ayam tercabut utk lbh senang, mungkin blh tos kan ayam sekejap dan pakai plastic glove.

Jom cubala.... :)





Thursday, August 21, 2014

Mengenang MH17

Assalamualaikum....


Hari ini dalam sejarah Malaysia #malaysiaberkabung utk memberi penghormatan terakhir kepada 20 orang mangsa pertama yg di bawa pulang bg pesawat #mh17

Segala puji-pujian hanya bagi Allah, aku seawal pagi duduk depan TV di pejabat bersama rakan rakan yang lain. sayu dan sugul hanya itu yg dapat digambarkan

Kalo ikutkan hari ini adalah hari menyambut majlis ramah tamah aidilfitri, tp bagi menghormati hari ini adalah hari berkabung maka kami pun turut sama sama merasai dan berdoa moga moga roh mereka dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. ameen.

Di facebook, twitter dan instagram pun apa kurang nya warga Malaysia khasnya berkongsi saat saat ini. dan salah seorang sahabat aku secara tiba tiba menghantar pesanan melalui aplikasi facebook memaklumkan yg salah seorang mangsa adalah suami kepada sahabatnya iaitu co-pilot Ahmad Hakimi Hanapi. melihat kpd gambar isteri dan anak yang ditinggalkan di dunia ini hati aku jd hiba. ya Allah sungguh hebat ujian utk wanita dan anak kecil ini. mudah-mudahan Engkau ringankan dan kuatkan semangat mereka dalam menempuh ujian ini. ameen

Sebagai umat Islam walaupun zahirnya kita bukan saudara sedarah namun hakikatnya kita saudara seislam. Al-fatihah utk mangsa tragedi pesawat #mh17 & mh370


Dari Allah kite datang, kepada Dia jua kita dikembalikan.

Kami dari warga kerja mengucapkan salam takziah kpd seluruh waris pesawat &mh17 (terhempas pd 17 july 2014, ramadhan 1435j)


Kami menonton bersama-sama dan berdoa serta bertafakur bersama-sama

Isteri & anak allahyarham co pilot Ahmad Hakimi Hanapi kelihatan sugul & tenang

Screen shot, sedih tengok anak yg tidak mengerti apa-apa ditinggalkan si ayah. semoga anak ini membesar dgn baik dan menjadi anak yg soleh. ameen.

 
Kiriman mesej dr sahabat. sabarlah wahai sahabat. Allah tau apa yg terbaik utk umatNya



Al-fatihah utk semua mangsa pesawat #mh17


Wednesday, August 20, 2014

Jagung super sweet 1st batch

Assalamualaikum

weee......nak tido dah ni..tp nak share gambar petang tadi 20/08/14.  usia aku anggar belum msk 2 minggu



ni bukan jagung. yg dlm pasu tu bunga matahati. yg kat tanah tu kalo tak kacang bendi sayur petola

dah menampakkan diri

kakak pun tolong. tolong sibuk.



ok gudnite semua ;)





Tuesday, August 19, 2014

Kebunku : Menyemai Sayur-sayuran (19 August 14)

Assalammu'alaikum

Segala puji-pujian hanya bagi Allah.syukur alhamdulillah hari ini masih diberi kesempatan utk hidup di muka bumi Allah yg maha luas ini. alhamdulillah



Seawal pagi lepas bangun subuh aku dah semangat ni nak start projek #kebun aku. opppsss bnyk lah aku punya projek...mcm lah besar sangat hihihi..

semalam 19 ogos 2014 aku balik kerje terus singgah di Kenyalang. aku bawak satu bakul utk letak barang. menyesal rasanya tak bawak troli. berat lah wei angkut tanah segala. padan muke aku dah lah cashier jauh. tp tetap aku bagi (^_____^) kat salesgirl tu


Sesampai rumah aku amek apa yg patut utk penyediaan.

Malam selepas maghrib aku amek semua benih. actully bkn semua benih pun kena buat mcm ni. tabur je pun ok tp aku saja nak buat test....alang alang dah buat utk benih terung heeeee ;)



Peralatan & benih
Bekas plastik RM6.50
Benih RM1.00 (plastik) & RM2 (Trio Brand)

Sayur ; terung, kangkung, bayam & tomato

sayur; bayam daun bulat, sawi putih, timun & ..........


tapak semaian. tanam 2cm & tutup dgn tanah top

 biji benih


kaedah merendam benih, tak semua perlu rendam tp aku saje nak test ;)


gambar lain →→→→→→→→→

 aku baca kat blog kebun.bandar peat moss ni bagus utk penuaian RM3.90

 Ni mcm tanah biasa nanti aku kaji dulu wkk ni tanah apa...RM2.00

Ni dah tertera kat situ tanah apa RM4.10
so Total aku beli ni RM41.20

Aleesya dok tolong simpan anak benih dalam bekas plastik



So itu je lah for this simple entry. TQ *,*













































Jadual Semaian dan Penanaman Kebun | Updated

Assalamualaikum

Ini adalah jadual penanaman ku. ada dua lokasi:

1) di tanah kebun
2) kawasan rumah


=================
Kawasan rumah

13/08/14 (brand TRiO)
-sayur
.kacang bendi/lendir (rasa x tumbuh 23/9/14)
.petola (pun sama)

-buah
.jagung (teknik semaian), dah pindah ke kebun agak agak 3weeks ago (6/9/14)

-bunga
.matahari (bercambah 3 pokok 23/9/14)

=================
Di Kebun

16/08/14
.cili panjang - mati x tumbuh akibat xde penjagaan rapi seminggu selepas
.buah mangga apple
.buah cempedak - tinggi 1 hasta 21/9/14



17/08/14
-buah
.durian (anak pokok)
.longan (anak pokok) x 2
.rambutan tanpa biji (anak pokok)


================
Di rumah
20/08/14 (brand TRiO)

-sayur
.terung panjang
.kangkung (pasu & di kebun) - dipetik 21/9/14
.bayam daun bulat - tumbuh 23/9/14
.sawi putih (pasu) & di kebun mati x tumbuh
.timun (pasu dan kebun) -pasu berbunga 22/9/14
.tomato

Semoga semuanya tumbuh dengan izin Allah.
===============
Di rumah
26/08/14

.cili panjang (pindah d kebun) 1/9/14
.cili api (pindah di kebun 1/9/14
.bayam (tanamsendiri.com)
.tembikai (mcm x tumbuh sehingga 6/9/14)

===============
Di kebun
01/09/2014

.jagung manis - meninggi 1 hasta 21/9/14
.jagung sayur - sama
.labu - tumbuh 21/9/14
.sukun ( dah tumbuh)
.serai - dah tumbuh
.kunyit
.ubi kayu - dah tumbuh
.pisang - dah tumbuh

05/09/14
.kelapa


Di Kebun
========
7/9/2014

.jagung thailand -tinggi 1 jengkal 20/9/14




21/9/2014
.pindah pokok durian, rambutan & longan
.labu tanam atas batas
.pindah anak benih cili
.tanam kangkung

24/9/2014
kebun
=====
.kelapa pendek x4
.sayur kacang panjang
.petola


25/9/2014
.petola
.kacang bendi





Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...