Saturday, August 23, 2014

27. Nasi Ayam Hainan

Assalammu'alaikum wth




Arini tadi aku spent masak utk Nasi Ayam Hainan. Nak masak ni sebab aku memang suka makan nasi ayam. dan aku memang suka cabar diri hehehe...So semalam aku pergi supermarket cari bahan-bahan semua. nasi Ayam Hainan ni femes kat Singapore. So akupun tak pernah lg pergi Singapore...makan kat Singapore Chicken Rice ade ler hahha...Jom tengok resepi ni... resepi ni dar kakak http://www.aziejaya.blogspot.com/ kagum dengan kakak ni dia mamang teror masak.... izin kak yer saya ikut resepi akak .. semoga Allah merahmati akak...

Resepi: Nasi Ayam Hainan
Sumber: Kak www.aziejaya.blogspot.com


Untuk AYAM
Satu ekor ayam
Serai 3 batang (aku tambah)
Bawang putih 6 ulas
Halia 4 inci (aku tambah sukatan)
Garam
2 batang daun bawang

Untuk NASI
4 pot nasi (direndam dalam 10 minit)
4 ulas bawang putih (aku tumbuk)
sedikit halia (ditumbuk)
2 sudu besar minyak lemak ayam @masukkan lemak ayam/kulit ayam
air rebusan ayam 4 pot (ikut banyak mana beras)
1/2 sudu kecil minyak bijan
sedikit garam

Untuk SOS CILI
1 susu besar air perahan limau nipis (aku lupa)
5 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 susu besar sriracha chili sauce (aku pakai sos cili kimball)
4 cili merah & 2 cili padi
sedikit halia
seidkit garam

Untuk SOS AYAM
1 sudu besar miyak garlic (aku tak letak)
1 susu kecil minyak bijan
5 sudu besar light soya sauce (aku pakai kicap masin kipSd udang)
11/2 sudu besar gula
5 sudu besar air rebusan ayam

Untuk HIASAN
1/2 cawan dark soy sauce (tak letak)
sedikit daun ketumbar (aku pakai daun salad)
1 timun


CARA-CARA

1) AYAM
Bersihkan ayam terlebih dahulu dgn melumurkan garam di luar dan di dalam perut ayam hingga bersih. kemudian bilas. lumarkan sekali lagi. masukkan halia, bawang putih, daun bawang dan serai ke dalam perut ayam. Rebus dalam air yg melebihi 1 inci darI paras ayam dgn api yg besar dan apabila mendidih perlahan kan api. biarkan selama 30 minit dan periksa paha ayam dgn lidi/chopstik utk memastikan ayam dah masak. tutup api, kemudaian rendam dalam air aiS bagi menghentikan ayam dr terus masak. kulit ayam juga akan rangup dan cantik.

2) NASI
Beras yang dah direndam perlu di tos kan dahulu. masukkan minyak dari lemak ayam atau masukkan je terus lemak/kulit ayam. bila dah panas atau berminyak masuk bahan tumis seperti halia dan bawang putih. masukkan beras dan kacau selama 2 minit. masukkan garam dan minyak bijan. kemudan baru masukkan air rebuasan dan kacau sekejap. boleh bubuh kunyit serbuk kalo nak nasi berwarna kekuningan. dan daun pandan kalo nak wangi. biarkan hingga nasi masak

Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumur kan dgn minyak bijan kemudain potong. atau potong dahulu kemudain lumur minyak pun ok.

3) SOS AYAM
Campur semua bahan

4) SOS CILI
Kisar semua bahan hingga halus

5) SUP
Panaskan air rebusan dan tambhkan garam/aji, tabur bawang goreng atau daun bawang

Hidang kan ayam dgn dark soy sauce, timun & salad. Siap untuk dinikmati bersa-sama. yummi.... :)


•○ ayam dilumur dengan garam

•○ sediakan bahan dan sumbatkan ke dalam perut ayam

•○ rebus dgn api perlahan selama 30 minit

•○ nasi di tos

•○ rendam dalam air ais

•○ tumjs lemak ayam dan bahan kisar


•○ gorengkan beras 2minit

 •○ gaul dengan sos ayam



Komen Aku--> Cara penyedian tidak lah rumit, cuma utk part memotong ayam yg telah masak memerlukan kepakaran kalo tak kulit ayam tercabut utk lbh senang, mungkin blh tos kan ayam sekejap dan pakai plastic glove.

Jom cubala.... :)





Thursday, August 21, 2014

Mengenang MH17

Assalamualaikum....


Hari ini dalam sejarah Malaysia #malaysiaberkabung utk memberi penghormatan terakhir kepada 20 orang mangsa pertama yg di bawa pulang bg pesawat #mh17

Segala puji-pujian hanya bagi Allah, aku seawal pagi duduk depan TV di pejabat bersama rakan rakan yang lain. sayu dan sugul hanya itu yg dapat digambarkan

Kalo ikutkan hari ini adalah hari menyambut majlis ramah tamah aidilfitri, tp bagi menghormati hari ini adalah hari berkabung maka kami pun turut sama sama merasai dan berdoa moga moga roh mereka dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. ameen.

Di facebook, twitter dan instagram pun apa kurang nya warga Malaysia khasnya berkongsi saat saat ini. dan salah seorang sahabat aku secara tiba tiba menghantar pesanan melalui aplikasi facebook memaklumkan yg salah seorang mangsa adalah suami kepada sahabatnya iaitu co-pilot Ahmad Hakimi Hanapi. melihat kpd gambar isteri dan anak yang ditinggalkan di dunia ini hati aku jd hiba. ya Allah sungguh hebat ujian utk wanita dan anak kecil ini. mudah-mudahan Engkau ringankan dan kuatkan semangat mereka dalam menempuh ujian ini. ameen

Sebagai umat Islam walaupun zahirnya kita bukan saudara sedarah namun hakikatnya kita saudara seislam. Al-fatihah utk mangsa tragedi pesawat #mh17 & mh370


Dari Allah kite datang, kepada Dia jua kita dikembalikan.

Kami dari warga kerja mengucapkan salam takziah kpd seluruh waris pesawat &mh17 (terhempas pd 17 july 2014, ramadhan 1435j)


Kami menonton bersama-sama dan berdoa serta bertafakur bersama-sama

Isteri & anak allahyarham co pilot Ahmad Hakimi Hanapi kelihatan sugul & tenang

Screen shot, sedih tengok anak yg tidak mengerti apa-apa ditinggalkan si ayah. semoga anak ini membesar dgn baik dan menjadi anak yg soleh. ameen.

 
Kiriman mesej dr sahabat. sabarlah wahai sahabat. Allah tau apa yg terbaik utk umatNya



Al-fatihah utk semua mangsa pesawat #mh17


Wednesday, August 20, 2014

Jagung super sweet 1st batch

Assalamualaikum

weee......nak tido dah ni..tp nak share gambar petang tadi 20/08/14.  usia aku anggar belum msk 2 minggu



ni bukan jagung. yg dlm pasu tu bunga matahati. yg kat tanah tu kalo tak kacang bendi sayur petola

dah menampakkan diri

kakak pun tolong. tolong sibuk.



ok gudnite semua ;)





Tuesday, August 19, 2014

Kebunku : Menyemai Sayur-sayuran (19 August 14)

Assalammu'alaikum

Segala puji-pujian hanya bagi Allah.syukur alhamdulillah hari ini masih diberi kesempatan utk hidup di muka bumi Allah yg maha luas ini. alhamdulillah



Seawal pagi lepas bangun subuh aku dah semangat ni nak start projek #kebun aku. opppsss bnyk lah aku punya projek...mcm lah besar sangat hihihi..

semalam 19 ogos 2014 aku balik kerje terus singgah di Kenyalang. aku bawak satu bakul utk letak barang. menyesal rasanya tak bawak troli. berat lah wei angkut tanah segala. padan muke aku dah lah cashier jauh. tp tetap aku bagi (^_____^) kat salesgirl tu


Sesampai rumah aku amek apa yg patut utk penyediaan.

Malam selepas maghrib aku amek semua benih. actully bkn semua benih pun kena buat mcm ni. tabur je pun ok tp aku saja nak buat test....alang alang dah buat utk benih terung heeeee ;)



Peralatan & benih
Bekas plastik RM6.50
Benih RM1.00 (plastik) & RM2 (Trio Brand)

Sayur ; terung, kangkung, bayam & tomato

sayur; bayam daun bulat, sawi putih, timun & ..........


tapak semaian. tanam 2cm & tutup dgn tanah top

 biji benih


kaedah merendam benih, tak semua perlu rendam tp aku saje nak test ;)


gambar lain →→→→→→→→→

 aku baca kat blog kebun.bandar peat moss ni bagus utk penuaian RM3.90

 Ni mcm tanah biasa nanti aku kaji dulu wkk ni tanah apa...RM2.00

Ni dah tertera kat situ tanah apa RM4.10
so Total aku beli ni RM41.20

Aleesya dok tolong simpan anak benih dalam bekas plastik



So itu je lah for this simple entry. TQ *,*













































Jadual Semaian dan Penanaman Kebun | Updated

Assalamualaikum

Ini adalah jadual penanaman ku. ada dua lokasi:

1) di tanah kebun
2) kawasan rumah


=================
Kawasan rumah

13/08/14 (brand TRiO)
-sayur
.kacang bendi/lendir (rasa x tumbuh 23/9/14)
.petola (pun sama)

-buah
.jagung (teknik semaian), dah pindah ke kebun agak agak 3weeks ago (6/9/14)

-bunga
.matahari (bercambah 3 pokok 23/9/14)

=================
Di Kebun

16/08/14
.cili panjang - mati x tumbuh akibat xde penjagaan rapi seminggu selepas
.buah mangga apple
.buah cempedak - tinggi 1 hasta 21/9/14



17/08/14
-buah
.durian (anak pokok)
.longan (anak pokok) x 2
.rambutan tanpa biji (anak pokok)


================
Di rumah
20/08/14 (brand TRiO)

-sayur
.terung panjang
.kangkung (pasu & di kebun) - dipetik 21/9/14
.bayam daun bulat - tumbuh 23/9/14
.sawi putih (pasu) & di kebun mati x tumbuh
.timun (pasu dan kebun) -pasu berbunga 22/9/14
.tomato

Semoga semuanya tumbuh dengan izin Allah.
===============
Di rumah
26/08/14

.cili panjang (pindah d kebun) 1/9/14
.cili api (pindah di kebun 1/9/14
.bayam (tanamsendiri.com)
.tembikai (mcm x tumbuh sehingga 6/9/14)

===============
Di kebun
01/09/2014

.jagung manis - meninggi 1 hasta 21/9/14
.jagung sayur - sama
.labu - tumbuh 21/9/14
.sukun ( dah tumbuh)
.serai - dah tumbuh
.kunyit
.ubi kayu - dah tumbuh
.pisang - dah tumbuh

05/09/14
.kelapa


Di Kebun
========
7/9/2014

.jagung thailand -tinggi 1 jengkal 20/9/14




21/9/2014
.pindah pokok durian, rambutan & longan
.labu tanam atas batas
.pindah anak benih cili
.tanam kangkung

24/9/2014
kebun
=====
.kelapa pendek x4
.sayur kacang panjang
.petola


25/9/2014
.petola
.kacang bendi





Monday, August 18, 2014

Kebunku: First entry Berkebun

Assalamualaikum ♡♥

sebenarnya tak layak aku nak letak tajuk projek berkebun. sebab nya baru je nak start. nak post entry pon macam segan jer nak share. tp bila fikir balik xpelah mana tahu rezeki Allah nak kasi apa yg aku dan mak serta adik usahakan ni akan berhasil. sekurang-kurangnya aku blh ingat balik perit jerih kami nak memulakan projek ni. alaaa......kalo nak dibandingkan dgn org lain, jauh sesangat kot apa yg aku buat ni. teringat dulu masa kecik kecik aku dan abang kakak selalu pergi kebun bapa. naik perahu siap berkayuh takde bot. kalo naik bot pun tumpang pakcik yg ada bot. tp jarang la..pastu masa kite ambek nak sampi tu dlm satu jam setengah. redah hutan and kalo ada bot org lain bertembung nanti perahu kami dipukul ombak dek kerana dorang lalu tadi. tp aku xde lah berkebon sangat. aku suka ikut dan tolong sikit2. biasalah masih budak. nanti aku perginya menyanyi atas pokok yg dah ditebang dan dibakar. besar besar tau batang pokok. seronok sangat. masa tu bapa bnyk tanam pokok nanas,.kelapa, keladi, keledek, ubi dan mcm mcm la. ikan pun senang je nak dpt....tp lepas beberapa tahun bapa pun dah tak sihat sehinggalah bapa meningga dunia. tanah tu pulak org lain dah ambek. sedih tp tak dpt nak buat apa masa tu. bukan tanah bapa je tp semua pemilik. skang ni syukur alhamdulillah ade jugak tanah aku sikit tak besar mane pun tp blh dijadikan kebun buah-buahan. so aku kire dah nekad la ni akan cuba usahakan dgn bantuan adik aku mong dan abang yg lain utk bersihkan dulu. tak ketinggalan emak aku..aku nampak emak seronok dgn semua ni. sekurang-kurangnya dpt mengimbau balik kenangan zaman mak kat kebun dulu dulu. sampai mak pernah cerita bawak perut memboyot sbb berkebun and beranak pun ada....


so aritu, aku beli benih dan tanah kat kedai kita panggil kedai Kenyalang. kire kedai nurseri lah jugak. utk semaian permulaan ada sayur, buah dan bunga. tp sekarang aku dah pindahkan ke kebun. mcm terlalu awal sangat aku pindah kan..tp tengoklah hasik nye dlm minggu ni. harap tumbuh dgn jayanya. so sekarang aku tengah buat research kekonon nak jd petani amatur cewahhhhhhh....amatur lah sangat (mata kelip kelip tangan kat bahu ; p)

at least aku ada ilmu...sapa suruh masa sekolah tak blaja sesungguh....huhuhu


....nampak sangat ilmu aku cetek...mana ade org tanam jagung mcm ni...tp aku buat...sebab aku nak test...boleh hidup tak kalo buat mcm ni. lg satu tanah kami blm dibersihkan lagi time tu....aku dgn rasa tak sabar tanamkan dulu ;)

 nampak gaya dah mula tumbuh...


..ni pulak kami beli benih pd 17hb 8, 2014 ahad iaitu semalam.....ni benih longan ada dua buah pokok satu jenis pendek je pokok dier. harga RM35. satu lg jenis tak pendek kot aku lupa tanya, harga RM18. pastu satu tu durian putih RM25 dan last tu rambutan RM18 jugak... petang nye terus tanam...yg menanam adalah adik aku, emak dan abang mail. semoga Allah berkati mereka wahai tumbuhan ini.


ni pulak bkn kebun kami yer...ni nak sampai ke kebun kami...cantikkan..tenang jer.....aku suka snap !

ok berenti jap kite solat asar dulu.....-
-
-
okeh sambung balik

ni hari ke-6 semaian aku....makin meninggi dah

my model...emak x sedar aku candid heheh....

nampak belum kemas lagi kan. maklum lah kawasan baru... 16.8.2014

kakak aku nak sediakan tapak utk tanam cili... gambar nanti aku snap...lupa pulak


emak kate....cepatlah tangkap gambar and hantar kat anak dia yg tersyg. adik aku ler tu....ok mak !

kesian si merah...kereta terperoq...ape ek dlm bahasa melayu..tersangkut kat lopak air sebaik sahaje sampai. sbb semalam nyer hujan.... nasib baik ada adik and abang dollah and abg mail tolog settle. lepas dr tu aku mandikan dia sampai berkilat ;)

best nyer...... rasa xmo balik jer..tenang je kan..


haaa.....penuh bonet....!

alrite tu je setakat ni...next perkembangan kenalah tunggu kan...bnyk aku nak kena buat ni. tapi takpe...perlahan lahan.... janji kite enjoy yeahhhhhhh......jumpe lagi !

Sekarang aku sibuk macam #@$&3@&@&#!!

Assalamualaikum

tengah update ni aku tengah kerje sebenarnya. tapi disebabkan kerje aku dah beres and tengah bulan so a bit free aku update jap blog. keke :D aku ni kalo dah busy berlari ke sana berlari kesitu

okeh.....skang nih aku rasa mcm takde rest je...aku rasa aku boring dan penat kalo xde buat ape.....pelikkan?

apa yg busy bebenor ni...
1). pekerja isnin-jumaat
2). seorang ibu, kompomlah tugas aku jaga anak aku, didik anak aku dan aku enjoy dgn kerje ni yihaaaaa!
3). businesswoman : set bersalin Nawal Herbal Beauty & seller FM cosmetics
4). aktiviti kerja rumah especially mengemas dan membersih
5). projek kebun, ni yg latest. nanti nak update entry pasal ni


ape lg ekk...macam tak bnyk je kan...tp kenapa aku rasa bnyk ekkk..huhuhu


arrgggg.........aku ok ke ni???



Thursday, August 14, 2014

Gelagat Aleesya 1 tahun 7 bulan

Assalamualaikum

hihi kalo citer bab gelagat anak memang tak habiskan. ni baru anak sorang kalo dah ramai lagi la....pening jugak dibuatnya..okeh entry kali nak citer pasal.gelagat aleesya...sejak dah pandai cakap ni dah makin becok pulak dah dier...geram pulak mama tp best...mcm cepat jer masa tu berlalu. dulu kecik je skrg dah besar sikit...heheheh


 ●○ gambar ni taken by dedek anak buah aku time aku solat rupanya dia snap n sent kat whatsapp papa...sayu lak tengok anak mama situ. dia dah pandai say Allah..Allah..Allah..ameen..ameen..ameen.... alhamdulillah mudahan aku sabar mendidik dak kecik ni...

○● yg ni 14/08/14 dia sibuk nak usik.mak buat ice cream....maka dia pun leka sehingga tak merengek tengok aku p kerja....

 ○● ni pulak sent kat papa jugak. baju Uwan sana yg kasi mase umur dia blm setahun. muat lg lah uwan... ;)

 ○● haaa.... ni dia nak pakai sendiri....hmmmmm ari ari nak pakai sendiri...

 ●○ kredit to my fren ET yg snap masa reunion raya kat rumah Yusrena. ngade nyer....

 ●○ ni pulak awal pagi aku nak update email n apa apa order business...sekali dia pun nak...nah ambik lah kakak dpt laptop lg besar dari mama...heheheh

 ○● kayuh jgn tak kayuh. ko hado maen beskal pakai towel? xde kan hahahahahahhaha

 ○● ni bila dia dah boring dah x mo baca buku ke...xmo nulis ke...dia.akan selongkar laci ni. laci lain xnak pulak dia usik jd dlm laci khas utk sarung angpow je hihihi..

 ○● ni masa nak g open house jugak..otw ke rumah jijah

○● ni sampai sekarang tido awal...nj xde baju sebab dia nak menyusu. biasa berbaju dulu tp kalini dia nak jgk..last last zzz...

sebenarnya ade bnyk lagi moment aleesya ni tp x dpt lah nak kongsi semua kan. aku cuma berharap anak aku ni sihat, jadi anak yg solehah, penyayang, ,penyabar, patuh kat org tua, beriman, bijak pandai dan jd pemimpin suatu hari nanti. inn sha Allah. sama samalah kita doakan yer.

ok laa..takat tu jer la...nanti borak lagi ekk :)

Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...