Cintai Pada Ilahi seolah-olah Kita Mati Pada Esok Hari. Aku bukan terror memasak tapi aku suka mencuba dan merasa! Ditujukan kepada anakda tercinta Nur Aleesya Amani dan Nur Sofeeya, remember that everyday is LEARNING! Ikutlah resam padi, Makin Berisi Makin Tunduk. Jangan lupa Dunia hanya jambatan ke Akhirat sana.
Thursday, April 26, 2012
Roti Daging Bercheese...mudah dan lazat !
Wednesday, April 18, 2012
Alhamdulillah, segalanya dengan izin Allah
Sunday, August 14, 2011
Ni la hasilnya.... :)
Ni nak masukkan dalam oven dah..
Tp buat biskut ni memang memerlukan kesabaran yg tinggi..kalau tak sabar bukan jadi tembikai..tp blh jd bangkai kot...heheh...seawal jam 9pg start mambuat adunan...sehingga pukul 3 petang barulah siap....penat nyer......
ok la..kepada sesiapa yg berminat blh komen yer....
tata :)
Friday, July 22, 2011
Ramadhan semakin menghampiri...
apa khabar u all semua?? big smiley <(^________^)> untuk semua yer....mudah2an kawan2 semuanya dalam keaddan sihat2 je yer.....amin
tepat 10:57pm, pejam celik pejam celik tak sangka dah dekat setahun ramadahan yg lepas kita tinggalkan.....
yaa....Ramadhan semakin menghampiri kita, TAPI adakah kita semakin menghampiri Ramadhan yg mulia ini????? tepuk dada tanyalah ...??? IMAN.... tau pun :)
mudah-mudahan kita masih diberi kesempatan dan umur yg panjang untuk beribadah kpd-Nya. atas kesempatan ini jugak sy susun 10 jari mohon seribu kemaafan sekiranya ada terkasar bahasaa sepanjang mencoret di laman maya ini..eh eh...mcm dah nak raya lah pulak...hhehhe.... :)
so kengkawan...pesanan ikhlas dr saya...jagailah akhlak, tingkah laku, perbuatan dan ibadat kita sepanjang bulan yg penuh rahmat dan keberkatan ini. Luangkan malam2 kita bersama para jemaah bg menunaikan solat tarawih, rebut lah malam Lailatul Qadar dgn hati yg ikhlas kerana mencari keredhaan dan keberkatan dari-Nya
jom sy kongsi sesuatu utk anda semua :) moga2 dengan sedikit ilmu yg disampaikan dapatlah kita sama2 menunaikan ibadah dgn sebaik2nya dan mendapat berkat serta hidayah dr Nya...amin
FADHILAT SOLAT TERAWIH
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat
Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa
orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).
Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang
teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah
engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi
Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."
.
Friday, July 8, 2011
Sebentar bersama IMAM MUDA MUSIM ke-2
Part ni yg aku paling suka hingga ke saat ini aku akan cuba mendengar dan menhayati makna baris2 ayat. Syukran :)
Tahniah aku nak ucapkan kepada IMAM MUDA HASSAN ADLI yg dinobatkan sbg IMAM MUDA UNGGUL..dan IMAM MUDA NAZRUL sbg naib Juara....juara atau naib...itu bukan ukuran kan..yg penting peranan sbg Khalifah Allah di muka bumi utk hari2 yg mendatang...
Semoga perjalanan kalian dipermudahkan dan diberkati dan semoga aku jgk akan terus menerus mengikut jejak langkah kebaikan mereka...dan mudah-mudahan zuriat keturunan ku jua akan mencontohi kalian... AMIN
Wednesday, June 1, 2011
Kerinduan yang tiada batasannya

Tuesday, May 24, 2011
Kuasa DIA, segalanya DIA
Aku tak tau nak start dari mana citer ni...ni cume nak share jer. InsyaAllah ada kesempatan aku nak tanyer sendiri dgn Uztaz atau para ilmuan yg blh dirujuk.
Sebulan yg lepas...dari tarikh hari ni 24.5.11, sepupu terapat aku tetibe jatoh sakit..pelik jgak la sakit dier ni. sbb mula dgn gastrik...masa tu dah 2 3 kali pergi ulang alik hospital tapi hospital tetap gak tak bg admit. aku dan family dier and family aku dah naik kesian and geram gak napa lah pihak hospital tak nak tahan jer cousin aku tu..bukan per kesian sgt tengok, sampaikan nak jalan pun dah bongkok giler..aku pun ada gak gastrik tp alhamdulillah dah jarang kena smpi bongkok2 mcm tu. dah sampi kali ke-4 ulang alik hospital, tibe masa ari ahad lak pergi lagi sebelah petang..pagi dah pergi dah tp doctor soh balik jer pas check and isi air. then bile magrib kena lagi nak tak nak kali ni aku yg ada kesempatan nak bawak dia aku bawak jer hosp..kali ni aku ckp kat adik aku biar lah cousin aku pakai wheechair.bukan nak buat dia malu tp kite kesian dah kat dier yg tak larat and paling penting dia tak jatoh...smpi dpn EMERGENCY room, adik aku tolong temankan dan bawakan sepupu aku masuk hospital...kali ni memang lamer giler....ada 8-9 org kiteorang yg bawak and hantar die so that dia tak la takut sgt n bg semangat kat dia..
Sejam Bersama Seorang Kawan :)
Monday, March 28, 2011
hari ni saya kurang sihat :(
Sunday, February 13, 2011
14 feb 2011
ni pulak time raya cina 2011, 4 hari cuti membuatkan aku takde kerja nak buat...aku spent time buat kek...tp ni ada kecacatan sikit bile cream dia tak cukup...malas nak top up..ni lah hasilnya kurang menjadi..and agak manis sikit sbb aku lupa yg aky dah letak fondant aku letak lagi cream..alamak....apa nak buat dah terlanjur laa..hihihih :D!
Yang ni pulak pun sama time aku buat ni..tetibe sarung cup cakes aku hilang...alahai tak cantik jgk hasilnya kurang umppp...sabo jer laaa
Dan yg ni aku buat arini....yeyeyeye..agak ok sikit laa and yg tak best nyer tak cukup...anak2 buah2 aku tak puas nak makan..tak per laa....nanti ibu' buat kan lagi k...ade banyk bende lagi aku buat dalam 2 mggu ni tapi takde idea lak nak mengarang..sibuk nak cari material, bahan2 rujukan utk persiapan perkahwinan..opppsss malu laa...hihihiih....blm lagi laa...insyaAllah...tiba masa pasti akan aku share kat sini walaupun takde sape yg sudi nak baca blog ni hihihihi... ok laa..aku dah nak stop..time to rest lagi..jumpa lagi k...
oppps hampir terlupe...kat barat esok valentine's day kan..aku langsung tak amik kisah...tak perlu nak diraikan pun...takde maknenyer...itu hanya mitos...and menjatuhkan maruah islam.
ingat....Jangan Lupa Solat 5 waktu sehari semalam.....
Assalamualaikum wth...syg korangggg!!!!
Thursday, January 20, 2011
Syukran Jazilan Ya Allah

Tuesday, January 18, 2011
Wednesday, January 12, 2011
Meniti Perjalanan 2010


banyak bende berlegar dlm otak aku
mana nak fikir tu & maner nak fikir ni
usia menginjak 28thn menjelang may 2011
ape sumbangan aku pada keluarga? pada majikan malah apa sumbangan aku pada kebajikan dan amal jariah? semakin elok kah tingkah laku ku? semakin elok kan ibadah ku? atau terlalu bnyk pancaroba yg dilalui dan yg bakal mendatang akan terus menghantui hidup ku??
2010...meninggalkan 1001 kenangan yg sukar utk d lupakan ttp sedikit sebanyak berlalu pergi meninggalkan kita yg bergelar manusia.
2010... aku bergelar tunangan kepada seseorg yg bernama Mohd Efendi bin Alias. 2010 meletakkan aku sebagai seorg penjawat bidang perakaunan yg sehingga dinihari adakalanya aku masih merasai kekurangan kepakaran dan skill dlm bidang yg penuh cabaran ini.
2010..aku ditinggalkan insan2 tersayang kerana yg Esa lebih menyayangi dan itulah takdir Allah yg tidak bisa utk kita menolaknya
2010..mengajar aku erti kepayahan melayari kehidupan dlm menyara sebuah keluarga..terbayang dek mata ku akan kelelahan dan peluh keringat ayah tercinta dan ibu di kala aku bergelar anak kecil yg kini telah menginjak dewasa..terima kasih ibu..terima kasih ayah..
2010..menjadi kan tahun antara yg terbanyak air mataku menitis...bukan kerana kekecewaan ttp belajar erti sebuah kehidupan...
2010.. meninggalkan kenangan indah bersama insan2 yg tersayang..wlu pun adakalanya sebuah kenangan yg terlalu singkat tp cukup bermakna hingga akhir hayat
2010.. detik pertemuan dan perpisahan dgn insan bernama sahabat seterusnya insan tersayang namun takdir Allah meletakkan ia sbg memori yg sangat singkat ttp ckp bermakna dlm kehidupan ku..buat mu...semoga berbahagia hendaknya..
2010..mengajar aku erti SABAR, erti CINTA, erti KASIH & SAYANG
mengajar aku erti CABARAN, PERSAINGAN, TOHMAHAN dan KRITIKAN membina

Kenangan ketia memancing bersama keluarga
Sahabat... semoga kenangan ini akan sentiasa diingatiKini Lembaran baru telah bermula
2011...satu pertaruhah...di manakah letaknya dan kemana hala tuju ku?
![]()
Ya Allah ya Rab, ampuni dosaku
dari segenap tingkah lakuku, dalam sedar mau pun lena ku
aku tahu sesungguhnya terlalu banyak khilaf dan salahku
hukumi lah aku kerna aku takut NERAKA Mu..
Ya Allah
jgn Kau sesatkan aku
tunjuki aku jalan lurusMu
berikan aku kekuatan Mu
agar aku bisa terus bersama Mu
leka ku kerana nafsu
leka ku kerana aku lemah
kuatkan iman ku
tabahkan hati ku
kerna yg aku ada
hanya Rahmat Mu ya Ilahi..
Tuesday, December 7, 2010
Photo...
salam...arini takde benda sangat nak diceritakan cuma nak share sikit kenangan manis kat sini..hehheheh..30 Nov'10..aku, kak mas & abg edy menunggu ketibaan fendi's family dr Kolumpo..(Kuala Lumpur).. hati aku punyer la hepi..tak sabar nak jumpa family si dia...tp aku takde benda nak olah kat sini..sebab nyer dah ader yg WARNING..tgah aku taip ni dia ckp "BE WARE".. so terpaksa lah aku stop karang..nak tak nak aku cuma mampu letak pictures je k... enjoy the pictures!!!
Fendi, Azeem, Aalia & Hanif....
heppi giler...
Monday, November 22, 2010
kereta break-down. kunci tertinggal...what a spoiled day!!

Alangkah Bahagianya Andai Aku Insan yg Mencintai MU Melebihi seganya
then masa sampai ofis jer kawan aku Mas tnyr petty cash maner....alamak dalam laci. parah nyer bile kunci aku lak takder...alahai maner entah aku letak..takkan nak balik umah lagi kott...nak tak nak aku isikan borang exit pass tp before nak gerak aku try bukak pakai ubat stapler....ek eleh mcm magic lah pulak aku dapat bukak..nasib bek..alhamdulillah aku takyah nak balik umah lagi...then tengharinyer...lepas lunch aku n mas pergi check stock kat dalam stock.suasah semenjak dah takde matco (material coordinator) ni...kena kerja lebih sikit tp takper ar dah tanggungjwb. nak tak nak aku mtk tlg bantuan mas tolong aku...tp yg buat banyak mas sebab nyer masa tu abg aji berniat ikhlas nak rawat aku..so amik sedikit masa iktiar rawat kan aku..alhamdulillah sesuatu yg aku cuba utk elakkan telah berakhir..mudah2an aper jua perkara yg tak elok akan berakhir dgn elok... and now....aku takdek nak buat ape...selain panjatkan kesyukuran pada Mu ya Allah atas apa jua petunjuk, pemberian, anugerah kesabaran dan ujian mu...aku pun tak dpt nak type panjang sangat sebab mate aku rabun, cermin mate lak aku tanggal..aku tak nampak sangat nak menaip so...i stop here!!! heheeeheh...to be continue lah k :)
Saturday, November 20, 2010
dier marah ker...?? alahai
Tapi skang ni dier tengah marah kat aku kot..yer ar mogok kan...tp aku tak nak ar dia takder mood skang ni sebabnyer dier tengah driving balik kampung..oh no...wish him have a safely journey.. tetiba aku terasa rindu giler kat dier...hehhehe...tp dier rindu aku ker...i hope so..disebabkan aku rindu dier...aku nak show kat bawah tu..
Sebelum tu...aku nak letak pic dier yg aku dah edit dgn penuh bijak sane ni dulu...hahahaha:D
ni lah muko mamat yg suke nak buli aku..dia lah mat buli..dia jgk lah mat pujok....Sebenar nye baru kejap tadi dier fon aku...tp agaknyer dia mrajok mogok kot kat aku..sebab nyer aku ni jual mahal..tak mau nak 3G ngan dier..alamak..ni yg buat aku sedei ni..aku tak reti nak 3G 3G ni...benda alah mcm ni aku tak pandai..walaupun ade kalanya aku ni kire canggih jgk tau berblogging, berfacebooking, bertagging2 and so on tp bab ber 3G ni aku lemah giler...honestly aku ckp aku takdek hp canggih manggeh mcm korang...jgn kan nak snap sane..snap sini..aku takde benda mcm tu...aku cuma ada hp yg blh guna utk sms & calling..blh tengok kalender and blh jd alarm kejutkan aku pagi..tu jer...nak ckp benda2 3G ni aku memang kebelakang sangat2..itu pasal darling aku sllu mrajuk kat aku...bile dier soh 3G aku suka mengelak..hahhaha...bukan mengelak..tp memang aku tak reti..aku tak pernah beli handphone yg bh 3G pun, cemana nak 3G 3G ni...hahhaha...kesian tengok aku...btw aku dah terfikir...esok lusa aku cuba cari kan hp yg leh 4G, 5G, 6G skali heheheh...klakar....!! aku nak soh korang lah carikan aku hp tu blh tak..hehheheehehe...
OK dah habis citer pasal hp, aku nak citer lak pasal aper lagi kejadian hari ni....ermmm...takde yg menarik atau ekstrim sangat...cuma td lepas maghrib kot..someone ada call aku...ex aku dulu...entah aper mimpi dier call aku..sj nak tanyer khabar...orite...taker aku borak jer lah tu pun kejap jer sj tanyer khabar..dia ckp dia sakit gigi...hahahaahaahha...sakit gigi dier tak habis2 laa...cian dier..
alahai..sory lah papa...mama tak nak papa sedei2 tau...tp takper...jap lagi elok lah tu...
huh!!!!aku nak citer sikit pasal dier..dier Mohd Efendi Bin Alias..kiteorg kenal dlm satu laman web sosial..rasanya dah masuk 2 thn n lebih sikit dah kiteorg kenal..mule aku kureng nak layan sangat...yer lah masa tu aku dah ada sumone...takkan aku nak bg muke sangat kot..but then..bulan berganti bulan...tahun berganti tahun..akhirnya sampai ke hari ni...aku dan dier akan disatukan..insyaAllah amin...tinggal 10 hari jer lagi keluarga dier datang dr tanah semenanjung untuk merisik aku..Alhamdulillah, aku rasa inilah kurniaan yg paling besar dalam hidup aku..terima kasih Allah atas pemberianMu..
Tp itulah kenangan terindah bersama arwah ayah...aku menangis menitis kan air mata kali terakhir peluk ayah..mak...kak long dan adik2...entah bile hati ini akan bersedia untuk menemui keluarga di sana lagi kerna hati ini terlalu sayu, rindu kan arwah ayah....
Kenangan terakhir bersama ayah angkat tersayang, Arwah ayah Aris
Jue sayang sangat kat ayah, semoga Allah cucuri dan rahmati ayah. Al-Fatihah
Ni tengah buat persiapan nak masak gulai petai...sedap sangat kak long masak..terima kasih kak long, ayah and semua yg bersusah payah utk jue :(
Apapun aku tahu dan aku sedar hidup mesti diteruskan...aku tahu bahawa Allah lagi menyayangi ayah ku...dan mulai saat itu...aku tiada ayah...tinggal lah wanita yang bergelar yg aku panggil MAK.
Coretan pilu amany : 20 Nov 2010 21:30
Friday, November 19, 2010
mukadimah hari ini
arini ni aku baru nak mule bukak balik aku punya blog..rasa rindu mula berkumandang bile aku tengok blog aku tak terusik pun..bukan aku tak nak mengupdate blog aku ni cuma kekangan masa dan internet problem tu yg buat aku jadi liat sikit nak bukak blog aku..tp takper, lepas ni aku akan mula mengup-datekan lagi sekali blog tersayang aku..
ape yg menarik utk aku share ekk kat sini...
oh yer arini aku bukak newspaper cine...aku bukan pandai ckp or menulis dalam bahasa cine pun..tp dulu masa zaman universiti aku penah amik mandarine class tp tak habis. haahah...penat siut tak larat nak blaja sampai habis..newspaper tu pun abang aku beli sebab nak tengok muka depan akhbar tu berkaitan dengan kemalangan ngeri yg berlaku semalam 19/11/2010 kat bintulu sarawak..innalillahi wainnailahirojiun..jiran aku punya adik beradik tiri yang terlibat.aku terkedu bila dengar berita tu...3 branak meninggal serentak d tempat kejadian..terbayang di mata ku wjah arwah abg long & anak buah aku yg aku panggil abang man pada 2002..masa aku d tingkatan 6 lagi..
malam tadi, aku dgn kakak mas aku sempat pergi ke tapak perkuburan song lekang yg tak jauh dari rumah ku. niat ku untuk menghadiri majlis pengebumian. entah aku suka untuk hadir apa2 majis pengebumian islam..di situlah aku akan merasa keinsafan. di situ jgk aku akan merasai betapa hidup ini cuma pinjaman semata2 dan akhirnya akan kembali kpd ya HAQ. tp setakat lebih kurang 30 minit aku dan kak mas menunggu, sebab masa tu pun dah 1130pm dan jenazah baru nak bertolak dari bintulu yg memankan masa 3 jam lebih..aku cuma mampu melihat adik ku mong dan yg lain2 menggali kubur..Al-fatihah...
akhirnya aku balik dan melepaskan penat lelah arini...padahal bukan nya penat sangatpun cuma aku masih kurang sihat...aku tak nak makan ubat pun tetapi bf aku asyik pujok aku makan, akhirnya aku tewas..apapun aku nak ucapkan terima kasih kat bf aku yg sllu marah kat aku bab bab makan ubat...heehehehehhee..thanks papa.. :)
so arini...aku nak buat sedikit persiapan utk menjelang hari bahagia aku yg dicadangkan akan diadakan tahun depan..wlupun skrg ni aku dan dia takde buat apa2 persiapan lagi tp aku kena fikir bnyk benda...hohoohohoho...tak tau nak mula dari mana...yg penting kena buat persiapan wang ringgit....baru semua blh berjalan dengan lancar..so how nak dapatkan $$$$$ ??? Ker ada sesapa nak kasi aku $$$ tak heheheeh :D
orite orite...skarang aku takder idea sangat nanti bile idea aku melonjak2 aku pasti post kan kat sini lagi..lagipun aku dah janji dgn mak bawak mak aku jalan2 arini..ohohoho...penat arr..jalan lagi..tp demi mu MAK TERCINTA...aku rela...sayang mak muah muah muah!!!
Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...
-
Assalamualaikum T_T 16/10/2015 Hari terakhir aku bersama Tanjung Maintenance Services Sdn Bhd. Tempat di mana aku berada sekarang. Mash...
-
Assalamualaikum Hye readers.. malam ni aku belek belek blog and saje nak cari info pasal NDWP & DWC ni sebabnye aku sangatlah kebebala...
-
Assalamualaikum :) Uwaaaaa aku malas nau nak update blog dah sekarang... Faktor utama sebab letih... Ada masa senggang je malam mesti nak ...



















