
Cintai Pada Ilahi seolah-olah Kita Mati Pada Esok Hari. Aku bukan terror memasak tapi aku suka mencuba dan merasa! Ditujukan kepada anakda tercinta Nur Aleesya Amani dan Nur Sofeeya, remember that everyday is LEARNING! Ikutlah resam padi, Makin Berisi Makin Tunduk. Jangan lupa Dunia hanya jambatan ke Akhirat sana.
Thursday, September 3, 2009
Ya Allah...berilah aku kekuatan

Untukmu Wanita
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.
(Ini Sahabat-SahabatKu Yg Tersayang)Wednesday, September 2, 2009
Soalan: Manakah lebih mudah BERBASIKAL ATAU BERAGAMA??
a) ALLAH dan Rasul yg tahu..**(JAWAPAN YANG TIDAK HARUS DIPILIH)**
b) Ntah la,malas nak fikir... cikgu aku xpenah ajar pun bab ni,, kalau aku bagi pendapat atau jawapan pun bukan ada adiah..kedekut betul mamat ni,,
**kalau dah spesis penyakit malas ni,xleh wat per dah -ed-**
c) Sudah tentu berbasikal,boleh dikatakan semua orang pandai berbasikal.Kanak2 umur 4tahun pun sudah mahir menguasainya..Tapi kalau agama berapa ramai yang kanak2 yang boleh beragama?Malah bukan sahaja kanak2,orang dewasa pun belum tentu boleh membawanya.. Tambahan sekarang,zaman moden akhir zaman.. Mereka yang boleh baca Al Quran pun tak ramai,yang boleh baca pula tak mahu amalkannya..
KEPUTUSAN MUKTAMAD "BERBASIKAL LEBIH MUDAH DARI BERAGAMA"
** Sabar2 -ed- **
d) (xsetuju dengan jawapan c)..Beragamalah lebih mudah... semua orang tidak kira peringkat umur boleh beragama dan tidak seperti berbasikal hanya terhad kepada orang2 tertentu sahaja. Orang buta,orang yang tiada kaki dan tangan tidak boleh berbasikal... dan mereka2 yang buta,pekak,bisu,cacat atau apa2 pun keadaan fizikal mereka masih boleh beragama.. Kanak2 berumur 4tahun boleh beragama dengan tahap agama umur 4tahun. Mereka yang tak mampu baca Al Quran masih boleh belajar dan itu juga dikatakan agama..
KEPUTUSAN MUKTAMAD BERAGAMA LEBIH MUDAH JIKA KALIAN MAHU BERAGAMA!!!!!
**??? -ed- **
e)**boleh sertakan jawapan sendiri (tidak melebihi 18juta patah perkataan)**
(PERINGATAN: SETIAP JAWAPAN TIDAK DISEDIAKAN HADIAH..SEKIAN TERIMA KASIH)
** sama2 -ed- **
salam...
muhammad islam apakhabar...first baca buletin rasa keliru lak..apa sebenarnya muhammad nak ni..tp jawapan dia bergantung kat kite kan.kte nak pilih berbasikal atau beragama...mana lebih mudah? right?
pd lia laa...(ni nickname aku kat ruangan tagged ) berbasikal tu mudah kalau ada keinginan, hasrat, cita-cita dan ada perasaan utk mencuba dan belajar pasti akan jd mudah..
beragama pulak, mudahnya kalau kita sendiri lahir sbg islam..keluar dr rahim ibu sebagai muslim..mudahkan..kita insan terpilih utk menjadi penganut yg beragama islam...cuma nya, islam pada nama blm tentu kita islam pada hati dan amalan kita..kalau kita ikut pada semua perintah Allah dan meninggalkan larangannya, semestinya kita dikatakan yg beragama tp mudah atau tidak terlalu subjektif...sesetengah org ujian berbeza dr Allah tp andai kita tahu setiap ketentuan itu dtg dr Allah pasti kita tidak akan merasa beban kan..bukan ke Allah tidak akan menguji umatnya melebihi kemampuan umat-Nya sendiri..
huh!!terima kasih (maaf kalau pndpt sy awak tak fhm..itu cuma pndgn sy)...tQ...
TV 9 di hatiku, Al-Quran sumber kekuatan ku
Salam..:-)

Petikan ini sumber dari JAKIM
17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Al-‘Alaq:1-5)
Ditulis oleh Dr Samsu Adabi Mamat, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Justeru, Al-Quran adalah satu mukjizat yg teragung dan terbesar dari Allah s.w.t kepada semua umat nya..aku sendiri sehingga kini masih membaca, memahami seterusnya mengkaji Al-Quran. semakin hari aku merasakan Al-Quran adalah sumber kekuatan utk aku..di mana-mana jua akan ku bawa bersama..percaya lah kalian, sesungguhnya Al-Quran itu terlalu besar nilainya yg tiada tandingannya..
InsyaAllah aku akan try upload satu software Tafsiran Al-Quran dalam bentuk Excell utk dikongi bersama..mudah2an dgn sumbangan yg sedikit ini dpt kita sama2 membentuk peribadi mulia dgn izin Allah...
Tuesday, September 1, 2009
seketika....

namun kadang kala aku takut, aku takut bila tiba2 dia mengatakan hatinya teringat pada ku..dia benci perasaan itu..pada ku jika itu sebagai tanda dia mengingati ku sebagai sahabat mahupun adik tidak mengapa tp andai sebaliknya....aku jd gentar..apa yg aku lalui dalam hidup cukup membuat kan aku sedar..aku tidak ingin utk memberi atau menaruh harapan pada mana2 lelaki yg aku kenal cukup lah sekadar teman atau sahabat..kadang kala aku jadi tak keruan...hidup tak bersosial terasa sunyi malah kita perlu utk bersosial..aku cuba menjaga batas2 pergaulan ku.aku cuba utk menjadi muslimah yg patuh pada agama, yg ingat pada pesan org tua ku, yg mendengar nasihat dr abg2 serta kakak2 ku.

di lubuk hati ku, hanya doa mampu ko panjat agar sahabat2ku dikurniakan kebahagiaan..diberi kegembiraan dan persahabatan ini akan tetap terjalin sampai bila bila...terima kasih sahabat2 ku...
Coretan Hari Ini (Ramadhan 12)
hari ni dah puasa ke-12 kite sebagai umat islam meraikan bulan yg penuh berkat dr seribu bulan..pejam celik pejam celik kita pasti takkan merasai detik menjelang nya raya dah dekat..cemana persiapan raya u all..hehehe mcm lh ramai aku punyer follower dlm blog ni...tak per tak per..as long as sesiapa yg baca ni..rasa diri dia dihargai oleh aku pun jadilah kan...apa rutin u all time posa ni??
kalau aku pagi2 bangun dalam pukul 4 pg...sepanjang bulan posa ni aku jarang masak, biasa kak yna iaitu housemate aku yg dah bangun masak. lagipun bukan makan bnyk pun..kadang2 aku cuma minum air suam. kalau nak makan pun aku makan sepotong nugget atau kurma then dah..pastu aku akan tunggu azan atau dlm masa terluang tu aku gosok baju aku dulu utk aku pakau keesokan harinyer utk g kerja...maklumla hidup bujang heheheeheh...then aku akan mandi before solat subuh sebab dah rasa ceria kan...pas solat subuh jer aku akan baca Quran seperti rutin2 aku pd hari biasa..then kalau ada masa lagi aku akan bukak Tafsir Al-Quran utk aku baca atau memana buku keagamaan yg perlu aku baca..maklum lah ilmu terlalu cetek..ilmu mesti penuh di dada kan baru hidup diberkati..baru dpt jalan kan amalan sepertimana yg disarankan oleh agama kita...
then pagi dalam 6:30pg aku akan tengok TV rancangan Tanyalah Ustaz kat TV 9.. aku n housemates aku suka tengok ni. segala kemuskilan dalam bulan ramadhan sumernya terjawab dalam rancangan ni..terima kasih TV 9 kerana memberi input yg berguna & bermanfaat kpd semua umat...
then dekat2 pukul 8pg aku akan pergi kerja sekali dgn housemate aku eira yg merangkap officemate aku jgk and anie yg jiran d tempat aku kerja merangkap roomate aku..so bertiga2 akan ke ofis menaikan kereta milik ira...
4:30 pm masa utk balik kerja tp biasa kiteorg balik pukul 5ptg jer sebab nak tunggu anie pulak..sampai rumah so memasingla buat persiapan utk berbuka. kekadang aku n kawan2 singgah g bazaar jap...ni yg syonok...membuatkan aku rindu nak g bazaar kat miri..mesti kat sana lagi happening aku kira..tp tak kisah la yg penting tak membazir...
and arini aku kelam kabut sikit buat kerja yg URGENT but alamdulillah Allah permudahkan mudah2an kerja aku takde masalah..dekat2 kol11 pg aku dah settle..then pastu aku g nular pulak nak edit pic..ni memang penyakit aku...suka mengedit gmbr...hehehehe..yer arr..dah la penat otak baut kerja..aku buat la selingan jap...hasil nya.aku buat ala2 kad ucapan raya..ha ni dia..aku bg kat u all semua ekk...harap2 maaf yg ku pinta di terima.. :-)

Actually, aku nak post article ni, ni kawan aku yg bagi so ada baiknya aku post kat sini sebagai ilmu utk kite kongsi sesama kan...sekurang2nya kite yg jahil ni dpt jugak serba sedikit ilmu pengetahuan.
Kita hidup hanya sekali,
Pastikan hidup yang terbaik,
Hidup tidak harus takut mati,
Takut mati, jangan hidup,
Takut hidup, mati saja........
Semasa kita dilahirkan,
Kita menangis dan orang di sekeliling kita tersenyum tawa,
Teruskan kehidupan dengan banyak berbakti,
Agar bila kita mati nanti, Kita bakal tersenyum,
Dan orang di sekeliling kita pula yang akan menangis.........
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku." Terdapat juga beberapa doa yang disarankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Monday, August 31, 2009
Alamak...!
7:31pm…harini ni dah posa ke 10…haaaa sedih aku dah tak leh posa..skrg ni housemate aku g masjid solat traweh…sorg lagi belum sampai2 dr kampung and sorg lagi g makan kat luar…skrg ni aku tengah berborak dgn mak aku thru phone.rindu nyer aku kat mak…borak punye borak tak sangka dah dekat sejam aku bergayut. Maklumlah 3 hari aku tak dgr khabar dr keluarga aku terasa rindu sangat nak berkongsi cerita…topic mlm ni aku dgn kakak aku cerita pasal persiapan raya…nak buat kek apa, biskut apa, nak tambah apa and itu ini..bnyk lah. Yg pasti raya tahun ni konsep sederhana. Lagipun ni tahun pertama kita raikan raya tanpa ayah..sedihnya..
Hmm..kali ni aku nak citer pasal apa yg berlaku kat aku sepanjang 3 hari ni…sabtu lepas aku, eira & anie pergi kk..anie nak balik ke rumah dia maklumlah ada cuti 3 hari gunakan lah masa yg ada utk meraikan puasa bersama family..aku & iera pulak saja plan nak jalan2 jer. Cuma yg klakar…n yg tak best nyer..masa kiterog dah sampei kat jeti…aku konon2 nak candid anie yg tengah Q beli ticket, tengah raba2 carik handphone..carik
Ni jer yg sempat amik gmbr b4 tau h/p aku tertinggal...
But at last…aku still x dpt handphone aku..tak sempat.. masa tu aku ckp gak kat org2 yg jada feri aku masih tunggu kawan, tp bila tengok keadaan feri org pun dah ramai takkan aku nak fery tu tak gerak semata2 kerana aku..last2 aku ckp tak per laa…masa fery tengah gerak amie call bgtau sikit lagi dia nak sampai…tp syg feri dah gerak..aku nampak kelibat kereta amie dtg tp tak sempat melainkan dia berenang..
Masa tu aku rasa hidup macam sebatang kara..sebab tu aku takda gambar nak attached kat sini..aku takda handpone.dua2 tertingal kesian dgn aku…sob sob sob :-(
Dah tu…satu hal lagi..glasses aku..glasses aku rosak…tak blh nak pakai lagi dah..nak tak nak sampai kk jer aku buat baru…tu pun power dah naik..ahhh…3 hari aku tak pakai glasses kepala akupun pening..kesian lagi kat aku..aku berperap jer dlm bilik lau tak kuar g memana. Bukan aku tak nak dok kat ruang tamu Cuma aku tak biasa sangat dgn sepupu iera. Lagipun lelaki lebih ramai berbanding perempuan..lau nak join dorang aku kena tutup kepala lagi. Lagipun glasses aku tak da so aku nak tengok tv pun mata aku rasa sakit bila tengok silau..dgn handphone yg takda..aku Cuma mampu tito sepanjang masa lagipun perut aku sakit sebab tutttt...…hahhaaah…betul2 aku rasa hidup sebatang karaaaa…huhuhuhuhu..sungguh aku tak sangka….baru aku dpt rasa hidup tak ber handphone… nasib baek sebelah malam aku kuar makan jap ngan abang aku pas solat teraweh..aku solat terawehpun sesorang jerk kat bilik no one with me..tak per laaa…tu pun aku kena tocer oleh abang..sebab dia sesat nak carik rumah..hahhahaha…apa tak..aku Tanya kawan aku apa nama tempat ni, dia cakap block seraya G, tp aku type Serayaji….aku mana tau..dahtu abg ckp 5 minit lagi sampai n abg aku tu memang jenis yg sharp n on time…dr dulu2 memang dia macam tu tak blh lambat tp baik hati..akulah adik dia yg paling manja n dia slalu nak marah sebab nakal...tak blh nak lmbat 25 saat dia pasti marah punyer…tunggu punyer tunggu aku rasa lenmacam jer so aku tanyer lah block apa ni kat kawan aku…dia ckp block G..hah!! block G.so makna nya nama block ni seraya G..adoi…mampus aku..patutpun masa mula2 dia sebut seraya G aku tergamam macam tak pernah dgr, aku cakap serayaji ker serai wangai...hahahah...aku oh aku..pastu, last2 dpt mesej dr abg ckp dia tunggu kat luar jalan sebelah public phone..dah lah hujan…aku pun redah jer nasib bek kelibat hilux abang aku nampak dan tak jauh sgt abang park…masuk kereta aku kena marah :-(…..tp aku tetap nak pertahankan kenapa..dan dah tau org marah aku tanyer lagi "so abang marah lah tok???" Soalan bikin panasssss hahaahahah…jahat nyer aku…..isk perangai tak ubah dr dulu2 abg ckp..and aku tetap jawab dah berubah la..dah kurus dah skrg...abg tergelak...harharharhar..:p~~ tp marah2 abg kejap jer pun…pastu gelak balik…pastu nak carik tmpat makan pulak..aku nak tmpt yg sedap n happening sket..carik punyer carik aku jmpa satu tmpt tp taktau restoran tu halal ke tak.maklumlah rabun ayam mana aku nampak..so kiterog try n errow..aku soh abg g tengok2 dulu..alamak..ada Carlsberg, ada org main dart…comform2 ler tmpat tu happening…n tak halal..so patah balik..last2 makan jer restoran melayu. Memandangkan hujan aku nak makan sup…wow!! Sedap….nak dtg lagi lah sini…kalau abg blanja laa hhahahahah..thanks abg.. :-)
Dah tu arini kiteorg balik..tu pun kena speeding sebab takut tertinggal feri or speed boat. Alhamdulillah dlm jam 5ptg sampai jeti menumbok still ada boat laju…aku n eira naik boat laju la…memandangkan dah petang…lau naik fery alamatnya mlm baru smpi..smpai jerk labuan amie dah tunggu..benda pertama aku Tanya handphone aku…dua2 handphone habis betry..aku paksa on dpt gak…tupun aku charge kejap kat laptop....waa…ada bnyk mesej…abg aku call 11 kali..kakak aku call berkali2…adik aku mesej..kawan2…hubby pun ada wish merdeka..so sory…tak bls…then terus g UMS KAL, konon nak makan saner jer utk berbuka..tp kecewa restoran tutup pasal tengah renovate..hurrmmm..last2 balik rumah..terus azan…akupun join berbuka puasa ..
Then baru jap tadi Faizal lak called..hampa dan kecewa sebab aku tak wish bebday dia semalam..dia baru jer habis celebrate birthday dia..dia call2 aku tak dpt2..alaaa…sorry..handphone takde betry…aku citer pasal ni..punyerlah dia gelak…jahat awak ekk…babap kang baw taw!!!hahahaha..niway happy belated birthday fren..dyg pun sama..happy belated birthday..smoga pnjg umur kalian berdua…syg kalian my fren…:-)
Ok lah akupun dah penat…aku nak rehat….sorry lah utk kawan2 aku yg kat kk aku janji nak buka posa ngan korang tp aku tak dpt nak contact korang tak tau number…insyaAllah ada jodoh n rezki kita jumpa lagi…
Gamabr pun aku takde nak attached…so sad..orite aku nak tito..salam ramadhan salam pebuh ceria dr aku..
Jumpa d entry seteresnya ok… ROGER!
Thursday, August 27, 2009
Renungan Utk Wanita Solehah

Ni abg adie yg bagi ..thanks a lots abg :-)
WANITA SOLEHAH….
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH
BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH
INILAH WANITA SOLEHAH
TIDAK MEMBIARKAN DIRI
MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA....
MENYEJUKKAN MATA.....
DIRINYA TENTERAM
MEMBIARKAN HIBURAN
KIRANYA IA SEORANG ISTERI
KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI
SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HaDAPAN SUAMI
SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA
LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA
MEMADAI DENGAN APA YANG ADA
TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA
MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI
HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA
MENJADI KEKUATAN JIWA
UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA
NATIJAHNYA,
LAHIRLAH JIWA SAKINAH
BERNAFSUKAN MUTMAI’NAH.
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah
Hari ni aku teruskan bacaan Quran aku..tp sedikit kesilapan aku buat..sepatutnya aku mulakan dgn surah An-Nisa Ayat 114, tp entah aku tak perasaan yg aku baca surah Al-Maidah Ayat 114 dan terus ke Surah An-Am sampai ayat 44..bila aku dah habis baca baru aku perasaan. Astagfirulla al azim..takper..aku bukan sengaja kan..insyaAllah mlm nanti sebelum tido aku akan baca mana yg aku tertinggal..risaulah smpt tak ekk aku qatam dlm bulan ramadhan..mudah2an..maklumlah perempuan ada cuti khas lagi hehheeheh..
stakat ni traweh pun aku tak tinggal tp aku tau tak lama lagi aku terpaksa tinggalkan :( tp nak buat cemana...cerita pasal teraweh, semalam hujan renyai2 lagi masa nak g masjid..nasib baik masjid depan rumah jerk..ambik payung and aku, kak yna, kak jijah atau nama glomor dia srkg mak jah...jahatnya aku buat nama dia tu..tp dia suka hihiiih :D.., ira n anie g traweh...aku n mak jah buat smpi habis alhamdulillah..tp aku kesian tengok budak2 kat masjid. bising memang bising dgn jeritan dorang tp tak dpt nak control dah..dgr2 bukan anak tempatan d labuan. semuanya anak2 warga philipina..tak pernah aku tengok kalau d Miri..itulah namanya jauh perjalanan luas pemandangan..bila time balik aku nampak dorang berebut2 nak dptkan makanan..aku jadi kesian..semalam ada pembahagian beras..aku ingatkan gula...ada pihak yg sedekahkan..nampak sangat dorang ni berebut n aku & mak jah balik je terus..bg lah peluang kat dorangkan.mungkin mereka lebih susah kan dr kiteorang..
after balik sampai jer rumah aku call hubby jap then aku call mak..tp kak mazz ckp skrg jgn pnggil mak dgn panggilan "mak" tp panggil ummi...asal pulak?? kak mazz cakap nak tukar..hehheeh..tak kisahlah yg penting aku sayang mak aku insan teristimewa dlm hidup aku...aku borak dgn mak..ohh ummi.rindunya aku ngan ummi..then kak mazz ada sent MMS gamabr terbaru Azeem.punyer lah kelakar azeem makan biskut smbil tertito..kak mazz ckp azeem g dapor mintak biskut, then bila kak mazz g ruang tamu azeem dah tito dgn biskut dia..hahahahah..kalau aku ada aku dah eiiii.....gerammnyer....
then citer pasal anak buah aku, dedeq & anif pulak..puasa pertama kak mazz tanyer...dedek tak puasa ke...dedek ckp dia puasa..yg klakar bila tengahari jerk dedek bg tau kat ibu dia, "ibu jom lah masak, dedek dah lapar tok" maksud dia lebih kurang ibu masaklah cepat dedek dah lapar ni..hahahaha...ibu pun tak sampai hati...haiii....aku jd rindu dgn dorang...
Thursday, August 20, 2009
salam ramadhan
Ya Allah, syukur alhamdulillah..kau limpahi hambamu dgn nikmat umur yg tidak terhingga rasa kesyukuran ini..dan ini adalah kali kedua aku akan menyambut bulan ramadhan di perantauan yakni Labuan, bukan negeri kelahiran ku..terasa cepatnya masa berlalu dan aku mula rasa rindu utk bersahor dan berbuka bersama2 keluarga tercinta..

Then tadi aku dpt testi frenster dr hubby...dia bg kat raya utk aku tp syg tak appears pun..by the way aku rasa kad yg di bagi kad yg kat bawah ni..wahhh awalnya..aku rasa teruja chehhh!!!! cantiknyer...macam kad nak celebrate chinese new year lak merah2 warnanya..papun thanks anyway..ni yg buat aku jd bertambah sayang kat hubby... :-)
NI RUMATES AKU TERSAYANG...ni malam sebelum puasa lagi mlm jumaat mcm biasa kiteorg akan buat bacaan Yassin beramai2 dan solat jemaah..sambil2 tu tangkap gambar 1 2 utk kenang2an..
Hehehehe :-D rasa seronok pulak bila berkumpul ramai2. rasa rindu kat family kurang sikit...and banyak pengalaman dan ilmu aku kongsi dan perolehi dr kawan2 aku..thanks housemate..
semoga ramadhan tahun ni akan memberi keinsafan kepada ku dan semua umat islam...
Selawat Murah Rezeki
Album :
Munsyid : Nowseeheart
http://liriknasyid.com
ALLAHUMMA SALLI'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD
SOLA-TAN TU'AS SI-'UBI HA ALAIY-NAL AR-ZAQ
WA TU HASSINU BIHAA, LA-NAL AKHLAQ
WA'ALA ALIYHI WASSOHBIHI WASSALLIM...
WAHAI ALLAH RAHMATI, DAN KURNIAKANLAH
KESEJAHTERAAN ATAS MUHAMMAD RASULULLAH
DAN SELAWAT YANG DAPAT
MELAPANGKAN REZEKI KAMI, DAN MENJADIKAN BAIKNYA
AKHLAK KAMI
DAN CURAHKANLAH (dan curahkan lah)
KESEJAHTERAAN (kesejahteraan) ATAS KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA
DAN CURAHKANLAH (dan curahkan lah)
KESEJAHTERAAN (kesejahteraan) ATAS KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA...
Wednesday, August 19, 2009
Lirik Lagu Muhasabah Cinta - EdCoustic
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu
Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu
Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu
Seloka Pedas
thanks abang for the worth reminder...
hopefully sesiapa yg baca pun blh amik iktibar...
sila2kan lah baca ekk :-)
Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat
Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis
Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong
Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah
Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung
Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung
Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan
Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Bila hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan
Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat
Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk
taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat
Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu
Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung
Bertudung bergaya biarlah yg sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana
Kenalah pula kita wanita berkerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa
Mn tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula
Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar
nmpk 'bernyawa'
Tu sebab kita buat kerja semua dgn niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dh kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik takyah berpura nak tutup aurat
Kalau dah memang rasa nk berubah
Peduli kata orang bukan dia yg susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nk tergigit lidah
Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yg bgimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mcemar kesuciannya
Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yg betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa pyh
Mengapa diperleceh, itukan perintah
Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Wlupun bergaya tak brp'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas
Hrp maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yg bukan-bukan
bpantun seloka bukan setakat hiburan
Yg mna betul jdikan pedoman.
Tuesday, August 18, 2009
cantiknya lelaki & wanita
Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni nurani
Lelaki yang cantik….
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran
Adalah lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada
Adalah lelaki yang baik sangka
Adalah lelaki yang tidak pernah putus asa
Kecantikkan lelaki adalah berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikkan yang ada pada Muhammad yang umi adalah kecantikkan sempurna bagi seorang lelaki
KEGAGAHAN WANITA
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan tetapi pada kekuatan perasaan
Perempuan yang gagah….
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
Adalah perempuan yangtidak takut pada kemiskinan
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguhnya iman
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan adalah kegagahan yang sempurna bagi seorang wanita.
“ Apabila wanita derhaka,dunia lelaki akan huru-hara
lelaki pula janganlah menharapkan ketaatan,tapi binalah kepimpinan pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,Pimpinlah dirinya sendiri kepadaNYA Jinakkan diri kepada Allah nescaya akanJinakkan segala-galanya, Di bawah pimpinanmu..
“Janganlah mengharap isteri semulia Fatimah az-Zahra andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karram Allah Wajhah….”
Monday, August 17, 2009
lagu raya
sedih teramat sangat...
hanya mereka yg telah kehilangan org yg tersayang dan paling dekat dgn mereka akan merasa perasaan itu..tp apa nak buat, itulah ketentuan dr Allah. macam mana syg skalipun kite kat org yg kita sayangi dan dekat dgn kita, Allah lebih sayang kan mereka..sebagai anak aku cuma mampu berdoa untuk arwah ayah aku dan arawah abang aku..sedih memang sedih dan rasa hiba itu hanya dpt dirasai bila aku terpandang org lain masih di samping ayah mereka..
ayah, aku rindu padamu..
masih terngiang2 d lopak mata ku akan setiap kenagan bersamamu...
ku doakan ayah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman amin amin amin...
Sayunyer dgr lagu ni
pagi tadi mak called, sempat aku berborak dr mula mak call aku kat rumah sampailah aku dalam perjalanan ke tempat kerja n sampai d ofis aku masih lagi bergayut dgn mak, anak buah and abang aku..
ahh rindu nyer aku pada anak2 buah. rindu dgn setiap keletah mereka..rindu dgn suara azeem yg memanggil ku 'bokkk'..padahal panggilan utk aku adalah 'ibu'...yg pasti kepulangan aku utk menyambut raya tahun ni adalah kepulangan terakhir sebagai perantau..aku akan meninggalkan labuan..
terlalu banyk aku nak citer kat sini tp belum ada kesempatan utk aku melengkapkannya insyAllah aku akan update slalu blogs aku ni hehheeheheheheh...
time ni aku tengah kerja so aku singgah kejap laa...orite, aku stop dulu utk kali ni..akan ku update lagi utk entry setersnya...thanks for reading this!!
bila ku ingat balik...
Sebenarnya terlalu banyak aku nak share kat sini tp aku taktau nak mula dari mana…it’s all about life…yesss…it’s all about kehidupan…hari2 yg aku lalui sepanjang tempoh 2009..kalau dulu tahun2 sebelumnya aku rasakan adalah hari2 penuh ujian utk aku tp rupa2nya thn 2009 lebih menguji aku yg semuanya adalah ketentuan dr Allah s.w.t….
Alrite..aku cuba utk membayangkan segala detik2 pahit manis kehidupan ku sebagai hamba Allah d muka bumi ini…aku rasa aku nak citer pasal life aku tahun 2007 ke tahun 2008…yess..life aku masa tu masih d university lagi….sebenarnya thn 2007 aku sepatutnya tamat pengajian dalam bidang perakaunan yg mana aku perlu ambil selama 4 thn….namun….mungkin silap aku dan bukan rezeki aku, aku perlu mengulang 2 paper..ahh…masa mula2 aku tau aku wajib mengulang…aku sedih sangat..yer lah aku dah hampakan harapan org tua aku walaupun org tua aku tak pernah sedikit pun marah atau kecewa dgn aku tp aku tetap merasakan yg aku telah menyusahkan mereka..sebolehnya aku nak cepat2 habiskan pengajian ku d university tp disebabkan kegagalan aku….aku rasa sedih..aku ingat lagi masa tu aku dpt keputusan peperiksaan, aku dah agak kursus Advance Financial Account I aku akan kantoi sebab aku tak confident masa nak menjawab…and yess…aku failed dan aku perlu dan wajib ulang…dan masa tu aku dah tergolong dalam kategori pelajar extend….aku menangis..aku kecewa….aku menyesal…aku rasa aku bodoh sangat….tp family aku sedikit pun tak rasa kecewa…malah arwah ayah (masa tu masih ada arwah ayah)…dia kata, kenapa gagal??? Tak pe la…boleh ambil lagikan…aku nangis…aku sedih sebab ayah tak marah pun…ahhhh..akhirnya…aku pasrah..aku nekad kali ni aku tak blh gagal lagi…actually kursus accounting ketat sikit…kalau dulu dpt C- masih kira lulus and boleh repeat lau nak perbaiki but start year kiteorg, dapt c- dah kira fail n wajib ulang…lagipun ums konvo skali jer setahun n d tawarkan kursus tu skali jer setahun nak tak nak have to wait until the next semester…tp takper…itu namanya cabaran…
Bermulalah hidup aku pada thn terakhir (thn extent)….masa tu aku dgn Dell kawan aku sebilik..honestly memang terasa sngt life bila dah takde kwn2 lain..kalau kawan2 lain sibuk kerja dan mula mencipta kerjaya tp aku, dan kawan2 aku yg lain masih lagi menggembeling tenaga utk melayakkan diri kami hingga ke menara gading…masa tu Dell, Meng, Rini, Dyg Suhana, Mendy, Alan, Albert, Florentius, Abg, Adik and Ning masih lagi meneruskan pengajian…masa tu jgk aku baru berpeluang utk ambik lesen kereta..bukan tak nak ambil awal tp kekangan masa menghalang aku utk ambil…huh~ bila aku ingat balik betapa degil dan beraninya aku memandu tanpa lesen di sekitar Bandar Kota Kinabalu satu ketika dulu…bila ada polis trafik aku akan redah jer buat2 muka ada lessen hehheeeheheh..
Thn 2007….
Memberi aku 1001 kenangan pahit manis…masa tu aku sebilik dgn kawan aku dell…aku nak start dr maner ekk…hurmm…tajuk kecil ukt part ni aku letak sebagai ‘Tentang Dania’…
Kenapa Dania…cantikkan nama ni..aku suka n sampai skrg aku suka nama Dania..senang nak citer..aku dipelawa berlakon sebagai Dania..tp pelawaan bukan dr Datuk yusuff Haslam atau sesiapa jer pengarah terkenal…tp dr sumone yg aku anggap sebagai kakak..ini suma pasal kawan aku yg mintak aku jadi Dania..sebab aku org Sarawak..ahhh…aku mana blh berlakon walaupun aku suka utk cuba ujibakat…tp dek kerana nak menolong kawan..aku nak tak nak…aku cuba tolong tanpa aku fikir apa kesannya….dan aku tak tau karektor Dania sebenarnya…
Mula2 aku tengah mentelaah sambil layan mp3..tetiba kwn aku kejut kan aku dan mintak tlg dlm keadaan yg cemas.akupun blur dan bertnya kenapa…bila dia bgtau nak mtk tlg berlakon jd Dania, pd mulanya aku tolak…aku tak nak……lagipun aku mana reti dan aku tak tau apa cerita sebenar…tp memandangkan kawan aku terdesak sgt tnjuk muka 10 cent dia, akupun tak sampai hati..akhirnya aku terima jer la….masa tu kak M call minta aku pakai baju ‘ladies sikit’ ala2 tutor atau pensyarah…alamak…aku maner reti..tp disebabkan kelam kabut aku pakai jer baju yg aku slalu guna utk kuliah n aku pinjam handbag kawan aku tu…huh!! Kelam kabut dan tak keruan jdnnya…duduk jer dlm keta kak M aku terus tnye apa aku nak buat…? Kak m terangkan satu persatu tp aku still tak tau siapa dania..yg aku tau kalau org yg aku jumpa tu nanti Tanya aku ‘org tua cemana setuju?’…..aku diminta cakap jer ‘ok’…selebihnya aku pandai2 la jgn smpi kantoi dah…………huh!! Beratnyer aku rasa masa tu tp memandangkan aku nak tlg kawan…aku redah jer…………sembang punyer sembang..masa dalam keta wira warna merah...lelaki tu banyk tanyer.kenapa dania lambat angkat phone, kenapa tangguh2 nak jumpa..aku jawab jer maner yg logik..aku ckp sebab skrg musim peperiksaan so bnyk kertas student aku kena check..akukan tutor hahhahah...mula2 mamat tu nak bawa aku sorg jer makan2 tp aku tak brani so aku ckp kalau kawan aku D tak ikut aku takkan pergi so dia nak tak nak kena dgr ckp aku..klakar..then punya lah bertuah kawan aku tu, sampai jer kat tanjung lipat corner atau nama lain nya anjung selera, dia tinggalkan aku dgn mamat tu..masa tu kak M pun baru dth saja nak pantau2....masa tu la mamam tu tanya aku, cemana dgn org tua dania, setuju ker...dah settle ker masalah...huh!! aku rasa nak pengsan jer bila dia tanya macam tu and aku jawab yer...dah settle walhal aku taktau pun citer sebenarnya apa...
to be continue
to be continue
Thursday, July 23, 2009
today when i checked to the SPA web i saw that one of the attraction tittle for me which is PEPERIKSAAN Pegawai Tadbir & Diplomatik. before this my sis has been sms me that i'd reveiced a letter for sitting the PTD exam.just for a confirmation i try to double check for it and yuppp..i was calling for 2nd examination for PTD post..PTD or we call it pegawai tadbir & diplomatik.. sound is very good and exclusive but to get and sit for that post is not easy as what we're said. based on my experiece which on february 2009 if im not mistaken i'd sat for the 1st time exam in Sek. Keb. Labuan. it's seem like ujian 14 jawatan which is consist of bahagian A, B, C, D and E and the difficult part for me to answer is KETATANEGARAAN. since i never read any books regarding to the ketatanegaraan and have no reference i just came & sat for answering the question..and for math part, i believe i can answer the question however the question is to long sumtime thus asking me to understand what the question is and surely the question given are very tricky..sumtime i dont believe that the time remaining for me to answer is 10 minutes but the question answered done is not more than half..huhuu...so as usual..i just use my schooling tactic that we call 'tembak jer' as long as i mark the answer...before that i never forget to say bismillahirrahmanirrahim because it might be the God will help us on that time..
so now, i dont knoe what to do..just looking on the internet and books sumtime to get know lil bit about the tips of PTD exam..eventho there are lot of cnadidates will be come & sit for this exam i just hope that i can do the best...May Allah bless me and help me in order to achieve my dreams...insyaAllah....for those who's taking this exam i wish all the best to u all and do the best a s well....
Monday, July 6, 2009
Sunday, July 5, 2009
Selamat Kembali Ke rahmatullah Ayahda


tanggal 27 june, 2009 bersamaan 4 Rejab, 1430 Hijrah, ayahda tercinta telah kembali ke rahmatullah detik jam 2:12 pg..saat itu, itulah kenikmatan, itulah kesedihan, itulah harapan, itulah doa, itulah kejujuran, itulah keihlasan, itulah pengorbanan, itulah air mata, itulah keredhaan, itulah pasran dan itulah kemanisan dalam hidup ku..perginya ayah membawa bersama ketenangan dan doa dari anak2 mu....
aku disaat itu hanya mampu melafzkan kalimah lailahaillalla...lafazkan dua kalimah syahadah d telinga arwah ayah sambil ku pegang erat tanganya...abg nong di sisi telinga kiri, mong d atas kepala bersama abg mad, deng rusuk kiri, abg edy rusuk kiri, mama sebelah aku bersama mak usu, kak mas kaki bersama epend dan kazen2 kak lah, kak milah n abg seli turut memandang dgn deraian air mata...kak nana, tabahkan hati mu kerana di kala ayahda menghembuskan nafas terakhir kakak tiada di sisi...
saat itu..hanya satu pintaku pada Allah...jika hidup itu adalah lebih baik utk ayah...kau ambilla dia..sesungguhnya kmi mengizinkan dan redha dgn pemergiaannya...air mata dan deraian tiada lagi tertahan..
ayah...
terima kasih kerana didikan, doa, pengorbanan mu slama mendidik dan membesarkan kami..sesungguhnya kami amat menyayangi mu...semoga roh mu ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman..amin ya robbal alamin...
al-Fatihah
Thursday, May 28, 2009
27th May, 2009


saat dan ketika ini, aku baru jer selesai menunaikan kewajipan aku pada yg Esa menunaikan solat maghrib..agak lama aku dah tak update blog aku ni..rasa rindu pada blog aku ketika ini makin meluak2..bukan aku tak nak update Cuma keadaan aku skrg yg busy dgn tugas kerja menghalang aku utk menghasilkan karya aku..pada masa yg sama keadaan aku skrg ni yg bnyk habiskan masa dgn terkejar ke
apa point aku arini ekk..ermm..arini 26th may, 2009, selasa…as usual aku pergi kerja dgn langkah penuh keyakinan walaupun fikiran ku sedikit bercelaru dgn urusan kerja..sejak akhir2 ni banyak kerja aku nak settle..namun aku tetap gagahi jua selagi aku mampu. Seawal jam 5:05 minit pagi aku bgun utk solat subuh..then aku tertidur balik utk seketika kerana mengantok sgt…bila aku teringat aku janji nak masakkan sarapan utk pg ni, aku gagahi utk ke dapur..aku masak simple jer, mee goreng dan geng ku masak nasi goreng. Kebetulan kat rumah skrg ni ada kak lin and anak2…arini balik limbang..hurm…I’ll be missing u nisa….the nice baby..very cute….geram tengok..huhuhu~~ rasa teringin pulak nak ada anak hehheheheh…
then aku mula dgn settlekan kerja aku..kali ni client aku mesti sakit jantung tengok cukai tertunggak dia..ahh..pusing aku jadinya..macam mana aku nak bgtau ekk?? Sebolehnya aku berusaha utk tolong client aku kurangkan kadar cukai..tp how?? Itu semua dah ketetapan dr pihak LHDN..aku ingat lagi brapa kali ntah aku ulang alik dr off ke pejabat lembahaga hasil dalam negeri semata2 nak settle
then, arini jgk aku tanpa diduga telah bertemu kembali dgn jiran aku..seingat aku lebih dr 10 thn they all pindah ke semenanjung and suddently aku terjumpa kat facebook kawan skolah ku, mya…alhamdulillah..mcm tak caya jer tp itulah ketentuan dan takdir Allah, di mana2 pun kita brada jika Allah ingin
then..next good news aku dpt..masa aku tengah layan frenster, aku saja nak carik kawan2 lama aku dalam fs memandangkan fs lama aku dah takde…sapa suruh aku deleted n bukak baru…aku nampak kawan aku, Nur adzima dzulkarnain, ex calssmate aku masa kat ums, menjemput semua kawan2 dtg majlis walimatulurus pada 30 may ni…waa..alhamdulillah…tahniah dzima…jojo tumpang gembira..happy sangat dgr khabar gembira dzima Cuma jojo mintak maaf pasal jojo tak dpt dtg..kebetulan jojo balik miri…dzima punya kenduri d tawau, sabah. Papun doa jojo sentiasa mengiringi dzima..semoga dzima bahagia hingga akhir hayat ya..amin amin amin..sebut pasal kawen, semakin ramai kawan2 ku yg dah mendirikan masjid. Alhamdulillah, aku percaya mereka
then..dalam 4:45 pm…rais merangkap coliq aku, panggil utk makan2..opps..baru teringat, ada farewell party utk sahabat aku merangkap coliq aku jgk, ayati @ ati sebagai auditor..arrr sedihnyer..tp aku tumpang gembira sebab ati dah dpt kerja government..alhamdulillah, semoga ko terus berjaya tie…sedih nyer aku sebab pasni takda lah kawan aku lagi utk makan sama2..especially ari jumaat..pasti aku kesunyian..mula2 yg pergi kak sunarti, disusuli dgn boss daud, dyg, kak lin dan yg skrg ni atie..arrr ;-( aku pasti akan merindui mereka semua.. tp apa boleh buat, itulah kehidupan..adat dalam kehidupan…tak selamanya kita akan bersama..walaupun kita rapat tak semestinya kita akan kekal bersama2 selamanya..yg pasti sahabat, segala jasa dan pengorbanan kalian akan aku kenang sehingga akhir hayat aku insyaAllah..semoga kalian beroleh kegembiraan dan diberkati Allah swt selalu..
n now dah 7:47pm, aku rasa dah cukup lah aku menaip ni..kucing aku pun aku belum bg makan..kesian dia
Wassalam…… nantikan blog selanjutnya..
Assalammualaikum MasyAllah lamanya tak buka blog ni....resepi mana resepi...alahai....kelaut dalam dah resepi saya...di Facebook saya ada t...
-
Assalamualaikum T_T 16/10/2015 Hari terakhir aku bersama Tanjung Maintenance Services Sdn Bhd. Tempat di mana aku berada sekarang. Mash...
-
Assalamualaikum Hye readers.. malam ni aku belek belek blog and saje nak cari info pasal NDWP & DWC ni sebabnye aku sangatlah kebebala...
-
Assalamualaikum :) Uwaaaaa aku malas nau nak update blog dah sekarang... Faktor utama sebab letih... Ada masa senggang je malam mesti nak ...







